Pejam celik, Ramadan dah pun tiba dan bahang persiapan Raya makin terasa. Bila cakap pasal persiapan baju raya, setiap orang mesti ada tempat kegemaran masing-masing, kan? Tapi bagi aku, pilihan yang tetap di hati tak lain tak bukan adalah Pusat Pakaian Hari-Hari.
Mengimbau Kenangan Zaman Kecil
Sejujurnya, melangkah masuk ke sini memang sangat mengimbau kenangan shopping baju raya zaman kecil-kecil dulu. Ingat lagi perasaan teruja bila mak ayah bawa pilih baju baru kat sini. Bau kedainya, susunan pakaiannya—memang ikonik! Sebab itu untuk Raya 2026 kali ini, kami sekeluarga sepakat untuk kembali ke sini. Lagipun, cawangan mereka ada di merata tempat, serata negeri. Bayangkan, di Perlis sahaja pun ada sampai 3 cawangan! Memang senang nak cari.
Pilihan Baju Melayu & Keperluan Asrama

Bagi kaum lelaki pula, jangan risau sebab pilihan Baju Melayu kat sini memang pelbagai warna. Cari je warna apa yang ahli keluarga suka, insya-Allah semua ada. Menariknya, bila dah masuk ke sini, selain pilih baju raya, anak-anak lelaki aku pun ambil kesempatan untuk cari baju melayu tambahan bagi kegunaan harian di asrama.

Sebab apa kami pilih Hari-Hari? Sebab harganya sangat berbaloi dan kualiti kainnya memang bagus serta tahan lasak untuk kegunaan setiap hari di asrama. Memang jimat dan memudahkan urusan mak-mak macam aku ni!
Tema Tahun Ini: Hijau Klasik Ala Kampung

Untuk raya kali ini, kami sekeluarga memilih tema warna Hijau. Apa yang paling aku teruja, aku berjaya cari gaya yang sangat ‘kena’ dengan jiwa aku dan anak perempuan. Kami pilih gaya ala kampung—baju kosong (plain) yang dipadankan dengan kain bercorak batik.
Memang nampak sangat klasik dan ayu! Yang paling penting, materialnya adalah jenis kain satin yang sangat berkualiti. Bila sarung je, terus rasa sejuk dan selesa sangat pada kulit. Tak adalah rasa rimas atau panas bila nak beraya seharian nanti. Koleksi Hari-Hari Raya 2026 kali ini memang betul-betul memahami citarasa kami.
Jualan Jimat & Hadiah Menarik (Bermula 21/2)

Selain koleksi terbaru, korang kena tahu yang Hari-Hari juga ada buat Jualan Clear Stock Baju Raya. Harganya memang tak masuk akal, bermula dari RM5, RM10, dan RM25sahaja! Sesuai sangat untuk yang nak berjimat tapi tetap nak nampak bergaya.
Jangan lupa, ada freegift menarik juga untuk korang bawa balik:

- Paket Raya Percuma: Untuk pembelian RM120 ke atas.
- Woven Bag Percuma: Untuk pembelian RM200 ke atas.
Promosi ni dah bermula sejak 21 Februari tau, jadi jangan tunggu sampai saat akhir!
Bagi aku, shopping baju raya di Pusat Pakaian Hari-Hari bukan sekadar beli baju baru, tapi soal meneruskan tradisi dan mencipta memori baru dengan keluarga. Dengan pilihan yang banyak, kualiti kain satin yang best, dan harga mampu milik, memang tak hairanlah kenapa Hari-Hari tetap jadi pilihan rakyat Malaysia.
Korang dah beli baju raya ke belum? Kalau belum, jomlah serbu cawangan Hari-Hari berdekatan korang!