Sambung lagi cerita aku dan family ke Thailand. Sebenarnya, lepas kami pergi ke Samila Beach, kami balik ke Malaysia, dan esoknya tu kami balik kampung dulu (5/11/2019). Then, 6/11/2019 kami masuk semula semata-mata untuk trip ke Asean Night Market.
Trip ke Asean Night Market : make sure keluar sebelum atau tepat pada waktu
Kami gerak dari Bukit Keteri jam 3petang. Okay, satu kena tahu, 3petang di Perlis = 2petang di Thailand. Oleh kerana, Hatyai tak jauh pun dari rumah mak, sebab tu kami gerak petang.
Bila nak keluar dari Thailand korang kena pastikan jam Thailand adalah sebelum jam 9.00 malam. Waktu border di Padang Besar ketika itu adalah jam 10.00malam. Jangan lewat, kalau lewat… ehm..korang kena bermalam lah di Thailand ya.
Perjalanan lebih kurang 1 jam sahaja. Kalau pergi ke Asean Night Market (ANM), korang boleh parking di bangunan sebelah kanan ANM.
Parking adalah percuma. Cuma korang kena bagi ic guard nak tengok sahaja. Guard tak simpan ic kita.
Syurga Shopping
Kat sini memang rambang mata, tapi nak membeli tu pikir 3/4 kali sebab duit RM jatuh masa ni. Maknanya nilai mata wang Baht lagi tinggi daripada RM. So, kena berjimat, kalau benda ada di Padang Besar buat apa nak beli kat Thailand kan..? 🙂
Masuk je kat ANM, memang nampak kain baju memang banyak. Rambang mata nak pilih mata satu tau! Anak-anak pula, memang terpikat dengan mainan. Tapi syukur, anak-anak jenis faham, “tengok je dulu, nanti kita beli…” Cuma kena bagi masa depa cuci mata.
Kalau anak-anak cuci mata dengan melihat mainan, maknya cuci mata dengan tengok beg..hahaha tapi syukur tak terjebak! Tengok je, masa ni pikir bawa pergi kuliah lawa, tapi bila di halusi sempit lah pula. I ni pula jenis sempoi, so tak jadi membeli kat sini.
Asean Night Market – syurga makanan
Kami menuju naik ke tingkat atas, pastinya makanan yang menjadi tujuan utama. Dan naik kat sini, mata terus besar! Hahahah yer, betul makanan kat sini nampak menyelerakan dan kalau perhatikan, udang sangat besar.
Makanan dah la banyak, cara presentation makanan tu amatlah menyelerakan. Adoi, kalau ikut hati semua nak rasa tau.
Ini bukan tomyam, tapi inilah YONG TAU FOO Thailand, serius UN bagi 5/5. Sedap sangat. Memang yong tau foo ini antara wish list nak beli bila datang kesini lagi nanti. Tak puas makan, rasa dia sedap, dan tak pernah jumpa di Malaysia.
Oleh sebab datang sini memang niat nak makan, jadi ada pelbagai jenis menu aku dan family cuba, termasuklah kerabu maggi dan nasi goreng.
Beli air minuman manis kat sini berbaloi. Aku suka, teh ais Thailand sedap! Boleh beli lagi, sedap dan banyak.. puas minum. Harga pun masih tak jauh beza dengan RM.
Suasana sekitar Asean Night Market
Setelah kami isi perut, kami tunggu mak solat dan duduk seketika kat area sign board ni. Layan suasana tengok tut tut menunggu pelanggan. Tut tut je tau, tak nampak servis lain pun..hahaha.
Kami duduk seketika, nak terus siap-siap untuk balik ke Padang Besar. Hahahaa risau gate tutup tau..tapi kan..kami sampai jam 9.45 malam (waktu Padang Besar), memang dah sunyi sangat. Kenderaan keluar masuk pun dah kurang.
Ini bayaran lebih masa yang dikenakan jika keluar ke Malaysia. Namanya kat sini overrtime fees. huhuuu, masa kami keluar, kami tak kena bayar overtime fees yang “sah”, tapi dikenakan bayaran RM7.00 (tanpa resit)..ehmm.. well dah jadi kebiasaan staff kat sini kan.. (rujuk pengalaman orang lain kat blog, sama je kena bayar).
Ehm, sekian. Lain kali balik kampung sure nak p makan lagi kat sini, dah terbayang-bayang Yong Tau Foo ASM yang sedap ini.. setakat ini dulu. Next bulan 1 doakan kami sampai Kelantan, sebab mak teringin nak p. Doakan kami ya. UnxThailand – gambar
ya Allah, terliuq teruih tengok makanan semua tu. haha. kami pun belum penah sampai lagi 😛