Kisah Umrah 1- 10 Sept 2023
Tercetus nak tunaikan umrah. Doa, persiapan demi persiapan di buat, kami sekeluarga Allah uji dengan sakit. Anak- anak demam campak, kakak, diikuti angah dan adik. Selepas tu Along pula. Kiranya September adalah bulan cabaran untuk keluarga kami. Masa ini sentiasa doa semoga semuanya lekas sembuh.
Sekali lagi, pada tarikh 23/11 suami ditimpa kemalangan. Luka pada beberapa tempat di badan. Ada kesakitan dirasa. Hari kejadian itu, terus minta kebenaran balik ke rumah untuk tengok suami, masa ini Abg Ramdan jiran bantu bawa suami pergi ke Hospital Kajang. Bila suami setel, pada 24/11 tu aku berada di rumah sebab jaga suami sakit, tapi nak jadikan cerita dalam 2.00 petang tiba-tibas sakit. Sakit yang teramat sangat. Kalau skala sakit 10/10. Terus di bawa ke Klinik Amani untuk cucuk melegakan kesakitan. Dan berlanjutanlah sakit sehingga dimasukkan ke wad.
Sehingga hari ni, 29/11 masih berada di ward. Masih berbaki 13 hari sebelum bertolak. Hanya doa & keajaiban daripada Allah swt kami harapkan. Kami ini insan lemah yang masih mengharapkan doa dan keajaiban daripada Allah swt.
Doakan perjalanan ibadah kami dipermudahkan. Disebalik kesukaran ini, pasti ada pelangi indah yang Allah swt aturkan untuk keluarga kecil kami.