Program Happy Meal Readers McDonald’s ; erat hubungan keluarga.
Happy Meal Readers adalah program terbaru yang dilancarkan oleh McDonald’s. Setiap bulan keluarga pergi ke restoran McDonald’s di Malaysia untuk menikmati hidangan, bergelak ketawa, beramah mesra dan sama-sama berkongsi kegembiraan. Keluarga Un juga tidak terkecuali. Program Happy Meal Readers McDonald’s Bagi Program Happy Meal Readers McDonald’s , 12 buku cerita eksklusif karya penulis dan pelukis ilustrasi terkenal dunia, Cressida Cowell, akan dikeluarkan oleh McDonald’s sepanjang tahun ini. McDonald’s diwujudkan dengan meletakkan keluarga sebagai keutamaan. Jika sebelum ini kami memilih McDonald’s kerana restoran ini sangatlah mesra kanak-kanak, dengan adanya taman permainan. Tetapi dengan pelancaran program ini, ianya lebih menarik. Angah paling suka, dia adalah peminat no.1 dinasour dalam keluarga kami. Inisiatif…
Dengki dan iri hati, kenapa begitu?
Setiap hati kita melalui pelbagai situasi. Ada kalanya, kita mungkin telah berbuat kebaikkan pada mereka yang berada dengan kita. Pada masa yang sama jua, ada orang ketiga yang cuba mendekati kekasih atau sahabat kita ini. Maka, timbullah dengki dan iri hati. Walhal, jika hati tidak berkeladak, tidakkah mungkin boleh kita jadikan dua sahabat itu kawan kita juga. Kenapa perlu dengki dan iri hati? Ingat lagi pesanan Mentor dalam satu kelas motivasi yang UN hadir, katanya begini; Jika dalam jiwa kita ada keladak dan tidak dibersihkan , mana mungkin keladak tersebut akan menjadi bersih dan akan jadikan hati kita juga bersih. Semakin berniat buruk, semakin berkeladak kolam jiwa. Semakin berkeladak kolam…
PRK N24 Semenyih IPD Kajang 2019 ; Tugas Pegawai Media
Semalam lepas selesai tugas Penamaan Calon bagi PRK N.24 Semenyih, Un terus balik kerumah. Apalagi , UN merempit di tengahari takkala pancaran mentari atas kepala. 🙂 Tak lama lepas tu, lawatan OCPD pula. Meriah sungguh 😃. Balik rumah, UN rehat sekejap, lepas tu UN ke pusat operasi media bagi PRK. UN bertuah dapat belajar dan berkenalan dengan petugas media disana. Alhamdulillah mereka semua cekap, tambah seronok bekerja. Kajang, 16 Febuari 2019-YDH ACP Ahmad Dzaffir bin Mohd Yussof-Ketua Polis Daerah Kajang Selesai Membuat Lawatan Ke Pusat Media Planning Dan Subtek Balai Semenyih PRK N. 24 Semenyih sebentar tadi. Lawatan dibuat agar memastikan segala kelengkapan dan kemudahan untuk penugasan petugas-petugas Media Planning…
Jom Ke Sekolah: Diharap kehadiran ke sekolah tahun ini akan bertambah baik.
Kajang, 11 Februari 2019 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkolaborasi melalui Program Jom Ke Sekolah Peringkat Kebangsaan Tahun 2019 dengan menempatkan pegawai dan anggota polis sebagai langkah efektif menangani isu salah laku disiplin dan jenayah di kalangan pelajar sekolah. Program Jom Ke Sekolah – SMK Bandar Tasik Kesuma Program bagi sekolah-sekolah di bawah KPM ini akan dilancarkan secara serentak di seluruh negara pada 18 Februari ini dengan gabungan kepakaran dan tenaga oleh KPM, PDRM, komuniti setempat, agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta seluruh warga pendidik. Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, CP Dato’ Sri Rosli Ab Rahman dalam ucapannya berkata, PDRM…
Bukan Rezeki Ku…bila yang depan mata LESAP
Inilah pemberian hamba Allah kepada kami sekeluarga hari ini. Masa ambil gambar ini, nak raikan kebahagiaan, nak wasap kepada suami. Selesai snap, terus angkat bekas yang terbalik. “Owh tumpah pula airnya”. Un pun turunkan daripada bonet, kibas plastik dan susun semula bekas. “Ehm…basah pula nak bawa masuk kereta.” Masa tu 12tghari. Matahari terik memancar. “Aku jemurlah disini dulu, sekejap je ni.” Terus letak di atas ‘para’ atau bahagian tinggi tepi pejabat. Lalu masuk ke dalam pejabat, dan berbual hal kerja dengan staff Un”. Taklama, tak sampai 10minit, keluar semula. Plastik merah yang dalamnya ada 5 bekas makanan, ada petai, ada jeruk mangga, ada belimbing buluh, ada cili hijau (macam bibik…
Lelah; Demi anak gagahi jua
Kisah 6 Feb 2019; 2 hari cuti ; Pagi semalam pujuk rayu anak-anak berjaya gerakkan langkah kaki Ummi abah ke Sg Tekala. Mujuq dekat, 15minit sampai. Balik Sg Tekala, terus Ummi siap pergi pejabat setlekan planning lalulintas VIP nak datang Kajang. Nak aturkan anggota bertugas lagi, jalan lagi.. tup tup tengok jam, pukul 6 ptg. Sat sangat masa berlalu, 3-6pm. 😅 Kisah Di Dataran Purajaya : Terus sampai rumah, rehat dan solat. Bawa anak-anak penuhi hasrat yang tak tercapai. Air mata berjurai dah pengaruhi Ummi…hailah anak! Berjaya juga depa ke Putrajaya! happy Sangat, tengok kelakuan pun dah tau. Balik terus lena. Ummi abah curi masa p joging Pagi tadi, Ummi…
Mesyuarat Agung PERKEP Kajang Sesi 2019/2020
8 Februari 2019 (Jumaat) – Mesyuarat Agung PERKEP Kajang Sesi 2019/2020 telah diadakan di Sg Long Golf Resort. Mesyuarat Agung PERKEP Kajang Sesi 2019/2020 kali ini telah dirasmikan oleh YDH ACP Ahmad Dzaffir Bin Mohd Yussof, Penaung PERKEP Kajang. Majlis ini juga juga dihadiri oleh Ketua Bahagian, Ketua Cawangan dan Ketua Polis Balai yang telah menjadi sebahagian kepada penggerak PERKEP Kajang. Pada majlis ini juga telah diadakan sesi penyampaikan sijil kepada suami-suami yang terdiri daripada warga IPD Kajang yang telah bersama memberikan sokongan kepada PERKEP Kajang. Tanpa sokongan suami dalam menyokong ahli PERKEP, pastinya isteri tidak dapat bersama-sama dalam mengerakkan PERKEP ini. Mesyuarat Agung PERKEP Kajang Sesi 2019/2020 – sesi…
Happy Birthday Angah ke – 6
Sebelum melahirkan dia, 2/3 kali ulang alik dari Perlis ke Aloq Setaq. Mula-mula plan nak bersalin di Klinik Dr Suraya, tapi Dr Suraya refer ke Kedah Medical Center. Rupanya, dah nak bersalin baru tau, dia songsang. Ketika menunggu kelahiran dia, dah tersedia bibik. Bibik sampai 2 minggu sebelum dia lahir. Lahirnya dia, tersedia semua. Segala nya bibik uruskan. Manja yakmattt dengan bibik. Perangai tu terbawa sampai besaq. La ni ada adik pun sama. Nak berkepik bawa tiakkk ummi. Manja , banyak cakap + cerdik pun dia juga. Banyak sabaq laaa hai.. ciri anak kedua tu terserlah pada dia! Apapun Ummi harap dia besaq jadi anak soleh. Happy Birthday Superman! Hadiah…