Month: December 2015

TEKNIK P.A.R.I.S

Dr fb : KHAIRUL ZAHRIN

Khas untuk keluarga GSL dan rakan fb saya.
Ini mazhab berniaga dengan fesbuk personal.

Lenggok bahasa dan kata ganti nama diri akan menentukan siapa yang akan follow kita. Sebelum menentukan lenggok bahasa bagaimana yang kita perlu gunakan, lihat dulu siapa prospek kita.

Jika kita menjual supplement untuk abam sado, jangan menjadi seperti akak-akak kerana ianya akan ‘menarik’ perempuan untuk menjadi follower kita. Gunakan bahasa yang HANYA disenangi oleh kaum lelaki. Gunakan kata ganti nama ‘bro-gua’ ataupun ‘bos-den’.

.
Cerita yang kita perlu update pula adalah berkaitan dengan abam-abam. Jangan cerita bab pin tudung atau tips untuk tambah susu badan. Penuhkan senarai rakan dengan abam-abam, kemudian banyakkan penceritaan mengenai bagaimana untuk menjadi sado. Inilah yang saya katakan sebagai R-Related dalam teknik PARIS. Cerita perkara yang berkaitan. Dan jadikan diri kita sebagai penasihat kepada mereka. Bukan iklan sahaja 20 kali sehari.

.
Selitkan gambar-gambar orang sado sebagai inspirasi kepada friend kita(pastikan menutup aurat, dosa bang).

.
Lenggok bahasa dan kata ganti nama juga akan ‘mengasingkan’ orang dari fesbuk kita. Contoh: Jika kita menggunakan kata ganti nama ‘bro-gua’, Dato’-Dato’ mungkin tidak akan lagi berminat untuk follow kita. Ada bagus dan tidak bagus untuk kejadian itu.
.

Ini teknik PARIS yang saya kongsikan pada Seminar Furious 5 tempohari.

P – Pick a product.
A – Add prospect.
R – Related stories.
I – Introduce your brand.
S – ‘Show off’ with testimonials.
.

P – Pilih produk apa mahu jual. Jika anda sudahpun ada produk yang mahu dijual, abaikan langkah ini.

A – Kenali dahulu siapa pelanggan anda. Kemudian penuhkan quota 5000 orang rakan dengan bakal pelanggan anda. Jika jual ubat jerawat, hanya ADD orang yang muka berjerawat.

R – Jika anda berniaga ubat jerawat, tips hilangkan jerawat dan langkah mengelakkan jerawat timbul pada wajah perlu dibanyakkan. Jangan kongsi 10 tips dalam 1 posting. Kongsi 1 persatu. Create awareness tentang bahaya jerawat. Contoh, kalau ada 30 biji jerawat, boleh meninggal. Jadilah penasihat! Perbuatan ini yang akan menentukan tahap engagement kita tinggi atau rendah. Tahap engagement rendah mungkin adalah kerana kita beri tips hilang jerawat pada orang yang tiada jerawat. Iklan terlalu banyak juga menjadi punca engagement rendah kerana kita ada risiko dianggap sebagai ‘kedai runcit’ atau ‘pemakan duit orang’.

I – Mula perkenalkan brand kita. Ceritakan apa yang kita boleh bantu orang lain dengan produk kita.

S – ‘Wayang’ dengan testimoni. Gebang sikit, “Ini ahkak ni dah pakai produk saya, 7 tahun dah tak pernah naik jerawat”.

Banyakkan ulang langkah R. Kerana related stories-lah yang akan menghidupkan fesbuk kita.
.

WARNING!
Kesemua tips di atas tidak sesuai dengan semua orang.

===

Harap perkongsian ini mampu membantu usahawan kecilan yang tak tahu mahu buat apa dengan fesbuk peribadi.

Tekan butang LIKE dan SHARE dan TAG nama rakan anda pada KOMEN supaya tips ini dapat disebarkan kepada lebih ramai orang.
.

Untuk belajar bagaimana mahu dapat LIKE yang banyak bagi posting peribadi, boleh PM saya untuk kemasukan ke dalam Batch Atun pada 16hb Januari. Anda juga akan mendapat Ebook “100 Posting Tarik LIKE” secara PERCUMA.

Salam sayang,
– Abam Tampor-

♡ Umminani ♡ 012- 443 0338

Taman Ular Negeri Perlis

21 Dec 2015 Isnin
Hari ni kami jalan2 sekeluarga dengan anak-anak saudara ke Taman Ular PERLIS.

Opss rezeki tak menyebelahi kami, sebab ruang pameran kat dalam hall jer yang dibuka ,dgn tempat buaya dan rusa.
Kawasan ular lain under renovation.

Jam lawatan 9am sampai 5pm.
10am sampai 12pm masa utk pameran ular.

Boleh pegang, bergambar,jika bukan hari minggu kena bayar RM1.00.

Anak ambik peluang main, pegang. Free kan…kalau kat tempat lain kena bayar tak RM5 ,RM10.00 …So hari ini jimat.

Total kami masuk hari ini Rm9.00 je, biasa kalau bukan under renovation total Rm18.00

Jimat sebab kawasan lawatan tak luas mana.okay la, sekadar nak penuhi masa untuk anak-anak cuti sekolah.

Selamat bercuti sekolah.

♡ Umminani ♡ 012- 443 0338

SURAT UNTUK IBU DI DUNIA

SENTAP – PERMINTAAN TERAKHIR DARI SEORANG BANDUAN

Seorang ‘banduan akhir’, iaitu yang menantikan hukuman mati meminta sebatang pen dan sekeping kertas sebagai ‘permintaan terakhir’nya. Selepas menulis selama beberapa minit, banduan tersebut meminta pegawai penjara untuk menyerahkan surat yang ditulis itu kepada ibu kandungnya.

Surat itu berbunyi…

IBU…,

Sekiranya terdapat LEBIH keadilan di dunia ini, kita berdualah yang seharusnya dihukum bunuh, dan bukan hanya saya seorang. Ibu juga bersalah ke atas liku kehidupan yang saya jalani.

INGATKAH IBU ketika saya mencuri basikal milik seorang budak lelaki yang sebaya saya? Ibu yang membantu saya menyorokkan basikal itu dari pengetahuan ayah.

INGATKAH IBU ketika saya mencuri wang dari dompet jiran kita? Ibu juga yang pergi bersama saya ke sebuah pasaraya untuk membelanjakannya.

INGATKAH IBU ketika saya bertengkar dengan ayah dan kemudian ayah pergi meninggalkan kita? Ayah sekadar mahu memperbetulkan diri saya kerana perbuatan saya mencuri keputusan akhir sebuah pertandingan yang menyebabkan saya dibuang sekolah.

IBU…

KETIKA ITU saya hanyalah seorang kanak-kanak, yang tidak lama selepas itu saya menjadi seorang remaja yang bermasalah. Dan sekarang, saya hanyalah seorang lelaki yang rosak.

KETIKA ITU saya hanyalah seorang kanak-kanak yang memerlukan pembetulan, bukannya keizinan (untuk berbuat kerosakan).

TETAPI, SAYA TETAP MEMAAFKAN IBU….

Saya mohon agar surat ini sampai kepada seberapa banyak ibubapa di dunia ini, agar mereka tahu yang menjadikan seorang anak itu baik atau jahat adalah… PENDIDIKAN IBUNYA!!!.

Terima kasih ibu kerana MEMBERIKAN ‘nyawa’ kepada saya dan juga menyebabkan saya KEHILANGANNYA.

Dari anakmu,
(Seorang Banduan Hukuman Mati)
***********************************************

PELAJARAN BUAT IBUBAPA

Perkara paling sukar dalam usaha memperbetulkan masyarakat sekarang ini ialah untuk membuatkan seorang ibu SEDAR akan kesilapan diri mendidik anaknya. Lebih sukar lagi untuk menerima teguran tentang tabiat buruk yang telah berlaku pada anaknya sekalipun bukti terang nyata di depan mata.

Tiada guna adanya ayah yang tegas dan bijaksana sebagai ketua keluarga jika si ibu tidak telus dan tulus merujuk dan berkongsi maklumat mengenai perkembangan anak-anaknya. Apabila sedar, keadaan sudah terlambat…. “Rebung sudah menjadi buluh”.

Lebih sulit lagi jika si Ayah juga jenis yang tidak ambil kisah. Hal ehwal keluarga dan urusan anak-anak diserahkan kepada isteri semata-mata. Urusan mencari rezeki dan persekolahan anak semuanya si ibu uruskan. Apabila anak bermasalah, mencuri, merempit, merogol, hisap dadah bahkan dilokap polis pun minta isteri juga yang uruskan.

Ramai sekali suami yang hanya tahu meniduri isteri sahaja. Lebih berat lagi jenis yang hari-hari minta duit isteri dan asyik keluar bersama rakan-rakan sampai ke tua. Ada pula yang kaki joli, ketagihan dadah, arak dan judi. Ada pula yang hanya mahu mencukupkan quota poligami sahaja. Kemudian dikuda pula semua isteri yang ada untuk turut ‘membaiayai’ dirinya. Hidup tidak ubah seperti ‘jantan sewaan’ sahaja.

Ada ibu yang berjaya melepasi ujian ini. Ada pula yang terpaksa membiarkan bukan sahaja anak, malah diri sendiri untuk ikut mencuri. Mungkin dia ‘terpaksa’ kerana itu sahaja punca nafkah buat mereka.

Apapun, perlu diingat bahawa tugas utama ibu adalah mendidik anak. Jika berjaya ibu melangkah ke syurga, maka jejak yang sama jugalah bakal diikuti oleh anaknya. JEJAK KAKI IBU itulah yang menjadi hakikat di sebalik ungkapan, “syurga itu di telapak kaki ibu”. Kisah Siti Hajar dan Ismail a.s. adalah antara contohnya.

Jika ibu sampai bersikap degil dan mungkar, maka jejak yang sama jugalah bakal ditiru oleh anak-anaknya. Kisah isteri dan anak-anak Nabi Noh a.s. adalah rujukannya.

Semuga kisah pendek ini ada motivasinya buat ibubapa di pagi Jumaat yang mulia ini.

Salam Jumaat
WARGA PRIHATIN

♡ Umminani ♡ 012- 443 0338

Kenapa tak boleh baca quran

Sesi Muhasabah diri sebelum tidur.

“Hari ni, berapa muka surat aku baca quran?”
Jom kita soal diri kita. Kalau banyak dari kelmarin. Alhamdulillah.

Kalau sebaliknya, tanyalah pada diri. Dosa apakah yang menyebabkan aku tak boleh baca al-quran banyak dari kelmarin?

Jawab pada diri sendiri.

Share lah kepada orang lain supaya anda dapat memberi manfaat kepada orang lain sebelum tidur. Manalah tahu, selepas dia tengok apa yang anda share, terus dia ambil wuduk dan baca quran.

Sesebaik kamu ialah orang yang memberi kepada orang lain.

#UstazAlMukhlisin

♡ Umminani ♡ 012- 443 0338

Matlamat 2016

Tetapkan Matlamat 2016
.
Satu dari contoh penggunaan masa yg BURUK adalah melakukan perkara itu dengan SANGAT BAGUS sedangkan perkara itu langsung tidak perlu dilakukan
.
Ingat kata2 ini…
.
” Sebelum kamu mula berlumba2 untuk menaiki tangga kejayaan, pastikan tangga itu tersandar pada bangunan yang betul”
.
Jadi set matlamat anda!
.
——————–
Cara Tetapkan Matlamat Bisnes..
——————–
.
+ Ambil sekeping kertas (ambil sekarang!)
+ Senaraikan 10 matlamat yang kita ingin capai pada tahun 2016
+ Tulis matlamat2 ini seolah2 kita sudah dihujung tahun 2016
+ Gunakan kata kerja SEKARANG (ini akan meransang jiwa positif anda)
.
Contoh:
+ Alhamdulillah Saya dapat jualan jubah abaya SiFu sebanyak Rm5000 sebulan
+ Alhamdulillah saya dapat …….
+ buat sampai 10 kejayaan yang anda inginkan
.
(Nota: Pastikan matlamat yang anda pilih tu memberi impak yang besar pada kehidupan @ bisnes anda)
.
Lihat kembali 10 matlamat itu…
+ Tulis semula 10 matlamat tu pada kertas yg berasingan
+ Tuliskan beberapa TINDAKAN yg anda nak buat untuk capai matlamat tu
+ Tindakan perlu ada TARIKH AKHIR untuk siapkan tindakan anda
+ Matlamat + Tarikh + Tindakan Segera!
+ Kalau ada matlamat baru, tuliskan pada kertas yg berlainan
.
Boleh faham?
+ Lakukan apa saja perkara @ tindakan yg membawa ke arah MATLAMAT anda.
+ Tinggalkan yg tak membawa kepada matlamat anda.. tinggalkan!
+ Insyallah latihan ini mampu ubah hidup anda ke arah lebih baik
.
Tanda anda orang yg berjaya, anda buat matlamat itu sekarang!
.
——————–
Posting ini Bermanfaat?
——————–
Sila komen ” saya buat sekarang juga! “

♡ Umminani ♡ 012- 443 0338

Rahsia Ketenangan Hidup – Ebit Lew

Seorang lelaki ada masalah dalam hidupnya. Dia selalu tanya kenapa hidupnya tidak tenang. Penuh masalah….

Dia mula solat subuh berjemaah di masjid. Selepas subuh duduk majlis bacaan hadis selepas subuh. Dia kata hatinya sangat tenang dapat solat subuh berjemaah dan dengar bacaan hadis.

Katanya semua masalah yang sebelum ini masalah menjadi luas baginya. Ramai orang kata kena positif. Untuk positifkan jiwa juga perlukan rahmat Allah. Untuk peroleh rahmatnya belajar merapatkan diri pada Allah

Sebenarnya Allah sayang kita. Hadis Nabi saw, siapa solat subuh berjemaah dia dalam jagaan Allah. Dia orang Allah.

Dengan berubah dan mungkin perlukan awal bangun beberapa minit dari waktu biasa boleh mengubah seluruh hidup kita. Atau kita mahu hidup yang lebih payah..

Cukuplah Allah buat kami…

♡ Umminani ♡ 012- 443 0338

Imkk Dec 2015 day 1

Intensif Magnet Kejayaan & Kekayaan (2015)
Day-1
———–
Matlamat Utama:
———–

+ Bersihkan hati yg kotor & sentiasa positif
+ Besarkan kapisiti minda & rezeki
+ Jelas matlamat (setting goal)

———–
Content:
———–

+ Kejayaan akan diperoleh bila hati & otak selari, dua2 faham matlamat

+ Kita perlu faham & paksa diri untuk berjaya,  umpama kuda: kuda tak akan minum air walaupun kita bawa dia ke tepi sungai, kuda tu sendiri yg kena buat keputusan untuk minum (tiada orang boleh paksa)

+ Jangan bertangguh, kalau nak berubah BUAT SEKARANG, cari kekuatan dengan tahu apa BIG WHY anda (TULIS & TAMPAL!)

———–
FOKUS
———–

+ : kalau solat 5 minit pun kita tak boleh fokus, bagaimana nak fokus dalam hidup?

+ Jangan Fokus ubah orang, ubah diri, orang lain kaian berubah

+ Kalau susah nak FOKUS, SENARAIkan masalah2 yg ganggu fokus anda

+ Sila GOOGLE : Retangular activating system

+ How you do anything is how you do everthing

———–

The Power of Contribute
+ Sebaik2 manusia adalah manusia yg beri manfaat kepada orang lain (maksud hadith)

4 Jenis Manusia
+ Wait things happen
+ Watch things happen
+ Makes things happen (paling bagus)
+ Donno what happen (jeng kreng!)

+ To things change, I must change first!

+ Lain orang lain matlamat. Lain cara buat

———–

Bila buat sesuatu:
+ give the best
+ high energy
(test : genggam tangan)

Bila buat sesuatu:
+ Pasti ada orang cakap2 -ve (contoh: henry Ford, AirAsia etc)

Bila berlaku sesuatu:
+ Salahkan diri (bukan orang lain)
+ Kemudian cari penyelesaian & improve!

———–

Jalan pintas kekayaan: MENTOR

———–

Kekuatan doa waktu TAHAJUD
+ Allah tunggu nak makbul doa
+ Allah kejut pagi2 buta tu bukan suruh p kencing! Dia suruh doa! Dia nak makbul doa ko!

Susah nak percaya DOA kita makbul?
+ cuba doa supaya kita excident, berani?

Kejayaan bermula dari MINDA @ NIAT
– BE, DO, HAVE (sila google)

Cara Expend Kolam Jiwa @ Rezeki
+ Sharing / contribute pada ummah
+ High expectation / matlamat besar

5 Jenis Kekayaan:
+ Jiwa / Ketenangan
+ Kesihatan
+ Hubungan Keluarga
+ Craft (hasil kerja kita untuk ummah)
+ Wang & Harta

#imkkdis2015
#jubahabayasifu
#day1

♡ Umminani ♡ 012- 443 0338

ISTERI DAN IBU

Maafkanlah isterimu dan fahamilah mereka jika mereka sudah tidak cantik, selekeh, mula menjerit, asyik marah-marah, selalu mengadu sakit-sakit, layanan mereka tidak sempurna..

Seorang suami mengadu keadaan isterinya yang begitu. Jawab saya cuba kita uruskan anak-anak seminggu seorang diri. Hanya Allah yang tahu bagaimana rupa dan sifat kita agaknya..

Mereka jadi begitu sebab kerja mereka tiada cuti. 24jam sehari. Termasuk isteri yang bekerja. Tidur mereka tidak pernah sempurna. Makan mereka tak sempurna. Terutama ibu-ibu muda yang anak-anak masih kecil. Mereka turut mencari rezeki buat keluarga.

Mereka tiada sesiapa lagi dalam hidup melainkan suami. Jika berjaya rumahtangga orang kata untung awak dapat suami baik. Jika gagal ibuayah marah anak perempuan sendiri tak pandai jaga suami.

Dari awal pagi kemas rumah. Siapkan suami dan anak-anak. Belikan atau sediakan sarapan. Uruskan anak-anak ke sekolah dan hantar ke taska. Dengan pelbagai kerenah anak dan suami.

Balik kerja segera cepat-cepat balik rumah. Siapkan makan minum suami dan anak-anak. Rumah kembali bersepah. Kemas rumah lagi. Duit gaji baru dapat belikan barang-barang dapur sementara tunggu duit suami. Mandikan dan bantu anak-anak buat kerja sekolah.

Bila suami balik, kadang-kadang anak seorang lepas berak. Seorang bergaduh dari tadi. Tinggi suara. Terus cakap dengan suami dengan muka masam kerana anak-anak. Banyak nak cerita, kerana ini teman hidup dan mati. Tersilap mula ayat atau nada. Tak sempat cantik-cantik. Tak pasal-pasal suami terasa dan marah juga kerana penat. Suami terus naik tidur atau tengok tv atau keluar rumah.

