Ya allah, masa amat mencemburui kita. Ppejam celik dah masuk bulan 5 bagi tahun 2024. Dan dalam tempoh 5 bulan ini pelbagai cerita berlaku. Masyallah. Kawan-kawan apa pun yang berlaku dalam hidup kita baik atau sebaliknya adalah ketentuan allah swt. Cuma kita kena belajar redha dengan apa yang berlaku.
Kadangkan, allah swt uji kita pelbagai cara. Dengan kewangan, dengan kesihatan dan mungkin juga dengan hati dan perasaan. Rasa marah, sedih dan kecewa. Sebenarnya allah swt nak kita kembali kepadaNYa dan mohon keampunan kepadanya serta munajat yang tiada hentinya. Insyaallah hati yang gundah gulana kembali sembuh dan dapat jalani kehidupan dengan sebaiknya.
Sahabat semua, jauh atau dekat kita tetap bersahabat walaupun secara berhadapan atau secara maya. Semoga kalian dalam lindungan allah swt hendaknya. InsyaAllah.