Pada 15 Ogos 2023 | Rasanya dah lama tak join rewang masak-masak sebegini. Ini kali pertama selepas 10 tahun lepas rasanya. Anak-anak pun dah besar. Untuk rewang kali ini, UN sebagai Event Manager Program PERKEP Masak Bubur Asyura 2023. Ini hanyalah mewakili jabatan UN. Satu tanggungjawab yang berat untuk dipikul dengan penuh amanah. Alhamdulillah dengan berkat kesungguhan semua pihak berjaya juga dilaksanakan dengan jayanya.
Fitik dibuat pada 14 Ogos 2023 ; sehari selepas UN balik daripada Alor Setar Kedah. Petang hari Isnin kami buat gotong royong membasuh periuk, mencuci segala peralatan dan juga memotong bahan-bahan untuk bubur asyura Versi Timur. Alhamdulillah kerjasama semua jabatan amat baik. Seronok kami berkumpul.
Sempena sambutan ulang tahun PERKEP yang ke 55 Tahun pada 3 Ogos 2023 lalu dan sambutan bulan Muharam, PERKEP Malaysia dengan kerjasama PERKEP JIPS sebagai Biro Agama telah menjayakan program memasak BUBUR ASYURA’ , yang kebiasaannya, bubur yang dimasak sempena HARI KESEPULUH dalam bulan MUHARAM.Namun begitu, pada hari 28 Muharam, PERKEP Malaysia telah berjaya menjayakan program ini dengan kerjasama PERKEP JIPS sebagai Biro Agama dan PERKEP Jabatan yang lainnya.
PERKEP Masak Bubur Asyura 2023
Plan asal nak sewa peralatan daripada Masjid PGA Cheras, alhamdulillah rupanya masjid Bukit Aman pun ada pelbagai saiz periuk. Lebih mudah, tanpa perlu sewa dariapda kariah lain. Syukur urusan kami dipermudahkan. Seronok bila semua pihak bekerjasama semasa gotong royong memasak bubur asyura. YBhg Puan Sri Zainah Binti Hj Othman- Pengerusi PERKEP Malaysia 2023/2024 juga tidak ketinggalan bersama-sama kami. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Program telah berlangsung dengan jayanya di Masjid Bukit Aman, dengan kehadiran YBhg Puan Sri Zainah Binti Othman ; YDH Datin Sri Dato Zalena Binti Mohd Ariffin, Pengerusi-Pengerusi PERKEP Jabatan dan ahli PERKEP daripada semua jabatan Bukit Aman. UN yakin dan percaya anpa kerjasama semua pihak, program ini tidak akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Pada 15 Ogos, ada Majlis Serah Terima Tugas (STT) Pengarah JSJ dan petang pula STT P/DCP Ibrahim Saad, bos UN. Jadi pagi 15 Ogos, UN selesaikan apa yang patut dan petang pula UN ke STT Tuan Ibrahim. Alhamdulillah. Semoga apa sahaj tugas yang diberikan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Apa juga yang diberikan adalah amanah daripada ketua kepada pekerja, daripada sudur lainnya, kita yang dilantik ini adalah antara pilihan Allah swt melalui ketua-ketua di tempat kerja. Semoga setiap usaha dilakukan menjadi asbab kita ke syurga Allah swt.