Lokasi menarik di Alor Setar

Sepanjang berada di Kedah , kami menginap di Star City Hotel. Kena pula semasa disana kami dapat melihat suasana PRN 2023 – Kedah. Meriah sungguh. Manakala, apabila berada di Alor Setar, pastinya pengalaman mengadap dan melihat Menara Alor Setar di depan mata amat mengujakan. Jalan-jalan di Alor Setar , Kedah memberikan kami ‘rasa’ berada di Pekan Semenanjung tanah air yang meriah dan pastinya syurga makanan yang menarik. Cuma percutian kali ini tidak sempat ke Pekan Rabu , Kedah

Kedai makan best di Alor Setar

Bila berada di Alor Setar, breakfast di hotel tidak lagi jadi keutamaan, tetapi pastinya kita nak cuba pelbagai makanan lain yang ada di Pekan Alor Setar ini. Kami memilih untuk mencuba makanan di P1O Kopitiam. Sampai sahaja di Alor Setar, mana mungkin jika tidak merasai keenakkan gulai ikan temenung dengan Pek Nga. Sedap Pek Nga dan gulai ikan disini, terasa kesegaran ikan. Isi ikan masih putih dan segar. Disini konsep kedai secara gerai, boleh pilih makanan di mana-mana gerai dan buat bayaran di gerai tersebut.

Pasar Pagi Kampung Berjaya Alor Setar

Makan malam di Alor Setar

Makan malam disini tak kurang menarik, ada warung tapi makanan yang dihidangkan menarik dan murah seolah berada di kafe besar. Malam pertama kami makan di Warung Tok Salleh (Belakang Bank Rakyat), menu yang dihidangkan memang menarik. Western food , memang jadi pilihan anak-anak la, ada fries dan pelbagai menu termasuk lamb chop. Harga lamb chop dalam RM22.00 sahaja, tapi puas hati, memang portion besar, boleh dikongsi untuk dimakan 2 orang. Tidak kurang juga, nasi goreng udang dan nasi goreng ayam juga sedap, tambahan lagi jika di makan panas-panas. So, boleh la singgh makan disini.

Kafe Adik Kakak

Untuk malam berikutnya, pilihan kedai makan best adalah di Kafe Adik Kakak. Melangkah masuk kesini rasa tenang je, redup dengan hiasan yang sangat catchy dan menarik mata memandang, setiap tempat adalah ‘port’ untuk bergambar. Makanan yang kami order adalah , set ikan bakar , ikan siakap dan nasi hanya RM40.00 sahaja. Makanan tidak mengecewakan, ikan bakar sedap, cuma kena tunggu agak lama.

Nasi goreng dan dimsum pun ada. Untuk nasi goreng kampung, memang sedap, boleh dimakan, kena dengan selera dan namanya ‘nasi goreng kampung, siapa yang order takkan menyesal. Dimsum disini kalau layan di ‘tik tok’ macam sedap, tetapi malam tu kami makan macam tebal sikit kulit dimsum. Tetapi masih dalam kategori sedap. Untuk lain-lain menu, ada juga western food, pun rasanya sedap, sebab bila pandang meja sebelah ramai je yang order. Lokasi kedai ini tak jauh pun dengan IPK Kedah, waxe mesti jumpa punya lah.

Gulai Ikan MELETOP Kuala Kedah

Jika berada di Kedah, lajak perjalanan anda untuk makan tengahari di Warung Gulai Ikan Meletop. Nescaya ini antara pilihan tepat untuk menikmati enaknya makanan disini. Orang sangat ramai, kalau datang banyakkan bersabar dan percayalah, menu disini sedap dan harganya amat murah.

Jalan-jalan di Alor Setar – Dataran Alor Setar Dan Aman Central

Tak lain jika berada di Alor Setar mestilah singgah bergambar di Dataran Alor Setar. Manakala, untuk ‘shopping’ boleh singgah Aman Central. Mall yang menjadi tumpuan masyarakat di Alor Setar dan pastinya menjadi tumpuan warga Perlis juga. Sempat jugalah mak bersalin baju, dapat hadiah sehelai blouse dan tudung sarung. Pilihan kami mestilah blouse G’ Lady. Kalau kain pun , UN suka jenama G Lady’s, sebab cutting lawa. So kalau datang ke Alor Setar korang pun singgahlah ke Dataran Alor Setar dan Aman Central. Di dataran ini walaupun panas, tapi pastinya menjanjikan gambar yang menarik sebagai kenangan. Selain daripada lokasi yang UN share ada lagi 7 Lokasi Menarik Di Alor Setar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *