Tahun 2024 meninggalkan kami dengan pelbagai perkara. Alhamdulillah tahun yang penuh dengan kebahagiaan dan juga kejayaan. Malah, tahun 2024 masih lagi tahun rehat untuk anak-anak, sebabnya tahun 2025 mereka bakal menduduki peperiksaan akhir yang lebih penting.

Untuk tahun 2024, Angah berjaya dalam bidang dia. Oleh kerana aktif sukan dan aktiviti luar, Angah dilihat kehadapan. Dilantik sebagai orang utama rumah sukan dan juga pemain bola sepak sekolah. Untuk merakamkan sejuta memori, Ummi lah yang banyak mengorbankan wang ringgit dan tenaga. Seronok melihat mereka membesar dengan pelbagai pengalaman sebegini. Tahniah Angah.

Kakak dan pasukan earobik

Untuk kakak tidak kurang hebatnya jua. Kakak kali pertama melibatkan diri dalam team earobik sekolah dan kami semua terkejut kerana dia berani untuk kedepan. Ini bukan calang-calang bagi seorang Afeefa. Untuk tahun 2024, kakak berjaya jadi pengawas surau, juga menang beberapa pertandingan minggu Stem anjuran sekolah termasuklah menyediakan replica sekolah dalam bahasa arab. Selain itu, untuk awal tahun 2024, kakak menang 2nd untuk larian merentas desa. Ini pun buat Ummi terkejut. Sebagai kenangan 2024, kakak menjuarai pakaian beragam sempena minggu kanak-kanak di sekolah. untuk pakaian tema Eigypt ini ummi sewa dengan kos RM80.00 di Centrestage Vision Dynamic di alamt No. 43-1, Tingkat 1, Jalan 46B/26, Taman Seri Rampai, Setapak, 55300, Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur Taman Sri Rampai, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur. Syabas kakak atas kejayaan 2024.

Adik sertai larian

Adik pula, macam angah, terlibat dengan sukan dan larian. Untuk tahun 2024, adik berjaya dalam beberapa acara sukaneka. Ada la beberapa medal sepanjang minggu sukan. Selain itu, adik juga berjaya jadi pengawas pusat sumber sekolah, ehm.. ini menakjubkan. Tapi mungkin kredibiliti di sekolah lain kot, kalau di rumah lain pula kan.. apapun Ummi dan abah happy dengan kejayaan anak-anak Ummi.

Along di SMKA Jerlun 2024

Berada jauh daripada mata dan pandangan seorang mak, banyak yang Along boleh lalukan. Dan dengarnya pelbagai jawatan dan aktiviti di sertai. Cumanya, dalam keadaan jauh susah nak pantau setiap hari. Kalau ada berita pun 3-4 hari sekali. Untuk Along, tahniah kerana jadi anak hebat, mampu menghafaz banyak surah dan ayat-ayat quran dalam tahun 2024. Ummi abah doakan kejayaan mengiringi Alogn selalu. Untuk 2024, tahniah kerana berjaya dalam team bola tampar dan juga dengarnya 2025 nak sertai bola sepak pula. Untuk 2024, ntah kenapa tiba-tiba selepas raya macam ru sakit pinggang. Ada satu malam Khamis balik dari AJER, terus ke Hosp. Kajang, pelbagai pemeriksaan di buat, sampai jam 2-3 pagi di Hospt. Ikutkan Dr refer ke Hosp jantung dan sebagainya, tapi memandangkan macam okay kami tak pergi sampai hari ini. Rupanya sakitnya macam ada salah urat macam tu, jadi pergi ke Rehab di Ecohill selama 3-4 kali jugalah, sekarang dah okay. Nasihat Ummi main pun berhati-hati, bila berlaku kecederaan banyak kesannya.

Selain itu, walaupun jauh Ummi yakin Along anak hebat kerana cikgu-cikgu pun percaya dengan kredibiliti Along. Semoga akademik juga lebih baik untuk 2025.

Untuk anak-anak, tahun 2024 dah berlalu, fokus untuk 2025. Banyak lagi nak capai dalam hidup ini dan kena fokus apa yang lebih penting. Semoga Angah berjaya dalam UPKK 2025 dan begitu juga yang lain. Insyaallah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *