Assalamualaikum Hi semua. Eh..ni nak cerita berkenaan trip kami ke Bangi Wonderland bagi program A Day With Bangi Wonderland. Seramai 16 keluarga daripada Kelab Blogger Ben Ashaari telah bersama-sama memeriahkan program semalam.
Ha! Ini excited juga nak cerita. Kami plan daripada hari Khamis untuk surprise buat birthday untuk Leader Kelab Blogger Ben Ashaari. Setelah bincang dengan Shehan dan Kak Nina Mirza, kami setuju.
Perbincangan seterusnya dengan memohon kebenaran daripada pihak Bangi Wonderland. Melalui Cik Rohani, Mr Steven dan pengurusan membenarkan untuk kami membawa masuk Kek Birthday Ben Ashaari. Ikutkan memang tak dibenarkan membawa makanan daripada luar. So, rezeki kami apabila dibenarkan untuk membawa kek special ini ke dalam.
A Day With Bangi Wonderland
Program ini khas Bangi Wonderland aturkan untuk menghargai mereka yang telah banyak membantu mereka. Jadi, sebagai penghargaan Kelab Blogger Ben Ashaari adalah antara yang banyak menyumbang. Oleh sebab itu, antara media yang paling ramai semalam adalah KBBA9. Bagusnya, secara tidak langsung, Bangi Wonderland menghargai pengorbanan dan jasa Blogger terutamanya. Malah kesempatan yang ada sebenarnya membuktikan bahawa Kelab Blogger Ben Ashaari bukanlah kelab yang sia-sia.
Kenapa kata begitu?
Begini nak cerita, apabila ibu atau ayah terlibat dengan blogging banyak masa di korbankan. Masa nak menulis masa itulah nak kena siapkan anak, masa nak menulis jugalah anak nak susu, suami balik kerja, nak masak dan bila ada event suami atau isteri lah yang jaga anak.
Ha., gitu! Bukan mudah, tapi bila Bangi Wonderland menghargai pengorbanan Blogger ianya satu penghargaan bagi kami. Pada masa yang sama, menghargai keluarga yang banyak menyokong daripada belakang. Untuk Bangi Wonderland, tahniah atas kejayaan menerima award “New, Best Waterpark”.
Aktiviti sepanjang Program:
Bagi yang berminat nak kesana untuk mengadakan sebarang event kehadiran korang amat dialukan. Boleh layari website : www.bangiwonderland.my untuk maklumat lanjut.
ARTIKEL BERKAITAN :
Bangi Wonderland Kini Selamat Dikunjungi
Gempak Giler Showcase Bangi Wonderland
Sehari Bersama KBBA9 di Showcase Gempak Giler Bangi Wonderland
Tq Bangi Wonderland. Betul tu UN. Penghargaan utk semua. Terutama utk keluarga kita.
nampak bersih sangat bangi wonderland yer…bestnya
terharu plak baca entri ni. xtau nape. huhu. apa2 pn, tq ajak tau.. diskas rahsia, x sgka menjadi. ehehe, btul jgk.. mana boleh bawak masuk mknn. heeee
Bestnya..
Dapat kumpul sampai 16 keluarga blogger.. ramai gak tu..
Memang terbaiklah perancangan semalam.
Terharu baca..hehe tq gak utk UN..heee nnt repeat lg
Belum nak move on!!
terima kasih kak uminani..semoga murah rezeki kak nani..have fun sangat datang sini
terima kasih kak UN…betul sgt semua akak tulis tu. rasa seronok bila kita rasa dihargai.
Bestnya tgk korang enjoy ramai ramai kat situ. Harap next time dapat lah join