Skip to content

Umminani

Lifestyles

Menu
  • Home
  • PENULIS
    • Umminani /Lifestyles
    • Rencah Hidup
    • Cuti/Travel
  • KBBA9
    • Review/Isu
    • Makanan/Resepi
  • Penafian
Menu
Cara masuk thailand guna kereta sendiri

Masuk Thailand guna kereta sendiri.

Posted on 11/17/201908/20/2023 by umminani

Okay kali ini nak update cerita masuk Thailand guna kereta sendiri. Sebelum balik ke Perlis, kami hanya prepare pasport dan juga dokumen kereta seperti insurans dan geran kereta.

Kat mana nak beli simkad dan juga beli insurans?

Untuk kali-1 korang boleh beli di kedai insurans rm2.50 atau isi sendiri. Ambil borang di kaunter ketika di imegresen Thailand.
Ini boleh isi guna tangan je. Ambil borang di kaunter imegresen Thailand

Masuk Thailand guna kereta sendiri…mudah ke senang?

Memandangkan pergerakan kami dari KL jam 2petang, dan kami sampai area Changlun masih awal dalam jam 10malam. Kedai-kedai insurans tepi jalan masih lagi buka. Jadi kami beli insurans kos RM15.00 dan simkad RM20.00 untuk seminggu, unlimited. Senang. Kalau korang tak ada lagi whitecard, kalau beli kat kedai ini sekali upah adalah RM2.00 sekeping whitecard. (Better korang isi sendiri).

Cara masuk ke Thailand guna kereta

Kat imegresen Padang Besar, MALAYSIA korang tak perlu turun pun. Duduk je dalam kereta, serah pasport, dan buka tingkap semua. Then lepas check terus boleh masuk ke imegresen Thailand.

Cara masuk thailand guna kereta sendiri
Tak kira warga emas atau kanak-kanak semua kena turun kereta.

Korang masuk je laluan ke Thailand, then kena park kereta. SEMUA yang dalam kereta kena turun untuk semakan pasport. Sini tak macam masuk Singapore. Semuanya ‘touch and go’ je. Ambil masa la guna kaedah ini.

Masa kat sini, ada baca dalam yang kena selit RM1.00 setiap pasport. Kami tak selit, tapi lepas tu, staff tu minta RM1.00 perpax. ( tak ada resit)..hahahah!

Masuk Thailand guna kereta  jangan lupa pulangkan tm6 , DENDA 1000BAHT JIKA GAGAL

Ini bahagian KASTAM, korang serah je insurans dan juga geran kereta. Owner je buat semua ni. Korang bagi je dokumen. Lepas tu, staff KASTAM akan bagi korang borang TM6. Onwer sign dan bawa sepanjang korang berada dalam Thailand.

Penting : Masa korang nak balik, pulangkan borang TM6 ini di kaunter yang sama. Kalau tak serah, korang kena denda sehari 1000Baht. huhuu benda senang jangan lupa, nanti sakit korang kena belanja duit tak perlu. Rugi weh!

Masa balik / atau semula ke Malaysia

Bayaran ini adalah wajib dibayar ketika keluar. Overtime fees. Tapi, ada juga staff yang jaga kaunter tu tak ambil overtime fees ini(ada resit kerajaan kalau overtime fees), tapi staff kaunter akan minta selit RM1 per pax untuk cop pasport. (no resit)..hahaha

Korang dah jalan-jalan kat Thailand, korang kena tahu masa pos sempadan di buka/tutup. Kat THAILAND-MALAYSIA, sempadan bukan 24jam. Pastikan untuk korang keluar dari Thailand sampai di border sebelum jam 9.00 malam jam Thailand. Dan waktu di Malaysia ketika itu adalah jam 10malam.

Info lain yang penting –

Masa – Malaysia – Thailand- Jarak masa satu jam lewat (*Thailand lewat sejam dari Malaysia). Korang jangan risau, masa akan terus detect bila korang on je Simkad Thailand. Tanpa ubah apa-apa setting kat telefon, masa berubah dengan sendirinya.

Masa di Imegresen – ketika keluar, jangan lupa ambil white card, borang TM2 dan TM 3 yang disediakan. White card minta jer daripada staff. So, kalau nak ulang alik masuk semula, isi sahaja dokumen berkaitan. Boleh ulang alikseminggu ke Thailand selagi internet boleh on dan insurans masih boleh guna pakai.

Duit – Jika nak masuk melalui Padang Besar, sila tukar duit awal-awal. Sini kedai tukar suit sangat limited dan kalau ada jual/beli sikit mahal. Rugilah..hahaha so, plan awal-awal berapa kos nak belanja.

Minyak – Boleh isi kat Petronas sebelum masuk siam.

Ini dulu cerita Masuk Thailand guna kereta, next aku update ke Songkla dan HATYAI.

4 thoughts on “Masuk Thailand guna kereta sendiri.”

  1. Lan Careno says:
    11/18/2019 at 10:15 am

    Haaa good. Hjg bln ni lan nak ke sama dgn kereta gak.. Tq share.

    Reply
  2. sueizza says:
    11/18/2019 at 9:39 pm

    ok dah save,Insya Allah tahun depan nak berjalan ke utara hehehhe

    Reply
    1. umminani says:
      11/28/2019 at 7:17 pm

      wah , semoga selamat pergi dan balik ya. tapi sedih duit kita jatuh banyak..cannot shopping lebih2

      Reply
    2. umminani says:
      11/28/2019 at 7:18 pm

      Kak sue, kena plan molek2..sebab kalau nak shopping kat sana pun dah rasa terbeban. em..depa punya duit lagi mahai daripada kita

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Kelab Blogger Ben Ashaari

POST TERKINI

  • Happy Birthday Along
  • 15 Tahun sebagai pegawai polis
  • Jalan-jalan ke Hatyai 2023
  • PERKEP Masak Bubur Asyura 2023
  • Jalan-jalan di Alor Setar , Kedah

UMMINANI

BLOG KAWAN MAYA

  • Siaran Langsung Live Streaming JDT vs Negeri Sembilan Piala Malaysia 2023 (QF-2)
    Published on 2023-09-21 By Azhafizah MN
  • SPX Celebrates Record Women Empowerment
    Published on 2023-09-21 By Papa Amyzal
  • East Coast Trip (KB, KT, Ktn) - Day 2 Breakfast di NASI DAGANG ATAS TOL
    Published on 2023-09-21 By Azian Elias
  • Amazfit Balance Bawa Keharmonian dan Kesimbangan Dalam Kehidupan
    Published on 2023-09-21 By Bro Framestone
  • Ini 6 Alternatif TERBAIK Gantikan Susu Lembu!
    Published on 2023-09-21 By Dr Rizal Abu Bakar
  • Aiskrim tempatan rasa nostalgia , Pal Litt dari Langkawi
    Published on 2023-09-20 By Ana Jingga
November 2019
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
« Oct   Dec »

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
November 2019
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
« Oct   Dec »

Carian

Arkib

© 2023 Umminani | Powered by Superbs Personal Blog theme