Jalan-jalan ke Hatyai 2023 – Perjalanan ke Hatyai mengikut jalan darat – masuk ikut pintu Padang Besar sangat mudah. Sediakan dokumen selengkapnya dan beli insurans di sebelum masuk ke Thailand. Untuk perjalan dari Padang besar ke Chang Puak Camp (tempah gajah di Hatyai ) mengambil masa lebih kurang 45 minit ke 1 jam perjalanan. Ini jangakaan masa daripada border ICQS Padang Besar.
Perjalanan pagi sempoi -sempoi sahaja. Alhamdulillah, semuanya okay. Kami tak singgah makan di mana-mana lokasi, kerana ketika perjalanan trip ini adalah pada bulan Ramadan 2023. Anak-anak pun enjoy je, mereka tidak berbuka pun sepanjang hari. Alhamdulillah.
Chang Puak Camp
Kos masuk dalah percuma, tetapi untuk naik gajah dikenakan bayaran. Dan disini ada pelbagai aktiviti lain, cuma kami hanya melakukan aktivit elephant riding. Kos semuanya adalah RM360.00, kos dalam Thai Bath 2750 tb. So korang kena cuba naik kalau kesini, pengalaman tidak boleh di jual beli.
Ada juga perhiasan dijual semasa elephant riding, kos 1 gelang tangan budak dalam 300 bath bersamaan lebih kurang RM40.00. Boleh beli untuk kenangan, kalau ikutkan macam paksaan daripada ‘driver’ gajah. Tapi ikut kita lah nak beli atau tidak. Cuma kalau naik gajah disini, memberikan kita satu pengalaman indah dan sebagai pengalaman buat anak-anak. Untuk kali pertama kesini pastinya anak-anak pun teruja.
Lee Gardens Plaza Hotel Hat Yai
Kami tidak menginap di Lee Gardens Plaza Hotel Hat Yai, tapi menginap jauh sedikit dari hotel sini. Ini kerana last minute planning, full booked ketika itu. Jadi kami memilih River Grand Hotel. Bilik murah, harga 2 katil queen hanya RM402.00 daripada 16-18/4/2023 (2) malam. Jangan risau, untuk berjalan di sekitar Lee Gardens Plaza Hotel, tak jauh pun, dalam 7-10 minit dah sampai dengan menaiki kereta. Bergantung kepada keadaan jalan raya. Boleh parking bawah Lee Gardens Plaza Hotel, parking banyak dan free je pun, jadi tak perlu risaukan tentang parking kenderaan, jika bawa kenderaan sendiri.
TIPS NAIK TUT TUT
Untuk naik Tut-tut- cuma sebagai pelancong kena hati-hati. Ini kerana orang sana fikir kita sebagai pelancong, jadi ada je perkara yang nak scam kita. Area Lee Gardens Plaza Hotel, kami di offer untuk 1 jam dengan harga 100bath. Tetapi memandangkan pada hari pertama (16/4/2023) kat kat area situ jap 5pm, masa dah suntuk. Jadi kami tak naik Tut Tut, sebab waktu berbuka disini jam 630pm.
So, 2nd day (17/4/2023), kami cuba untuk sebuah kenangan. Pada mulanya driver offer kami 200bath bagi 1 jam, tapi UN bagi tahu yang sebelum ini kami dapat offer 100bath 1 tut tut bagi masa 1 jam. Pemandu setuju, tak lama selepas kami naik, 10 minit dah stop. Kami complain, masa belum cukup 1 jam. Siap tunjukkan timer ada lagi 40 minit. Terus dia macam tak puas hati, drive ‘with NO care’, jadi tak lama lepas tu kami stop. UN hanya bayar 60bath shj. Geram, cara pemanduan kurang berhemah, ada hati pula nak scam orang. Kalau driver ini okay, InsyaAllah tak kedekut pun nak bayar lebih.
Jadi hati-hati jika berjalan-jalan di sekitar kawasan ini. Kena ‘firm’ dan ada pendirian. Seeloknya survey harga dahulu. Bayar pada nilai seperti mana orang lain tawarkan dengan harga yang berbaloi. InsyaAllah perjalanan musafir jadi lebih menarik dan menyeronokkan.
Kalau laluan ini siang atau malam memang ada perbezaan. Pastinya malam lebih ‘meriah’ dengan pelbagai tawaran untuk ‘pertunjukkan tarian’ oleh geng bapuk. Untuk perjalanan sekitar ini, boleh juga ke Kim Yong Market. Kat sini banyak jual buah, kuih (hati-hati ada yang tidak halal), makanan bermasak banyak dan pelbagai keperluan harian. Yang menarik nya, hati-hati dengan penjual bunga segar disini, bunga yang asalnya dalam RM1.00 lebih, kalau penjual nak kenakan kita boleh jual sehinggan RM6.00 sekuntum. Tambahan bila mereka tengok kita ini ‘pelancong’ memang kerja mereka nak cekik darah je! Geram je rasa.
Kim Yong Market, Kat sini banyak jual buah, kuih (hati-hati ada yang tidak halal), makanan bermasak banyak dan pelbagai keperluan harian
Jalan-jalan ke Hatyai 2023 pastinya singgah di Klonghae Floating Market Hat Yai
Klonghae Floating Market Hat Yai buka hanya pada hari Jumaat/Sabtu dan Ahad shj daripada 2.00 petang ke 9.00 malam. Kat sini selain daripada jualan makanan dari dalam sampan, ada juga kedai makan di bahagian atas Klonghae Floating Market Hat Yai. Kalau datang ‘kena’ ada waktunya ada persembahan tarian juga. Untuk kesini ada juga pasar malam pada hari Ahad. Jadi boleh la cuci mata dengan pelbagai jualan termasuk menu eksotik seperti cengkerik, ulat dll. Jadi menarikkan Jalan-jalan ke Hatyai? Jumpa benda yang tidak sekali jumpa di semenanjung Malaysia.
UN paling suka telur goreng seafood ini, dalamnya diletakkan taugeh juga. Kos (1) biji dalam RM6.00. Berbaloi sebab ada udang besar lagi dalam telur tu, rasanya pun crunchy. Anak-anak pula excited dengan bekas air tembikar ini. Antara bekas air tembikar dan buluh, berbaloi untuk beli bekas air tembikar, sebab tahan lama dan boleh dijadikan sebagai souvenir juga sebagai kenangan bila balik ke rumah.
Nora Plaza dan pelbagai tarikan apabila jalan-jalan ke Hatyai
Kalau ke Hat Yai ini, biasanya Nora Plaza antara yang viral dan ramai nak pergi. Disini ada jual pelbagai hiasan, beg dan baju. Ada juga beg yang diperbuat daripada kulit. Harga tidaklah terlalu murah, kalau yang betul-betul berkualiti harganya dalam RM200.00 lebih juga. Masuk kesini, berhati-hati apabila berbelanja dan beli ikut kemampuan diri.
Jalan-jalan ke Hatyai ; Pelbagai Makanan dan memori tercipta di Hat Yai, Thailand
Pelbagai jualan termasuk menu eksotik seperti cengkerik, ulat dll. (Seperti dalam gambar).
Makan Malam di Hatyai
Makan malam di Hatyai; rupanya hari Isnin tak banyak kedai buka. Patah hati, apabila niat nak makan di ASEAN Night Market tidak tercapai. Tak dapat makan mee sup sedap.
Akhirnya, kami hanya makn malam street food sahaja. Dapat juga merasa Tomyam Seafood yang sedap, harga 150bath: dalam Rm20. Berbaloi, isi sotong dan udang pun banyak, berbaloi. Telur dadar udang 150bath. Lain-lain pun best, termasuk seafood udang pedas. Makan malam kami total dalam Rm125.00 sahaja termasuk air teh ais, cendol,air kelapa dan lai ci kang. Lepas makan, boleh jalan-jalan kat deretan kedai ini. Ada gegirls’ yang akan ajak korang tonton show mereka juga, kos perpax adalah 500bath , kanak-kanak free untuk tonton show.
Total perjalanan ini anggaran kos adalah RM1500.00 termasuk makan , minum dan juga hotel serta elephant riding. Jika tidak bermalam dan naik gajah, mungkin kurang perbelanjaan. Makan minum murah disini. Seronok untuk kaki makan dan jalan-jalan cari makan. Beli topi Adidas Thailand RM20.00 sahaja dengan kualiti butik. Beg sandang Sarah dalam RM23.00 sahaja.
Jadi, untuk yang nak berjalan dengan keluarga boleh menjadikan Hat Yai pilihan sekeluarga. Boleh menikmati makanan dan jalan-jalan dengan keluarga. Selamat D.I.Y perjalanan anda ke Hat Yai Ya.