Month: July 2014

HOTEL SERI MALAYSIA PERLIS BERBUKA BERSAMA KELUARGA

28 RAMADHAN / 25 JULAI 2014 – BERBUKA PUASA BERSAMA KELUARGA DI HOTEL SERI MALAYSIA , SERIAB PERLIS.
Ini adalah tunggakkan untuk menunaikan hasrat mak ayah untuk merasai (feel) makan di hotel. Al maklumlah dah 60 tahun hidup tak pernah berkesempatan merasai bagaimana suasana makan di hotel.
Perasaan seorang anak untuk menggembirakan mak ayah.
Kos berbuka di sini amat berbaloi, bagi 1 dewasa hanya RM39.90 sahaja seorang , manakala bagi warga emas atau OKU dapat 20% diskaun. Kanak-kanak bawah 4 tahun free. Bagi harga kanak-kanak 4 tahun keatas RM29.90.
Sangat berbaloi berbanding makan di hotel sekotar KL/SELANGOR. okaylah bagi meraikan mak ayah.
Tiada yang lebih indah selain melihat mereka gembira dan ini semua nikmat allah swt.
Permandangan luar Hotel Seri Malaysia, Seriab Perlis.
Desert.
Ini sebahagian desert/pencuci mulut.
Kuih muih tradisional untuk dijamah ketika berbuka puasa.
Kuih sagu
Aneka talam dan kuih lapis
Kurma dan krismis
Mak dan adik bongsu
Suami tercinta Mohd Muazam dan anak ke-2 Muhaimin
Kami sekeluarga pada 25 Julai 2014 – Abah , Ummi , abang long, angah , dan adik baby dalam perut 20 minggu.
Mak dan ayah , keramat hidup sepanjang hayat.
Aneka kerabu pilihan mak .
Sangat cantik presentation kerabu
Aneka sambal belacan/ sambal tempoyak dan budu
Set Kerabu
Ayah tersayang yang telah susah payah membesarkan kami adik beradik, disaat ayah muda, banyak yang telah ayah korbankan untuk kami adik beradik. Terima kasih ayah. Tiada yang dapat kami berikan melainkan yang termampu dan juga mendoakan ayah sihat sentiasa. Ini setelah sebulan ayah terlantar di hospital sepanjang bulan Jun 2014 selama 33 hari di Hospital Kangar Perlis.
Makanan untuk berbuka puasa
Adik bongsu – Noor hafizuddin
Keluarga kami dan mak ayah
Salam Ramadhan

Alhamdulillah, rasa happy sangat walaupun tak seberapa, namun sempat meraikan mak ayah di sini. Kos bukan penghalang, kerana apa yang di pegang adalah jika kita bahagiakan mak dan ayah kita, insyaallah reeki takkan pernah terputus dan akan lebih melimpah ruah. Nikmat doa  dan restu  mereka yang perlu kita pinta.

Sepanjang cuti dari 22 Julai – 30 Julai 2014 inysaallah akan di penuhi dengan meraikan mereka.
Sepanjang dapat bercuti ini, sempat ummi share antara impian ummi..heheh best tu, bila mak dan ayah doakan dan aminkan.

Nak tahu apa?
Antaranya, share gambar dan video test drive CRV baruu..heheh semoga impian tercapai. Amin.

Nantikan pengisian sepanjang syawal bakal menjelma pula.

Byee…muah..muahhh

NOTA TERAKHIR KAK PAH.

1. Hari ni saya ingin berkongsi cerita antara IBU & ANAK :
In Shaa ALLAH
Dengan izin ALLAH Jika tiada aral melintang tidak lama lagi Aliff akan pulang bercuti selama 3 bulan. Bunyi nya lama tapi reality nya sekejap sangat setelah setahun tidak bertemu. Kini masa dah hampir tiba untuk dia pulang.
Saya dah pun kemas kan bilik Aliff.

2. Saya tidak sabar duduk berbual, berbuka puasa bersama, solat jumaah besama. Mendapat undangan berbuka puasa besama.
Kadang-kadan Aliff jadi Imam dirumah sahabat-sahabat saya.

3. Setiap kali dia jadi Imam, Aliff sangat gemar membaca surah2 yang panjang.
Air mata saya dibelakang tidak berhenti menangis bangga
Bacaan nya sedap sekali & nyaman didengar.

4. Kadang-kadang kami banyak berbual tentang Hukum – Kehidupan & Kematian tanpa rasa takut dan perbualan Ilmu yang sangat terbuka .
Saya lebih banyak bertanya Aliff membawa saya dan kawan2 saya kefahaman yang lebih maxsima .
Banyak kali bila Aliff mengeluar kan Hadith, sebagai Ibu saya terpegun….

5. Lidah nya dah jadi lidah Arab.
11 tahun belajar diMadinah….

6. Ma Shaa ALLAH. Ada juga perkara yang saya tanya, jika dia kurang pasti jawapan nya, dia tidak malu berterus terang mengaku apa yang dia kurang pasti dan baru merujuk kepada kitab2 beliau dan menyuruh saya membaca dan fahami.

7. Routine kami di bulan Ramdhan ,selepas berbuka, Kami berterawih…
Baca AlQuraan & tidur sekejap..
Jam 3.30 pagi kami bangun solat Tahajud.
Saya mendengar Aliff membaca AlQuraan sampai subuh.

8. Mi turun bersahur dan makan bersama-sama…
Makanan Aliff sangat simple.
In Shaa ALAH, Kami semua di rumah nak habis kan Khatam Quraan sebelum lagi berakhir nya bulan Ramadhan.
Selalu nya malam ketiga Kiamulaii kami dah selesai Khatam AlQuraan.

9. 3 bulan ini bulan yang sangat penting buat saya dan kami satu kelauarga.
Nikmat saya sebagai IBU Memasti kan makanan nya terurus.
Tukang masak saya sangat rapat dengan Aliff…

10. Dalam pada perbualan yang ringkas
Saya tidak lupa memesan kepada Aliff…
jika ALLAH izin kan Mami ingin mati diPangkuan Aliff…
Jika Aliff ada disamping Mami ketika Mami menghembus kan nafas yang terakhir…Mami ingin Aliff Jadi Imam untuk Solatkan Jenazah Mami.

11. Mami akan tersenyum dan bangga.
Jangan benar kan orang yang bukan family masuk melihat Jenazah mami dimandi….
Hanya Aliff, anak2 angkat Mami – Best Friend Mami dan orang yang menguruskankan pemandian Jenazah….

12. Jika Mami sakit dihospital, orang tidak kenal jangan dibiar kan masuk untuk mengambil sebarang gambar.
Jaga Hijab Mami. Sekarang zaman HP modern…

13. Saya tidak redha gambar saya sakit masuk ke dalam Internet.
Jika mami sakit di hospital,
Ambil 4 bilik penuhkan anak2 Tahfeez dan semua Ustaz2 Mami bacakan ayat2 AlQuraan dan Surah Yassin untuk Mami
Baca perlahan2 supaya tidak mengganggu ketenteraman pesakit lain di Hospital.

14. Mami berkerja keras selama 45 tahun mencari rezeki dikelilingi dan bermandikan Fitnah untuk mendapat satu kehidupan kita pada hari ni.
Mami mahu kan Aliff hidup besederhana..

15. Mami tidak kaya…..selebih apa yang kita ada kita wakaf kan untuk Anak2 Yatim Piatu….Orang2 Miskin dan Anak Tahfiz. Mami tidak pernah rosak kan Aliff selama ini dengan duit ringgit – Aliff pun anak yang baik bukan mata duitan…..In Shaa ALLAH…..

16. Sebagai IBU Mami sudah sedia kan keperluan untuk Kehidupan Aliff & Keluarga Aliff…….Mami tidak mahu Aliff berhutang. Beli apa yang kita mampu sahaja! Jangan sekali2 Membazir untuk Keduniaan.

17. Mami sentiasa mendoakan Aliff ditemu kan jodoh dengan Muslimah Solehah yang dapat membimbing keturunan kita dengan baik nya!

APA KRITERIA MOVIE BEST? (PENTING UNTUK ANDA FAHAM SURAH YUSUF)

APA KRITERIA MOVIE BEST? (PENTING UNTUK ANDA FAHAM SURAH YUSUF)
Selalunya apa kriteria movie yg best? Movie yg anda tonton berkali2 dan puji tak habis? Bagi saya, movie yang :
– hero mesti hensem tahap dewa 
– hero kalah dulu. Then last-last ia menang 
– ada sedikit adegan ‘cinta & tackel- menakel’
– ada elemen keajaiban & mistik.
– ada adegan sedih yg menyebabkan habis tisu sekotak kesat airmata!
– banyak adegan thrill,
– PALING PENTING : happy ending.
Tahukah anda, semua itu ada dalam Surah Yusuf? Patutlah Allah menggelar surah ini sebagai ‘ahsanal qosos’ – the best story ever.
Tetapi, disebalik semua itu ada perkara lebih besar yg kita pelajari. Ia bukan setakat hiburan, debaran dan kesat air mata. Yg kita inginkan dari movie adalah kesedaran.
Dan Surah yusuf berkongsi rahsia kesedaran ini : tidak kira macammana pun kesukaran melanda, selagi hati anda berpaut dan yakin pada Ilahi, pengakhiran anda pasti happy ending.
Pasti.
Nabi Yusuf telah kongsikan tips dan teknik jalani hidup dgn hati tenang. Dikhianati, dijadikan hamba, dihina, dipenjara. Semua episod hidupnya ‘down’, tapi akhirnya ‘up’ juga. Pasti ada rahsia dan resepi ampuh yg baginda amalkan hasil dari pembelajaran Ilahi.
Baca dan cari ‘power’ itu. Then apply dlm hidup anda. Barulah anda mampu menangani masalah hidup secara efisien bak Nabi Yusuf juga.
Us Asraff Ayobb
Bacaan Al-Quran akan bermakna bila anda tidak membaca ‘kosong’. Letakkan diri anda dlm setiap cerita/ayat yg dibaca. Fell it. Barulah anda akan menemui hikmah Al-Quran dan tidak boring membacanya. Saya bantu anda ‘membuka’ pintunya via www.tigaseminar.com

PLAN JALAN UNTUK ANAK-ANAK

8 DORONGAN UNTUK SUFIYYA.
Hari ini saya buat giler. Berdiri depan sekolah, saya jerit
“Sekolah, dengar sini, kami bakal catat sejarah. Budak Melayu dapat 7A”
Piya kata,
“Papa jangan buat giler. Semalam masa papa datang ambil buku rekod, ramai bapa kawan kawan piya beritahu anak dia, itu Dato’ Roslan. Mereka kenal papa”
Saya jawab, baguslah Cina kenal Melayu. Papa mahu buat piya buat papa lagi terkenal lagi. Jadi best student di sekolah ini. Kita ada 800 hari lagi.


Maka petang tadi saya duduk rancang “peta jalan” dengan Piya.
1. Mandi sebelum maghrib dan sebelum suboh.
2. Solat 5 waktu.
3. Buat kerja rumah + buat kerjarumah 5 soalan tambahan Bahasa Cina.
4. Personal Tution Bahasa Cina.
5. Matematik. Buat buat buat sampai dapat.
6. Baca Al Quran dengan papa.
7. Spelling 20 words/day. 800 days = 16,000 words.
8. Tidur jam 10.30 malam, bangun jam 5.30 pagi.

Saya tidak hadir banyak program parti. Saya tiada cita cita mahu jadi ketua. Saya akan ada waktu “perang tempur” nanti. Itu pasti, InsyaAllah.

Sekarang masa saya adalah bersama Piya. Saya menulis, dia membaca. InsyaAllah 800 hari yang menduga. Namun saya tahu ianya sungguh berbaloi.

Teman saya adalah INTERNET MARKETING sementara duduk mengajar dia segala ilmu yang ada. InsyaAllah rezeki melimpah ruah.
Dokan dipermudahkan.

https://www.facebook.com/roslan.abhamid