Day 3 – KUNDASANG (photografi @ Kinabalu Pines Resort)

Alhamdulillah ..sepanjang perjalanan kami di hari ke tiga selamat sampai ke Kinabalu Pines Resort. Sepanjang perjalanan ambik masa dalam 2 jam lebih. Setelah balik dari DESA  CATTLE FARM, kami  rehat  jap di bilik. Mr suami dah kepenatan berehat. Kesian sebab kali ini travel Mr suami kena drive. Tanpa bertukar pemandu … sebabnya adik meragam tak nak langsung jauh dengan Ummi.
Selesai mandi mandi dan bersihkan badan anak-anak kami rehat sekejap dan tinggalkan Mr suami dalam bilik. heheheh tak sabar nak bergambar berlatar belakangkan Gunung Kinabalu..
Jam 430petang mcm tu kami ambik camera keluar utk photoshoot. yeay…belum lagi terlambat. Boleh tgk mcm-macam gaya gambar kami disini. bestnya..masa ni dah redup-redup dan sejuk juga lah.

 

Cantikkan view dari sini, bila lagi agaknya akan sampai disini kan? Serius mesti rindu nak bertandang lagi. Kinabalu call me again ya!
 Anak-anak Ummi 2 orang ini, beruntung kecil-keicl dah berjalan sana-sini.  Dan beruntungnya nanti besar ada kenangan bergambar sini. Syukur ada rezeki sampai kat Kundasang ini.
Senarai harga makanan di cafe The Pines. Cafe kat sini kecil jer, kira okaylah kalau nak keluar pun dekat jer tak jauh dari pekan Kundasang. Cuma bila dah stay kat sini, boleh la merasa makanan yang disediakan disini. Bila tahun nak sampai lagi tak tahu kan.. Tapi kami makan sarapan jer disini, sebelum check out. Niat nanti nak datang Kundasang nak stay sini lagi, fuh memang best sangat.
Harga makanan disini setimpal la dengan tempat kan.. ala jangan la compare harga, standard hotel okay. Nak yang murah kena makan di luar. Pergi jer pekan, tak jauh mana.
Ada beberapa keping gambar adik dan abang untuk buat tatapan dan kenangan abang dan adik. wah bestnya abang dan adik bergambar. masa ni Ummi langsung tak de nak make up-make up. Bestnya kalau ada rumah begini kan, tenang jer. Cuaca redup dan sejuk je. Syukur, semoga dapat sampai lagi ke sini satu hari nanti.
Alhamdulillah.

Posts Tagged with…

Write a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge