Assalamualaikum.
Kami berada di Kundasang di hari ke 3. Waktu ini adalah lebih kurang jam 5 ptg. Kami keluar ke pekan Kundasang utk dapatkan makanan. Alhamdulillah. Makanan kami makan utk dinner adalah nasi goreng ayam (abg mustaqim dan mr suami). Ummi makan bihun bandung. Kedua masakan sedap walaupun nampak ringkas.

Selesai makan. Di depan kedai nampak jelas GUNUNG KINABALU. Berdekatan juga adalah pintu masuk KUNDASANG WAR MEMORIAL.
ALHAMDULILLAH sekali lagi ALLAH S.W.T tunjukkan kebesarannya. Sekelip mata GUNUNG menjadi kemerahan. ..dan dlm kurang seminit semuanya jadi cerah semula. Bila keadaan itu berubah..azan pun berkumandang. Ya Allah..jika diamati..masa berlalu sgt lah pantas. Cuma kita manusia sahaja tidak menyedarinya. Selalu leka dan lalai..terutama dlm mengejar ilmu agama sebagai bekalan kepada akhirat.
Pengajaran disini..sentiasa pentingkan masa serta mengucapkan ALHAMDULILLAH pada setiap perkara yang baik mahupun sebaliknya. Nak tahu kenapa?? Kerana Allah s.w.t maha besar. Tidak tergerak sesuatu zarah kalau bukan dgn izinnya. Wallahualam.
*samhung next entry.
Published with Blogger-droid v2.0.10
2 thoughts on “Day 3 KUNDASANG ( Pekan Kundasang/Kundasang War Memorial)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *