Alhamdulillah kali ke-2 dalam PDRM. Last tahun 2016. Ini pula rezeki 2022 dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Syukur sangat. Dan pastinya ucapan terima kasih kepada bos atasan yang approve semasa pemilihan dan setuju untuk mengesahkan pencalonan asal. Tanpa bos yang memahami dan appeciate usaha yang dilakukan pastinya anugerah ini bukan milikku.
Tahniah juga kepada semua penerima APC 2022.
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 ini rezeki sebenarnya. Kalau ikut hati, ada masa marah, ada masa rasa tak ikhlas nak buat, tapi fikirkan amanah dan kepercayaan pegawai atasan redah juga. Kena terima apa sahaja cabaran. Kadang apa kita nak tak semestinya baik untuk ita, jadi apap pun tugasan yang diberikan selagi tak bertentangan dengan agama teruskan. InsyaAllah.
InsyaAllah dengan keberanian dan niat yang tak terpesong, rezeki takkan salah alamat. Hari-hari perbetul niat walaupun rasa geram je dengan manusia. Dugaan macam-macam, sekali lagi kena SABAR. Dunia ini, kalau hilang sabar, habis. Sabar, doa dan buat je.
Ingat DA|DA, diawalnya Allah , di akhirnya Allah juga memberi segala kebaikkan dan susunan perkara-perkara yang berlaku sebab DIA MAHA MENGETAHUI.
Ya Allah kekalkan sabarku, letakkan aku di tempat sepatutnya yang kau tahu itu yang terbaik walau dimana dan apa jua keadaannya. amin
Terima kasih kepada yang mendoakan dan memberikan kata semangat. Kalian terbaik.
very nice blog thanks