SEBUT Pekan Rabu Alor Setar, Kedah ia tidak asing lagi kepada semua di Malaysia ini. Cuma bezanya pernah singgah atau tidak. Kalau cerita tentang Pekan Rabu Alor Setar, Kedah nak kata yang ia adalah tempat yang memang wajib singgah! Wajib sebab sinilah one stop center yang ada menjual pelbagai jenis barangan.
PEKAN RABU , KEDAH
Bila sebut sahaja Pekan Rabu Aloq Setar Kedah, semua orang dah tahu keistimewaan dan juga keseronokkan shopping disini. Pekan Rbu betul-betul terletak di tengah bandar Alor Setar. Waze je kalau cari bangunan tak jumpa.
Pekan Rabu Alor Setar, Kedah terletak di tengah-tengah bandar. Pusing-pusing je boleh jumpa. Kat sini boleh menikmati pemandangan menarik Menara Alor Setar juga.
Bagi penggemar KM0, sini adalah lokasi yang sangat cantik untuk bergambar dengan Tugu KM0. Design UNIK.
Pekan Rabu Alor Setar, Kedah ; barang rare dan keperluan harian semua ada disini.
Kalau nak mencari pakaian ada di ground floor dan juga di tingkat 1.Disini banyak baju Melayu, baju kurung dan lain-lain perhiasan rumah yang kebanyakkannya adalah barangan tradisional.
Di Pekan Rabu ada jual pelbagai pakaian seperti baju Melayu, batik dan tudung. Semuanya di jual dengan harga yang baik dan memudahkan urusan bagi pelanggan yang memang ingin mencari kelengkapan harian bertemakan ‘Melayu’ dan ‘Islam’.
Makanan Tradisional Meriah di Jual di Pkn Rabu, Alor Setar.
Bila kesini, pastinya selain pakaian, ramai yang ambil peluang mencari makanan tradisional dan juga pelbsgai makanan rare lain yang sukar ditemukan di tempat lain. 1 Kilo karipap kecil dan 1 kilo popia kering dijual dengan harga RM50.00.
Alang-alang dah kesini, pastinya inilah peluang untuk mendapatkan pelbagai jenis makanan seperti karas, kuih loyang, asam jawa dan juga ikan pekasam kecil atau besar yang diidamkan.
Untuk ke level jual makanan, kita sebagai pelanggan mestilah memanjat anak tangga yang disediakan. Kalau berhajat nak cari pekasam, kenalah menapak sehingga ke level atau tingkat atas sekali. Kat sini disediakan pelbagai pekasam, ada pekasam ikan dan daging juga. Kalau pekasam ikan pula, macam-macam jenis pekasam ikan ada dijual. Pilih sahaja yang mana suka.
Jadi, kalau ke Kedah wajib singgah kesini. Sekurangnya ada juga tempat untuk membeli buah tangan untuk dibawa balik kepada rakan-rakan sepejabat atau jiran tetangga. Selamat bercuti dan jangan lupa, jika sedang sediakan itenary perjalanan masukkan sekali percutian ke Langkawi selepas PKP ya. Barulah seronok ke utara semenanjung. Pelbagai aktiviti boleh dibuat di Langkawi. Best. Selamat bercuti. 🙂