Hari Isnin, 23 Oktober 2023 aku mulakan minggu baru penuh semangat. Aku cuba menyelesaikan setiap tugasan yang berbaki dan masih memerlukan tindakan segera. Seusai solat Zuhur, suamiku menelefon. Nada suara yang kedengaran amat berbeza daripada kebiasaannya. “Sayang, balik tolong b, b accident dengan anjing di kawasan rumah.” Allahuakbar. Aku tarik nafas panjang,bagiku jarak perjalanan jauh daripada pejabat di Bukit Aman ke rumah tidak membantu untuk aku terus menyelamatkan suami yang ketika itu dirumah. Lantas, aku hubungi jiran sebelah rumah, mungkin Abang Kamal tidak berkerja pada hari itu, aku menelefon melalui isterinya- Kak Su. Panggilan tidak berjawab, aku hubungi seorang lagi jiran yang baik dengan suamiku, entah kenapa namanya yang muncul di benak, abang Ramzan. Ya, panggilan berjawab dan terus dia menghantar suami ke Hospital Kajang. Sejurus itu juga, aku capai segala barang peribadi, fail dsbnya untuk aku bekerja dari rumah jika keadaan memerlukan.Pada malamnya, selesai mengurus suami di Hospital Kajang, aku memohon kepada bos nombor 1 di pejabatku untuk cuti atas sebab kecemasan bagi menjaga suamiku. Maka, pada 24 Oktober 2023 yang sepatutnya akulah menjaganya kerana kemalangan,berubah sebaliknya. Adakah Batu Karang dalam pundi kencing?
Adakah Batu Karang dalam pundi kencing? Cramp skala 10/10
Melihat suami dalam keadaan berehat, masih terasa sakit dijahit akibat luka kemalangan, aku membiarkan suami berehat. Tetapi pada jam lebih kurang 3.00 petang (24/10/2023), keadaan berubah menjadi detik-detik cemas. Aku cramp, sakit di bahagian pinggang. Jika skala kesakitan 10, aku letakkan skala 10/10. Terus suamiku bawa aku ke Klinik Amani.
Disitu, aku diberikan suntikkan meredakan kesakitan “mungkin” kerana period pain hari pertama. Mana mungkin sakit lain, aku sihat pada paginya. Hal-hal lain diurus dengan baik sebelah pagi sambil menyiapkan tugas yang aku janjikan untuk disiapkan dirumah.
Sakit berlarutan hingga ke malam. Selesai anak-anak tidur, aku meratap sakit yang tidak tertahan. Lalu, suamiku terus menukar pakaian dan menyuruhku bersiap untuk ke Hospital Kajang. Aku tidak ingkar kerana kesakitan tidak dapat di bendung lagi. 25/10/2023 hari Rabu – 17 jam aku berada di bahagian zone kuning Hospital Kajang.
CT scan merupakan langkah yang terbaik untuk mengesan batu karang
Pada 27/10-buat ultra sound dan CT Scan. CT scan merupakan langkah yang terbaik untuk mengesan batu karang – result hanya dapat pada hari Selasa (31/11/2023), kata Dr ada jumpa batu (1) saiz 0.5 cm, dalam saluran kencing. Mungkin sebab *blockage batu tu, jadi kuman dlm badan, itu menyebabkan suhu badan tinggi dan demam. Sebab tu daripada masuk emergency pada 24/10/2023 , 11.00mlm – warded 26/10/2023- diberikan ubat tahan sakit & antibiotik. Antibiotik daripada (26-30/10/2023) tidak sesuai, masih demam. Dr tukar antibiotik kepada antibiotik Taxosin, dan alhamdulillah berjaya kurangkan suhu badan & demam pun reda. DR continue antibiotikTaxosin sampai hari Ahad (5/11/2023).
3/11/2023 – Hari ke-10 berada di Hospital Kajang
Selepas beberapa kali ujian darah & urine keadaan badan semakin baik. Kuman dalam darah daripada 358 berkurang 158 dan semalam 2/11 tinggal 65.(tak pasti bacaan dlm bentuk apa). 2/11/2023 – Prosedure memasukkan stent dalam badan (seperti gambar ke-2). Walaupun kakitangan kerajaan masih kena keluarkan duit sendiri sebab stent tidak dibekalkan.
Batu Karang pundi kencing? Pasang stent batu karang :
Prosedur dijalankan di Unit Urologi Hospital Serdang. Di Hospital Kajang tiada kelengkapan dan pakar urologi. Perjalanan ke Hospital Serdang di iringi oleh seorang staff nama Muhammad dan MO nama Dr Farabi.
Daripada hasil pembacaan internet ; jika batu karang tersumbat pada saluran kencing, doktor akan masukkan tiub kecil (stent) secara sementara ke dalam ureter.
Kos (2) alat ini berharga Rm260.00. Baca dalam blog, ada seorang pesakit ini buat prosedure sama di C Hospital kos untuk keluar stwnt shj menelan belanja Rm2000.00. Masukkan stent tak diberitahu pula berapa kosnya.Alhamdulillah. Skala kesakitan semasa pasang stent, 6/10 rasa nyilu. Prosedure ini dilalukan di Unit Urologi Hosp. Serdang pada jam 2.30 -2.50 petang.
Tambah Darah- jenis B+
3/11/2023 – Top up darah B+. Keadaan HB low, bacaan dalam 7.5 shj. Jadi memandangkan ada tugas lebih berat selepas ini, Dr daripada medical department cadangkan untuk tambah darah. Atas persetujuan pesakit, tiada paksaan kepada pesakit. Aku setuju sahaja demi mendapatkan kesihatan yang baik.
5/11/2023 – Menunggu untuk discharge, malangnya belum boleh sebab sel darah putih tinggi dalam badan. Jika ada sebarang sel darah putih atau nitrit dikesan di dalam air kencing, ini mungkin menandakan kewujudan jangkitan bakteria. Darah merah pula menunjukkan kehadiran batu karang di dalam saluran air kencing pesakit.
Terima kasih kepada semua yang melawat dan mengirimkan bakul buah.
Doakan saya dapat kembali ke pangkuan keluarga dan sihat seperti sediakala. Dan dapat kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat, InsyaAllah.