Alhamdulillah. Ad hoc punya program berjalan lancar dengan izin Allah swt. Kali ini kami (X-strangers menerima 2 keluarga baru dalam circle kami, welcome En Shahril dan Kak Safura Hj Kamarudin sekeluarga & En Zul.
Tercetus idea nak gathering ini bila Shida Zaki cakap nak bakar-bakar belakang rumah je. Lepas tu, UN cakap “Kita buat je hari Jumaat, kak Nani pun off Jumaat ini. Sempat nak cari barang..”.
Nai Ismail tolong uruskan tempat as host party. Hari Khamis team mak ayah yang hantar anak-anak teakwando meeting menu dll. Semua setuju je apa-apa yang dirancang.
Bila dah party, sambut la birthday anak-anak X-Strangers. Ada yang sebak terharu, ada yang bukan birthday tapi mummy belikan kek juga, ada yang birthday tapi tak dtg (baby Amani) macam-macam. And UN HAPPY, hehehe melampau makcik! Tapi apapun thank pada Aida (Mummy Adeeb) & mummy-mummy yang lain, sekali lagi belikan UN kek. Syukur alhamdulillah. Semoga allah swt berkati usianya.
Nama pun ad-hoc, tak sempat nak deco cantik-cantik. Masa ini lah tertinggal macam-macam. Memandangkan ada belon kat rumah, terus start kereta balik ambil pelekat birthday dan belon. Recycle pun recyle lah, asalkan semua happy.
Tq abg Ayai perapkan ayam, Aida perap kambing, Muazam Nawawi sosej n nugget, UN bawa jagung susu dari Cameron Highlands, Nisa Nar & Jali bawa durian, Nor Azmar Mohamad bawa sate, Shida Zaki & Amir buatkan air, kak Safura last minit bawakan minyak masak (tak ingat nak bawa) dan pastikan Nai @ Rais kehulu ke hilir ambil itu ini demi melancarkan party ini. Dan Kak Fia syaqist mai juga walupun lewat, sempat surprisekan Ainul.
Terima kasih pada semua yang menjayakan party ini. Malam ini super special, ada yang suami kerja di Dhubai pun ada, yang offshore pun ada, semua ada lah, right timing. Kami tunggu abg Shah (suamiKak Fia) pula lepas ini.
And, sorry pada yang kena percikkan kuah perap, kena jadi tukang masak, tukang sapu, tukang pungut sampah, safeguard anak-anak mandi, jadi cikgu disiplin dll lah. Awesome!
Ahli keluarga baru di X-Strangers jangan serik dengan kami. Semoga jalinan ukhwah ini akan terus mekar, pasti ada sesuatu Allah swt aturkan untuk kita semua atas jalinan ukhwah ini. InsyaAllah.
Happy Birthday To Sept Baby