Sebak pula hantar anak ke program macam ni. Hati ibu kan, mudah tersentuh. Ramai ibu ayah yang semangat nak bagi anak² pelajaran terbaik. Sanggup berhabis demi anak². Semoga usaha ibu ayah dan anak² akan membuahkan hasil yang baik. Masih belum terlambat, sebelum buat permohonan ke MRSM 2023 kenalah ada persediaan.
Persediaan yang perlu adalah persediaan mental dan juga persediaan menjawab soalan-soalan bertaraf MRSM. Maka, FH telah aturkan dan ada sessi Bersama CIKGU BOB di bengkel PKSK/UKKM anjuran Flyhigh Training Centre . Seronok anak² dpt jumpa Cikgu Bob secara live. Untuk subjek lain pun FLY HIGH TRAINING CENTRE ada sediakan bengkel menjawab soalan ini. Malah mereka juga membawakan guru-guru berpengalaman yang mana mereka terdiri daripada pentadbir sekolah, guru yang terlibat dalam penyediaan soalan peperiksaan dan lain-lain kelayakaan.
Bengkel Persediaan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) dan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus 2023 (PKSK) SBP
Bengkel persediaan pertama di UKM. Seterusnya akan diadakan di Shah Alam dalam masa terdekat.
Fly High juga membawakan barisan Guru Cemerlang yang tiada tandingan. Terbukti ada peningkatan dalam pembelajaran subjek anak², termasuklah untuk peperiksaan UPKK. Syukur Alhamdulillah.
Permohonan ke MRSM 2023 : Bengkel Persediaan PKSK dan UKKM
Bagi memohon ke MRSM selain UKKM dan untu ksekolah berasrama penuh pula PKSK, anak-anak akan diberikan tips untuk menjawab soalan-soalan dan tips yang dikongsikan pula mudah untuk difahami. Malah, perkongsian daripada pengalaman lepas, asbab kelas yang sama, alhamdulillah UPKK 2021 telah membawa kejayaan kepada Along. Now, fokus untuk #PentaksiranTahun6 ( Kelas Elite tahun 6 – Isnin, Selasa, Rabu dan Jumaat) dan #PSRA2022 (Kelas khamis malam).
UKKM /PSSK :
Peperiksaan yang lebih kepada kemahiran KBAT, yang mana mereka inginkan murid-murid yang hebat dan boleh menyelesaikan masalah. Soalan-soalan ni boleh membantu anak-anak menjawab dengan baik. Tidak jauh beza dengan pelajaran disekolah, tetapi bentuk soalan lain sikit.
InsyaAllah Cikgu Zazol dan ramai lagi guru akan bantu melalui tips & teknik jawab soalan yang akan ditanya dalam exam UKKM/PKSK termasuk Pentaksiran/Penilaian Tahun 6.
Permohonan ke MRSM 2023 : Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM
Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) bagi kemasukan MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. Untuk pengambilan pelajar MRSM tahun 2023, pelajar Tahun Enam dan pelajar Tingkatan 3 yang berminat untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) diwajibkan menduduki ujian ini. Peperiksaan ini adalah untuk menguji potensi dan minat pelajar sebelum melayakkan diri ke peringkat pertimbangan kemasukan ke MRSM.
Info Lanjut Tempoh ujian adalah selama 2 jam merangkumi 4 subjek.
Ujian akan dijalankan pada hujung minggu di pusat ujian yang dinyatakan dalam sistem permohonan Sebarang pertanyaan atau maklumbalas boleh emel kepada [email protected].
Maklumat Lanjut :
Sekarang ni saingan ke mrsm bukan mudah kann .. bagus UN siap siaga persediaannya. Anak Kak Nina pun Tuisyen ngan FLYHIGH, memang Cikgu – cikgunya bagus. Harap bengkel sebegini akan diteruskan dari masa ke semasa
Kena prepared awal. Semoga anak2 Kita berjaya
Anak2 perlu ulangkaji Dan buat Latihan Banyak soalan KBAT. semoga berjaya