Kelebihan Play Doh Ice Cream Castle 

Bermain bersama-sama menjadi satu amalan bagi 3 beradik iaitu Along, Angah dan Cik Sarah. Bila mereka bertiga dapat Play-Doh Ice Cream Castle, mereka semua seronok. Terima kasih Play Doh kerana sponsor mainan untuk anak-anak yang harganya RM139.90 sempena ulang tahun ke-60. Happy 60th birthday Play-Doh #playdoh60my. Jom teruskan membaca apa kelebihan Play Doh Ice Cream Castle di mata Ummi.play-doh-ice-cream-castle-playset

Semasa hari mereka dapat mainan ini, mereka terus berlari masuk rumah dan menatap la bungkusan berwarna coklat ini bersama-sama. Sebab mereka dah tahu, bila dapat mainan ada undang-undang Ummi akan beritahu dahulu. Nasihat Ummi pada mereka  antaranya ” Along dan adik-adik perlu bersyukur dapat main Play-Doh. Bukan semua orang mampu dan ini rezeki anak-anak Ummi”. Kedua ” Along, Angah kena main dengan Cik Sarah elok-elok, buatkan ice cream dan jaga Play-Doh Ice Cream Castle ini sebaiknya. Banyak kelebihan Play-Doh ini Along akan nampak lepas main… okay jom main”. Riang ria depa bersorak dalam rumah. “Yeayyy, terima kasih Ummi!” harga-terkini-play-doh  img_3727 img_3733 img_3737 img_3739

Cik Sarah juga tak melepaskan peluang untuk cuba skill untuk membuat ice cream sendiri tanpa bantuan orang lain. Bagusnya Play-Doh ini lembut , jadi memang anak-anak boleh praktiskan skill mereka tanpa beban.img_3741 img_3745Inilah Ice Cream Play Doh yang Along nak buatkan untuk Cik Sarah. Comel jer bentuk ice cream ini. Eh!Ummi pula yang teruja nak makan.. nyummyy ! img_3754 img_3756 img_3759Serius mainan play doh ini memang jadikan adik beradik baik dan boleh duduk sama-sama bermain. Ada nilai kasih sayang disini.  Abang melayan adik-adik dan boleh duduk bersama. Bahagia seorang ibu bila dpaat lihat anak-anak boleh bekerjasama begini, harap sampai akhir hayat. 🙂  

https://www.instagram.com/p/BLOGW-NB-rH/?taken-by=ummi_nani

Play Doh Ice Cream Castle?

Bagi Ummi , Play-Doh Ice Cream Castle ini istimewa sangat untuk anak-anak Ummi dan ini adalah hadiah sempena birthday Cik Sarah akan datang. Cik Sarah seorang anak perempuan yang dibesarkan dikalangan abang-abang. Jadi kecenderungan Cik Sarah lebih kepada mainan kanak-kanak lelaki. Tapi, bila mereka bertiga bermain Play-Doh Ice Cream Castle ini, secara automatik abang-abang melayan Cik Sarah dengan baik sekali. Mereka tanya Cik Sarah “Sarah nak ice cream ya? Ice cream oren mint boleh? Tanpa bercakap tapi Cik Sarah faham pertanyaan abang-abang , terus mengangguk kepala tanda nak ice cream yang abang buatkan.

Play-Doh memang boleh membantu kreativiti anak-anak semasa bermain kerana Cik Sarah dapat mereka bentuk struktur yang berbeza denagn menggunakan imaginasinya. Itu bukan sahaja faedah Play-Doh malah boleh mengeratkan hubungan adik beradik.

img_3762play-doh-ice-creamPelbagai bentuk comel boleh disediakan dengan set ice cream play doh ini. Boleh sediakan topping yang comel-comel dan cantik untuk diletakkan pada ice cream.play-doh

https://www.instagram.com/p/BLMzFwChWjZ/?taken-by=ummi_nani

Begitulah berulang kali, masing-masing buat ice cream dengan pelbagai bentuk dan decoration. Comel jer tengok ice cream ini. Along cakap “Ummi, Along nak buat ice cream cantik-cantik untuk Sarah, Sarah kan comel”. Tergelak Ummi dalam hati, eh mengaku pula adik perempuan dia comel. Gelagat anak-anak. Disini nampak elemen kasih sayang abang kepada adiknya.

Kebaikkan dan Kelebihan Play Doh 

img_3719

Material yang digunakan berbau wangi dan tidak menusuk baunya ke hidung. Tidak melekit di tangan dan mudah di cuci.

Warna Play-Doh yang berwarna warni menyemarakkan kreativiti anak-anak. Bukan setakat ice cream yang berjaya ukirkan menggunakan mesin yang disediakan tetapi juga pelbagai menu tambahan. Jadi Play-Doh membantu menjadikan otak anak lebih ligat untuk berfikir.

Anak-anak belajar untuk bersabar untuk buat dan ulang perbuatan sehingga ice cream yang direka menjadi cantik. Ummi suka bab ini, bila anak bermain mereka melatih diri untuk bersabar bukan sahaja ketika bermain, sikap ini boleh di praktiskan dalam keadaan biasa. Play Doh melatih anak-anak bertolak ansur dan bekerjsama untuk menjadikan ice cream rekaan tercantik.

Happy Birthday Play Doh!

kelebihan play doh

Wah, teruja dengan permainan Play-Doh.!

 Satu jenama yang sangat hebat dan selama 6O tahun berada di pasaran. Boleh imagine betapa ramai pengguna Play-Doh? Kegembiraan bermain Play-Doh bersama anak-anak tak dapat dibayangkan. Wah! Play-Doh berjaya menarik perhatian ibu ayah membeli mainan yang sangat berfaedah kepada anak-anak untuk meningkatkan kreativiti , mengeratkan hubungan keluarga dan banyak lagi yang Ummi dan bagi tahu dalam blog post.  Happy Birthday Play-Doh .

Tengoklah video yang menarik ini di mana 60 selebriti mengucapkan sempena ualng tahun ke-60 kepada Play-Doh. http://www.hasbro.com/en-my/brands/playdoh/videos?bctid=5167597633001

9 thoughts on “Kelebihan Play Doh Ice Cream Castle”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *