• Umminani

    HOTEL SERI MALAYSIA PERLIS BERBUKA BERSAMA KELUARGA

    28 RAMADHAN / 25 JULAI 2014 – BERBUKA PUASA BERSAMA KELUARGA DI HOTEL SERI MALAYSIA , SERIAB PERLIS. Ini adalah tunggakkan untuk menunaikan hasrat mak ayah untuk merasai (feel) makan di hotel. Al maklumlah dah 60 tahun hidup tak pernah berkesempatan merasai bagaimana suasana makan di hotel. Perasaan seorang anak untuk menggembirakan mak ayah. Kos berbuka di sini amat berbaloi, bagi 1 dewasa hanya RM39.90 sahaja seorang , manakala bagi warga emas atau OKU dapat 20% diskaun. Kanak-kanak bawah 4 tahun free. Bagi harga kanak-kanak 4 tahun keatas RM29.90. Sangat berbaloi berbanding makan di hotel sekotar KL/SELANGOR. okaylah bagi meraikan mak ayah. Tiada yang lebih indah selain melihat mereka gembira…