Alhamdulillah tamat sudah pengajian suami menghabiskan perjalanan master di UKM. Alhamdulillah sehingga kini kami bersyukur atas rezeki allah swt izinkan. Rezeki dapat cuti belajar speenuh masa dengan gaji penuh adalah suatu rezeki yang tidak dapat dinafikan. Sebagai penjawat awam, kami amat menghargainya. Insyaallah segala ilmu yang didapatkan di universiti adalah untuk dikembalikan kepada masyarakat dan negara. Terdapat pelbagai onak dan duri. Maka, perkongsian ini adalah dari sudut pengalaman, cabaran dan realiti sambung master dari pandangan seorang isteri.
Jika ditanya pengalaman, cabaran dan realiti sambung master bagi pandangan seorang isteri, saya akan jawab bahawa setiap perjalanan memerlukan sebuah pengorbanan. Pengorbanan masa adalah sesuatu yang sangat perlu difahami oleh semua orang, termasuk isteri dan anak-anak serta keluarga. Kenapa masa? Kena faham, bila dan terikat dengan universiti, pastinya ada kertas kerja, exam dan quiz yang perlu ditempuhi. Ada masanya, kita dah plan bercuti dan balik kampung bersama keluarga. Jadi, perubahan masa adalah sesuatu yang tidak dinafikan. Malah, ketika cuti perayaan, ada assignment yang perlu dihantar, maka, fahamilah pasangan anda. Mungkin ketika itu, sama-sama bercuti tetapi pasangan di bilik anda bersama anak-anak di pool. Boleh jadi, ketika balik bercuti ke kampung, anda berjalan-jalan dan pasangan menyiapkan thesis. Apapun perlu ada kesepakatan dalam rumah tangga.
Pengalaman dan cabaran
Nak kongsikan pengalaman tu taklah seberapa, cuma bila dapat cuti sepenuh masa untuk belajar ini, bukan sahaja bagi sepenuh tumpuan kepada pelajaran tetapi juga kepada keluarga. Keutamaan kepada keluarga punca rezeki dipermudahkan. Ketika dalam mode pengajian dan cuti sepenuh masa, suami juga mengurus anak sekolah sepanjang tahun. Kiranya hantar anak suami uruskan dan untuk balik sekolah ada adik (Shida) yang urus. Kiranya walaupun begitu tetap struggle juga sebab suami nak kena kejar masa untuk ke UKM jika ada kelas secara bersemuka. Maka, yang penting berkenaan sambung belajar ini adalah pengurusan masa.
Untuk berjaya kena ada pengorbanan, jadi masa nak belajar tu kena susun atur dengan elok. Tempat belajar pun penting untuk pastikan selesa dan sesuai untuk kita berfikir dengan baik. Jadi, nak berjaya mudah dengan keyakinan dan pastinya usaha yang tidak berbelah bagi. Kena letakkan usaha 200% supaya ianya menjadi sebahagian daripada titik tertinggi asas kejayaan kita.
Bagi yang berhajat untuk sambung belajar ketika dalam service, pergilah. Ini usaha kita, bab pangkat dan rezeki lain allah swt dah atur. Niat kita nak belajar dan usaha untuk kemajuan diri dan pemikiran kita. InsyaAllah pasti ada sinar pada masa depan.
Tahniah suami atas kejayaan ini. Selamat maju jaya dan maju lagi kedepan nanti. Selamat tahun baru 2025.