“Ummi, nanti cuti kita pergi lagi ye. Ikut Cik Sue pergi Rocky Basecamp dan Air On Park, boleh Ummi? Kat sana best!”

Angah juga yang bising😅 haiii, memang setiap kali kemana sahaja, angah jer la jurucakap. Yang lain pula follow jer.

Ini dah tak sabar nak masuk ini.

Rocky Basecamp Malaysia; Satu family boleh main disini.

Alkisahnya, nak pergi hujung minggu sangatlah padat. Jadi, Un memilih hari biasa untuk membenarkan anak-anak pergi bermain. Un hanya tinggalkan mereka dengan Cik Sue untuk bermain. Sempat tengok dan perhatikan seketika sahaja. Lepas hantar , Un terus balik ke pejabat.

Rocky Basecamp  Latihan Kecergasan Indoor di Aeon Shah Alam

Sebelum ke Rocky Basecamp Malaysia, perkara utama yang mesti di titik beratkan adalah kesihatan. Mestilah sihat tubuh badan dan mental juga sihat. Untuk permainan disini, mestilah berani dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi.

Pakak stokin yang dibawa dari rumah atau dapatkan di kaunter dengan harga Rm4.70 sepasang. Next, selesai berstokin perserta akan dibekalkan kasut khas bagi memastikan keselamatan terjamin.

Owh ya, INGAT, bawa stokin daripada rumah. Bagi berada dan bermain disini, WAJIB memakai stokin. Mudah jika bawa dari rumah, tetapi jika terlupa boleh mendapatkan stokin di kaunter bayaran. Harga stokin kanak-kanak adalah Rm4.70 sepasang.

Sebelum memanjat, panas badan dahulu.

Rocky Basecamp terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Climbing dan Playground.

Ini adalah bahagian Climbing bagi test drive. Cuba yang biasa dulu, barulah yang level lebih up lagi.

Disini lebih fokus kepada Climbing dan iainya merupakan Pusat Mendaki Dalaman (indoor) PERTAMA di Malaysia, yang menempatkan Tembok Mendaki Kelajuan Dalaman, berukuran 15 meter tinggi.

Semua tempat ini boleh climb. warna batu pada wall membezakan tahap untuk memanjat.
Angah sangat excited. Tambah lagi dia ringan agaknya. Senang je tengok dia panjat satu-satu dinding.
Kat sini, lokasi permainan selamat disamping ada coach yang terlatih.

Rocky Basecamp Malaysia dibuka bagi 4tahun keatas dan minima berat 20kg.

Giant Playground  Di Rocky Basecamp Malaysia

Namun, jika membawa anak kecil juga tiada masalah kerana ada permainan khas disediakan. Anak-anak awal usia, bebas bermain bersama kawan-kawan. 

So, dont worry. Keep calm. Main je puas-puas selagi boleh main ,dan tak penat.

Air On The Park -Sini ada 3 bahagian.

Bagi permainan di Air On The Park,  ianya lebih kepada minda dan pembelajaran.

Air On Park : Kepelbagaian Aktiviti Disini

Edutainment Zone

Antara aktiviti yang boleh dijalankan disini adalah Handicraft Programme (Gift making), Motion Detection (Interactive Flooring) dan Interactive Drawing (Interactive Fish Painting).

Fun Zone

Ianya adalah taman permainan yang berunsurkan tali dan masih terdapat  beberapa mainan yang lain untuk dimainkan.

Harga Fun Zone

2 Jam Pas : RM 35.00
2 jam x 4 penyertaan :RM 110.00
3 jam pas untuk 2 zon ( Zon Fun & Edutainment) : RM 60.00

VR/ AR Zone (Virtual Reality dan Augmented Reality).

Inilah part paling menarik dan membuatkan rasa teruja nak main lagi. Ianya seolah-oleh kejadian sebenar. Anak-anak Un siap balik cerita berlawan dengan binatang, main tembak-tembak dll lagi.

Harga VR/AR Zone

Pass Single untuk 5 permainan : RM 55.00
Pas Bundle untuk 10 perlawanan :RM 95.00
Permainan taktikal ~ ONE Entry: RM 55.00
Permainan taktikal ~ Bundle of 4 games : RM 190.00
Pas Bundle untuk 10 perlawanan: RM 95.00
Pas Kemasukan Guardian: RM 5.00
Companion: RM 10.00
Topeng Mata setiap bahagian: RM 1.00

Berikut disertakan beberapa infomasi/media sosial untuk mendapatkan info lanjut bagi 2 tempat permainan indoor yang disediakan. Jadi, bolehlah plan dan aturkan masa yang sesuai. Selamat mencuba.

Rocky Basecamp:

Website: http://www.rockybasecamp.com
Facebook: https://www.facebook.com/RBCShahAlamOfficial/
Instagram: https://www.instagram.com/rockybasecamp_malaysia/

Air On Park:

Website : http://www.aironpark.com/
Facebook: https://www.facebook.com/AirOnPark.SA/
Instagram: https://www.instagram.com/aironpark.sa/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *