Alkisah sedih pada 11 Mac 2025. Hari ini ada perhimpunan JPPPW di Maktab PDRM Cheras. Selesai sahaja majlis, aku dapat panggilan daripada Supt Roma untuk selesaikan goodies peserta tadarus. Jadi aku terus la ke rumah IGP di dalam kawasan maktab. Aku panggil anggota aku untuk datang pick up kain pelikan tersebut. Dan bila selesai, dia pun gerak la ke Bukit Aman. Aku cakap dengan dia, “Cik gerak dulu, nanti kita jumpa di Bukit Aman”. Tak lama lepas tu, aku accident motor di depan Maktab PDRM Cheras tu.






Ceritanya, selepas melepasi pintu utama Maktab PDRM Cheras, dalam jam 1.00 petang ketika itu, aku pun menungggang motor macam biasa. Aku menghala ke Bukit Aman, aku keluar dan bila perhatikan keadaan selamat, aku pun rapat ke kanan dan dah pun berada di garisan putih. Tiba-tiba, aku rasa seolah-olah ada hentaman daripada belakang, dan motor bergoyang. Aku pun tidak lah dapat mengawal motorsikal tersebut dan tumbang. Motor jatuh dan menimpa kaki kiri aku, dalam hati aku nak terus melompat bangun tapi tak boleh nak bangun.
Aku nampak ada seorang lelaki ni di belakang aku. Aku tempik la, “Cik, tolong la angkat motor aku ni, motor timpa aku kot!”. Dari jauh aku tengok dia perhatikan je aku, ehhh!. Aku sedar ada beberapa orang berhenti dan bantu aku dan motor aku. Dan, paling menakutkan aku nampak lori pasir warna biru berhenti sangat dengan aku. Allahuakhbar… ini kalau tak sempat break, memang ajal aku hari tu. Allah swt maha pengasih kepada aku dan keluarga. Syukur masih panjang umur.
Aku dah stabil sikit, terus aku call anggota yang bantu aku ambil kain pelikat kat rumah IGP tu, dan minta dia pusing balik ambil aku di tempat kemalangan. Tak lama lepas tu dia sampai dan bawa aku ke Klinik Kesihatan Kajang. Aku bukan tak nak ke KPJ Kajang, memikirkan esoknya pada 12 Mac 2025 aku ada AGM PERKEP JIPS, aku rasa ralat kalau tidak dapat hadir. Jadi aku ke Klinik Kesihatan sahaja. Di klinik aku dapatkan rawatan dan ada x-ray dada kiri, sebab aku rasa sakit. Dr sahkan tiada apa-apa kecederaan.
Maka, aku pun di hantar balik ke rumah dan rehat. Esoknya 12 Mac 2025 hari Rabu tu, aku gagahkan diri ke AGM PERKEP JIPS. Aku manusia yang sayangkan PERKEP, jadi rasa ralat sangat kalau ‘ending’ sesi 2024/2025 aku tidak dapat bersama-sama warga PERKEP.
Dalam keadaan mesyuarat AGM tu, aku kerap lap air bisa yang meleleh di muka. Tak pedih pun , tapi sebab luka masih baru, jadi masih berair. Aku pun habiskan sesi AGM 2025/2026. Alhamdulillah selesai dengan jayanya. Syukur alhamdulillah.
Khamis, 13 Mac 2025 aku cuti sakit dan berada di rumah. Semakin aku cuba duduk, tunduk dan batuk terasa macam ada nyilu dan sakit sikit. Tidak lah banyak, aku ingatkan muscle pain je lah. Tapi masuk hari Jumaat 14 Mac 2025, masih tidak berkurang sakitnya, aku tanya suami pendapat dan aku yakinkan dia untuk pergi buat pemeriksaan di KPJ Kajang. Bukan apa, bila pergi hari bekerja, pakar masih ada untuk rujukan. Berbeza kalau pegi hari cuti. Jadi aku nekad untuk pergi KPJ Kajang dengan memandu sendirian.
Daftar diri di KPJ Kajang
Alhamdulillah, bila sampai di KPJ Kajang aku terus ke emergency dan pendaftaran aku diterima kerana tempoh kemalangan masih baru. Jadi bila aku dirujuk kepada Dr Iqbal, aku di sarankan untuk buat CT Scan. Aku setuju walaupun kena bayar deposit RM1K, untuk buat CT Scan. Dan selesai sahaja CT Scan, Dr di bahagian scan panggil aku dan tunjukan gambar rangka. Sah ada 2 bahagian yang retak akibat kemalangan tersebut.


Jadi, aku pun masuk lah ward. Di dalam ward, DR on antibioktik untuk legakan kesan luka. Alhamdulillah beberapa hari kat ward ni, luka dah bertambah baik dan syukur dapat rawatan di KPJ ni.
Cuma bila berlaku keadaan begini, memang rasa keperluan kepada insurance diri , untuk sakit demam dan kemalangan. Pengalaman lepas 13 hari di Hospital Kajang amat mengajar diri ini tentang syukur. Jadi jangan kedekut dengan diri sendiri, perlukan persediaan. Ambillah insurance diri, kalau sakit dan jadi kemalangan begini yang tidak diminta, kita boleh dapatkan rawatan terus tanpa perlu menunggu giliran.
Doa diberikan kesembuhan daripada penyakit:
اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شَافِيَ إلَّا أَنْتَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقْمًا
Allaahumma rabban naasi, adzhibil ba’sa. Isyfi. Antas syaafi. Laa syaafiya illa anta syifaa’an la yughaadiru saqaman
Maksudnya:
“Tuhan segala manusia, hilangkanlah penyakit. Sembuhkanlah, Engkaulah penyembuh. Tidak ada penawar selain dari penawar Mu, penawar yang menghabiskan sakit dan penyakit.”

Itu sahaja…terima kasih sahabat, bos dan saudara-saudara yang mendoakan aku.