• Samila Beach Songkla LAWA
    Kisah Cuti/Travel

    Samila Beach Songkla cantik sangat..

    Hi semua, okay kali ini aku nak sambung story perjalanan aku masuk ke Thailand guna kereta sendiri ke Songkla dan Hatyai.Kami gerak hari pertama ke Songkla. Kami menuju ke Masjid Songkla dan juga ke Samila Beach pada hari pertama. Sebabnya hari ini kononnya nak main dengan air lautlah gitu. Dan memandangkan ini juga kali pertama kami kesana, jadi kami pergi yang jauh dahulu. Dalam perjalanan ke Samila B. kami singgah dulu ke Taj Mahal Thailand. Bila scroll ke instagram, memang tak dinafikan gambar-gambar sekitar kawasan Masjid Songkla sangat cantik. Ianya seolah-olah mini taj mahal yang dibina demi sebuah tanda kasih dan sayang. Selepas kami menikmati saat indah di bawah mentari…