Hi semua, okay kali ini aku nak sambung story perjalanan aku masuk ke Thailand guna kereta sendiri ke Songkla dan Hatyai.Kami gerak hari pertama ke Songkla. Kami menuju ke Masjid Songkla dan juga ke Samila Beach pada hari pertama.
Sebabnya hari ini kononnya nak main dengan air lautlah gitu. Dan memandangkan ini juga kali pertama kami kesana, jadi kami pergi yang jauh dahulu.
Dalam perjalanan ke Samila B. kami singgah dulu ke Taj Mahal Thailand. Bila scroll ke instagram, memang tak dinafikan gambar-gambar sekitar kawasan Masjid Songkla sangat cantik. Ianya seolah-olah mini taj mahal yang dibina demi sebuah tanda kasih dan sayang.
Selepas kami menikmati saat indah di bawah mentari terik di masjid songkla, kami menuju ke Samila Beach yang tak jauh dari situ. Perjalanan lebih kurang 1 jam perjalanan.
Selepas ke Samila Beach kami menuju ke sekitar kawasan Songkla, sehingga ke k Aqaurium Songkla, malangnya hari Isnin aquarium tutup. Jadi kami melawat kawasan sekitar sebelum ke Samila B yang lebih kurang 7 minit dari Aquarium.
Samila Beach, Songkla Thailand
Kami sampai di tepi pantai tengahari juga. Keadaan panas terik tidak menghalang kami untuk menikmati suasana dan kecantikkan pantai disini.
Kami makan bekalan yang dibawa disekitar pantai sambil nikmati suasana kat sini. Kalau korang datang sini, ada macam-macam jualan buah, dan makanan disekitar. Buah satu plastik dijual dengan harga 20baht satu plastik.
Beli ice cream kat Samila Beach
Ice cream kelapa pula ada 2 pilihan yang masing -masing berharga 50baht dan 25baht. Boleh la kalau nak rasa, kelainan rasa ice cream kat sini, tapi kalau nak jimat boleh balik dan buat sendiri..ehhehe
Mercu tanda duyong
Memandangkan cuasa amat terik, jadi kami tak mandi, lagipun kawasan ini tak ada pula yang mandi. Untuk keselamatan, kami hanya jalan-jalan dan anak-anak main pasir je kat Samila ini.
Keseluruhannya , trip ke sini tak boleh lama-lama, jemu juga kalau tak boleh mandi. Sekadar pergi duduk menikmati suasana pantai okay la. Dan kat sini, tshirt murah-murah, boleh beli untuk kenangan. Tapi aku tak beli pun, sebab kalau beli pun belum tentu pakai. Anak-anak memang tak suka baju kain cotton, depa prefer tshir kain jersey.
Bagi korang kalau nak datang Thailand, Songkla ini boleh la pergi , tapi autrkan itenary lain , sebab kalau tumpu pada Samila, rugi masa nanti. Okay, setakat ini dulu, lepas ini aku update apa aku buat kat Asean Night Market. Selamat bercuti.
Bestnya ke sana. walaupun dekat tak berjay alagi jejak kaki ke seberang huhuhu. doakan kita sampai juga ke sana nanti. nak juga melawat tempat orang
boleh tu farah, un doakan sampai..x jauh.. buat border pass je ..masuk p dalam tu nak p hatyai pun x jauh dah