Isteri rasa sedih dan bersalah. Menangis dan menangis. Kadang-kadang tengok gambar kenangan dengan suami. Buka ceramah agama atau kata-kata motivasi untuk pulihkan semangat. Terus bersemangat dan berdoa. Meneruskan urusan rumahtangga kerana Allah dan suami. Terus berlari siap-siap nak layan suami. Tiba-tiba anak-anak menangis, tak mahu tidur. Seorang lagi masa nak tidur nak makan dan berak lagi. Anak kecil asyik menangis. Suami pun sangat penat di tempat kerja harapkan dapat bermanja dan bergurau dengan isteri. Kadang-kadang tidur dengan marah..

Isteri sepanjang malam rasa bersalah…itulah seorang isteri dalam merajuk dan sedih tidak dapat rehat dan terus menerus uruskan rumahtangga sehingga habis usia. Sampai 40 tahun. Tapi mereka ikhlas kerana Allah. Itulah ibu kita dan ibu anak-anak kita..

“Khadijah ra tidak pernah mengeluh sepanjang hidup beliau. Itulah wanita yang sentiasa manis mukanya walau segalanya telah dikorbankan demi agama..”saya selalu minta isteri saya berdoa agar bertemu dengan wanita ini dalam syurga nanti..

Sebab tu kita lihat ayah-ayah kita semuanya selalu cool jer..tak kisah mak membebel . Sebab mereka tahu susah isterinya..fahami isterinya..

Sayangilah isteri kita. Maafkanlah mereka. Bantulah mereka di dalam rumah. Bersama-sama buat kerja rumah. Bantulah sikit-sikit. Jika kita nampak orang angkat barang banyak sebagai manusia kita akan tolong. Kita tengok kerja orang berat kita malu rasa nak duduk. Sekali sekala bawalah isteri bercuti dan rehatkanlah mereka. Beri cuti. Layan mereka seperti permaisuri sekali sekala.  Mereka tiada gaji. Hanya kerana amanah mereka sebagai seorang isteri dan ibu. Jadilah pendengar setia dan penyayang. Mereka bukan milik kita tetapi amanah Allah untuk kita pimpin masuk syurga..duduk rehat-rehat bersama baca Al-Quran, solat tahajud,doa, baca hadis Nabi saw. Mereka bukan tukang masak. Bukan bukan bibik. Mereka hamba Allah dan Umat Nabi saw. Bertanggungjawab hidupkan Islam dan menuntut ilmu serta berkhidmat buat keluarga.

Itulah kehidupan rumahtangga saling memerlukan dan melengkapi. Kesucian hati seorang isteri dan ibu hanya menjadikan merekalah orang paling bahagia dunia dan akhirat. Ya Allah bahagiakanlah hati ibu dan isteri di luar sana. Ampunkan segala dosa mereka dan beri mereka syurga yang tinggi. Saya sayang ibu dan isteri saya kerana Allah-ebit lew

#grandopening #paramountcofeehouse sabtu 19/12/15
#prokids akhir 2015 3hari 2mlm 20-22dis daftar 03 8926 7020

♡ Umminani ♡ 012- 443 0338

PESAN KALAVATHY

Minda kita sekuat Magnet. Apa kita cakap, kita JADI!

Tanamkan dalam minda anda bahawa hidup yg INDAH menanti anda. Semua yang baik2 pasti berlaku tidak lama lagi. Anda pasti hidup sekaya..seberjaya dan sebahagia yg diimpikan. Saya PASTI.!!! Tanamkan niat ini dengan KUKUHnya!

Semoga hidup anda sekalian kaya sekaya-kayanya utk membantu lebih ramai orang kaya bersama2 kita

Semoga dipermudahkan

Kala
Coach Ganas

♡ Umminani ♡ 012- 443 0338