Month: September 2013

Day 3 – KUNDASANG (Malam di Kinabalu Pines Resort)

 Hi, kami bermalam di Kinabalu Pines Resort .  Disini peliknya malam cepat sangat tau..dalam 630 petang dah malam. Kiranya maghrib tu awai sangat. Kami keluar jalan-jalan kat luar ini ambil angin dan hirup udara segar. Sejuk weh! Mmeang best yang amat, feeling sejuk sampai tulang tu!
Hhaha ini spam gambar Along di Kinabalu Pines Resort. Amboi seronok Along melompat , berlari eh! Sejuk tapi bila dah berjalan tu , ada jugalah peluh tu… ALong apa dia tau! Kecik lagi, tau seronok jer.
Ini Muhaimin. Sejuk-sejuk pun manis Amin ini. Ehm, berapa bulan yer masa ini, dalam 7 bulan kot rasanya. Merangkak laju masa ini. CUma tak boleh berlari lari.

 

 

Huhu, dah berjalan-jalan di kawasan gelap ini, kami terus masuk bilik semula, sejuk dan seram juga sunyi-sunyi ini. Lpeas masuk bilik, abah makan kacang kat depan balkoni dan kami semua terus masuk lena…. esok nak bangun awai nak tengok suasana subuh dan matahari naik di waktu pagi.. lawa orang kata.. betul ke> Day 3 – KUNDASANG (photografi @ Kinabalu Pines Resort)

Day 3 KUNDASANG ( Pekan Kundasang/Kundasang War Memorial)

Assalamualaikum.
Kami berada di Kundasang di hari ke 3. Waktu ini adalah lebih kurang jam 5 ptg. Kami keluar ke pekan Kundasang utk dapatkan makanan. Alhamdulillah. Makanan kami makan utk dinner adalah nasi goreng ayam (abg mustaqim dan mr suami). Ummi makan bihun bandung. Kedua masakan sedap walaupun nampak ringkas.

Selesai makan. Di depan kedai nampak jelas GUNUNG KINABALU. Berdekatan juga adalah pintu masuk KUNDASANG WAR MEMORIAL.
ALHAMDULILLAH sekali lagi ALLAH S.W.T tunjukkan kebesarannya. Sekelip mata GUNUNG menjadi kemerahan. ..dan dlm kurang seminit semuanya jadi cerah semula. Bila keadaan itu berubah..azan pun berkumandang. Ya Allah..jika diamati..masa berlalu sgt lah pantas. Cuma kita manusia sahaja tidak menyedarinya. Selalu leka dan lalai..terutama dlm mengejar ilmu agama sebagai bekalan kepada akhirat.
Pengajaran disini..sentiasa pentingkan masa serta mengucapkan ALHAMDULILLAH pada setiap perkara yang baik mahupun sebaliknya. Nak tahu kenapa?? Kerana Allah s.w.t maha besar. Tidak tergerak sesuatu zarah kalau bukan dgn izinnya. Wallahualam.
*samhung next entry.
Published with Blogger-droid v2.0.10

Day 3 – KUNDASANG (photografi @ Kinabalu Pines Resort)

Alhamdulillah ..sepanjang perjalanan kami di hari ke tiga selamat sampai ke Kinabalu Pines Resort. Sepanjang perjalanan ambik masa dalam 2 jam lebih. Setelah balik dari DESA  CATTLE FARM, kami  rehat  jap di bilik. Mr suami dah kepenatan berehat. Kesian sebab kali ini travel Mr suami kena drive. Tanpa bertukar pemandu … sebabnya adik meragam tak nak langsung jauh dengan Ummi.
Selesai mandi mandi dan bersihkan badan anak-anak kami rehat sekejap dan tinggalkan Mr suami dalam bilik. heheheh tak sabar nak bergambar berlatar belakangkan Gunung Kinabalu..
Jam 430petang mcm tu kami ambik camera keluar utk photoshoot. yeay…belum lagi terlambat. Boleh tgk mcm-macam gaya gambar kami disini. bestnya..masa ni dah redup-redup dan sejuk juga lah.

 

Cantikkan view dari sini, bila lagi agaknya akan sampai disini kan? Serius mesti rindu nak bertandang lagi. Kinabalu call me again ya!
 Anak-anak Ummi 2 orang ini, beruntung kecil-keicl dah berjalan sana-sini.  Dan beruntungnya nanti besar ada kenangan bergambar sini. Syukur ada rezeki sampai kat Kundasang ini.
Senarai harga makanan di cafe The Pines. Cafe kat sini kecil jer, kira okaylah kalau nak keluar pun dekat jer tak jauh dari pekan Kundasang. Cuma bila dah stay kat sini, boleh la merasa makanan yang disediakan disini. Bila tahun nak sampai lagi tak tahu kan.. Tapi kami makan sarapan jer disini, sebelum check out. Niat nanti nak datang Kundasang nak stay sini lagi, fuh memang best sangat.
Harga makanan disini setimpal la dengan tempat kan.. ala jangan la compare harga, standard hotel okay. Nak yang murah kena makan di luar. Pergi jer pekan, tak jauh mana.
Ada beberapa keping gambar adik dan abang untuk buat tatapan dan kenangan abang dan adik. wah bestnya abang dan adik bergambar. masa ni Ummi langsung tak de nak make up-make up. Bestnya kalau ada rumah begini kan, tenang jer. Cuaca redup dan sejuk je. Syukur, semoga dapat sampai lagi ke sini satu hari nanti.
Alhamdulillah.

Day 1 Kota Kinabalu (Sunday Gaya Street)

Hai, ini dia sambungan cerita yang excited. Kami dah booked Hotel Oceania. Ianya di belakang KSWP. Memang pada mulanya susah juga nak mencari hotel ini. Tapi dah biasa, keluar masuk, senang jer. Kos untuk 2 malam hanya RM136X2 = RM272.00. Berbaloi dan selesa bagi kami 4 beranak.
Yang penting, nak parking senang. Hotel ini baru lagi. Masa mula mula cari dalam google maps pun tak jumpa. So, siapa plan nak kesini boleh la booked. Kami dapat harga RM136.00 untuk 1 double bed sebab tak guna gov rate. Hanya booked dr AGODA. Kalau gov rate diskaun RM10.00. Okay juga kan. 
Dah jumpa hotel, kami hanya boleh check in jam 2pm. So, kami pergi jalan-jalan ke Sunday Gaya Street dahulu. Kali ini perjalanan kami ikut MAPS juga. Tak jauh pun dari hotel hanya dalam 5 minit kalau ikutkan. Memandangkan hari AHAD ini paar, jalan agak sesak. Untuk pengetahuan , pasar ini hanya ada pada hari AHAD sahaja.
Alhamdulillah, kami sampai tu senang jer dapat parking. Allah s.w.t maha kuasa. Sebab apa yang kita minta , mesti Allah s.w.t tunaikan. Cepatkan Allah s.w.t makbulkan doa. Perkara pertama kami cari makanan tgh. Masa ni dalam jam 110 pagi.
Kami makan di SUGAR BUN CAFE.  Kami ambik 1 set family dan 1 burger double cheese double meat. 
Memang boleh tahan la, sebab 1st time nak cari makan di tempat orang kan. Air teh layer. 
Semua kos makan tghari RM41.90. Okay ker, okay jer la kan. Kalau nak makan di sini, bagi kami okay jer. Tempat exclusive dan bersih.

Gelagat dgn anak-anak masa memilih menu dan juga menunggu makanan sampai. Tak ada pula gambar makanan yang sedap tu. Yerla, adik dan abang masing -masing dah lapar ,ada sahaja ragam mereka ini.Layang jer la, Ini la adat bersama keluarga kan. Apapun abang dan adik lah yang menceriakan hidup kami. Alhamdulillah atas nikmat Allah s.w.t

Ini pemandangan di SUNDAY GAYA STREET. Mula-mula melangkah kami masuk memalui pasar basah. Banyaknya sayur kampung di sini. Ada juga buah-buah serta sayur yang tiada di semenanjung ,tetapi ada disini.

Banyakkan keronsang disini. Ini adalah daya tarikan ini. Harga sekotak ni hanya RM50.00 untuk 12 set. Dan yang best kalau nk shopping, ada penjual menjual 12 set hanya RM30.00 .

Ini gambar di lorong-lorang SUNDAY GAYA STREET. Panasnya masa ni, dah jam 1130 tghari mcm tu. Alhamdulillah, anak-anak bagi kerjasama yang baik.

Mr suami tengah mencari-cari apakah yang best di sepanjang pasar ini.

2 gambar di atas ni adalah gambar 3 orang pakcik tua bermain alat muzik, sambil menjual barang-barang lama. 

Teka apakah ini? Nampak macam durian. Tapi tak pasti. So , sepanjang menjelajah ke pasar ini mencari-cari tulisan yang senang difahami. Betullah durian. Bezanya dengan durian MALAYSIA, durian di sini durinya panjang panjang dan saiz mcm durian kampung shj. 

Keluar dari SUNDAY GAYA STREET, dalam jam 12lebih. Panas terik dah tak tahan sangat. Lama lagi boleh check in ni. Kami jalan-jalan nampak SURIA SABAH. Kami terus cari jalan ke sana. Sebab estilah shopping kompleks sejukkan. 

Ternyata pilihan nak berehat di SURIA SABAH adalah pilihan bijak. Lega sikit rasanya. Hilang peluh-peluh di badan akibat mandi peluh. Duk di Malaysia esp KL pun tak pernah jalan ke Petaling Street, di sini rajin pula kan meredah panas dan orang ramai ke SUNDAY GAYA STREET.

“TQ EMY, SUDI BERKENALAN DGN NANI”.
Masa jalan-jalan dalam SURIA SABAH, kami masuk dalam satu kedai jenama sukan. Sebab utama, tahu kedai ini mesti sejuk. Hehehe tak hbs-habs nak berehat kan. Yerla kesiankan anak-anak dah nak meragam. Adik paling kesian, sebab dia kecil lagi. Namun begitu tabahkan hati, sentiasa berdoa ALLAH S.W.T bagi kami anak beranak kesihatan yang baik sepanjang perjalanan kami di sini. Hanya pada ALLAH S.W.T sahaja kami berharap.
Masa di kedai, abang adalah peminat bola. Nampak dari jauh ada 1 wanita kulit mulus tgh layan abang. Tengok-tengok juga. Cantiknya kulit orang SABAH. Kebetulan wanita tadi datang duduk kat kerusi satu lagi, dekat dgn Ummi, ha..sempat la meramah mesra. Berkenalan hai hai gitu. Dan namanya EMY. 
Alhamdulillah dapat kenalan baru. Apalagi kami pon bertukar contact number. 

Kami teruskan perjalanan mencari lokasi untuk duduk berehat. Pusing-pusing husband sempat beli casing  henset dgn 50% sales dapat RM 20.00.(gambar tiada). Kami memilih untuk berehat di JUSBERRIES. Macam tu lah nama kedainya, kurang ingt. Kami order cendol dua dgn RM 4.50 X2 = RM 9.00.  Rasa sedap, dan orang sini pandai jaga kesihatan, cendol sedap tak berapa manis.

Dah habs part kali ini..terus balik ke Hotel Oceania. Nak check ini. 
*sambung lagi nanti.