Skip to content

Umminani

Lifestyles

Menu
  • Home
  • PENULIS
    • Umminani /Lifestyles
    • Rencah Hidup
    • Cuti/Travel
  • KBBA9
    • Review/Isu
    • Makanan/Resepi
  • Penafian
Menu
percutian ke Langkawi bersama keluarga

Percutian ke Langkawi bersama keluarga selepas Covid 19

Posted on 08/02/202005/14/2021 by umminani

Alhamdulillah, perancangan percutian ke Langkawi bersama keluarga selepas Covid 19 pada tahun 2020 , menjadi kenyataan walaupun ianya hanya dibuat pada saat-saat akhir. Ramai yang tanya, selamatkah bercuti kesana? Apakah Covid 19 tak ada di Langkawi? SOP pula bagaimana? Semuanya okay, malah jangan risau, kita mesti buat sesuatu untuk menyokong perlancongan dalam negara dengan memastikan SOP dijaga. InsyaAllah.

Harga tiket dari Kuala Perlis ke Langkawi

Kami sampai awal, jadi dapat parking betul-betul di tepi bangunan jeti Kuala Perlis. Kos letak kereta sehari RM10.00 sahaja. Keadaan di jeti Kuala Perlis pada 27July 2020 – Hari pertama ke Langkawi. Cuti-cuti Malaysia. Ingatkan tak ramai orang pagi-pagi begini. Rupanya penuh juga feri. 

Harga tiket dari Jeti Kuala Perlis.
Tiket : Dewasa Rm18 (one way)
Kanak-kanak : Rm13 (one way)

Orang agak ramai walaupun feri terawal kami booking 730pagi.
https://umminani.com/2020/08/percutian-ke-langkawi-bersama-keluarga/

Perancangan percutian kami di buat saat akhir. Ini pun setelah kami melakukan beberapa persediaan dan kajian. Un beli tiket secara online. Harga tiket dewasa RM18.00 sehala dan kanak-kanak RM13.00 . Oleh sebab beli online, kami beli sahaja untuk mak harga tiket adults. Harga untuk warga emas tak pasti ada perbezaan atau sama. Saya jenis pilih yang mudah dan menyenangkan. Kos 3dewasa , 4 kanak-kanak RM212.00.

percutian ke Langkawi bersama keluarga selepas covid 19
Follow SOP.

Perjalanan kami agak pantas, ambil masa kira-kira 1 jam sahaja. Tetapi laut agak bergelora, melambung rasanya dalam feri masa pergi. Sampai sahaja jeti, kami ambil gambar sebagai kenangan 🙂

percutian ke Langkawi bersama keluarga - utamakan SOP dan keselamatan diri.

Percutian ke Langkawi bersama keluarga -Penginapan kami di Alia Residence Business Resort 

Booking penginapan pun hanya di buat pada 24 Julai 2020 – kami memilih penginapan yang sederhana kena dengan bajet yang ada sahaja. Maka, Alia Residence Business Resort yang menjadi pilihan kami. Terletak tak jauh daripada PULAPOL Langkawi dan berada dalam kawasan / daerah Padang Maksirat. 1 bilik family kami dapat dengan harga RM259.62 :

Your booking has been paid in full
Family RoomMYR 259.62
Included in price: Service Charge 10% | Not included in price (collected by the property): Tourism Fee RM 20.00
Total charge to card:MYR 259.62
ini copy daripada Agoda Statement di Email.
percutian ke Langkawi bersama keluarga  - kami stay di Alia Residence Business Resort
percutian ke Langkawi bersama keluarga  best di Alia Residence Business Resort

So far, bilik ini okay sangat bagi kami yang 3 dewasa dan 4 kanak-kanak. Bilik sahaja tanpa breakfast. Tapi ada swimming pool. UN bagi je anak-anak main air, insyaAllah tak ada apa-apa kemungkinan buruk. Kena yakin.

Dataran Lang – sarapan dan ‘check in’ Langkawi

Kami memilih untuk sarapan di kawasan sekitar Dataran Lang.Dan kami makan untuk alas perut adalah – roti canaui. Mak makan nasi dan ayam goreng. Bila perut dah kenyang, kami menapak menghala ke Tugu Helang yang menandakan kami dah sampai ke Langkawi. Check in!

Langkawi selepas covid 19

Sampai tadi terus menghala ke Dataran Lang. Pagi-pagi matahari tak memacak atas kepala. Lega sikit rasa, cuma awan tak biru, its cloudy. 

percutian ke Langkawi bersama keluarga penat tapi best
Gambaq ini ada 1001 kemanisan. Susah benar si dia mau senyum.
percutian ke Langkawi bersama keluarga  - honey moon dengan anak-anak sekali
Jalan-jalan Langkawi kali ini agak terhad….musim hujan. Jadinya, nak p mana-mana tu, berkejar la sikit risau hujan lebat mai. Gambar kenangan pun sikit suram…awan kelabu,hujan renyai-renyai .

Oleh sebab cuaca mendung, kami tak lama di sini. Lepas ambil gambar terus kami menghala ke – Taman Buaya Langkawi

Taman Buaya Langkawi

Kalau tengokkan di website , Taman Buaya Langkawi amat menarik. Apabila tayar kereta bergolek masuk ke Taman Buaya ini, terdetik..masih beroperasi ke tidak ini. Macam tak ada orang. Tapi sebab anak-anak sukakan buaya dan binatang, kami masuk juga ke dalam taman ini.

Kos masuk ada pelbagai pakej, tapi kami ambil pakej yang berharga RM60.00 untuk 2 adults dan 2 kids. Oleh sebab kami 3 dewasa dan 4 kanak-kanak, kami bayar extra untuk 1 dewasa, takpa halal untuk 1 tiket dewasa. Kutipan pun untuk pembangunan dan kebajikan buaya-buaya di dalam Taman juga.

Waktu pertunjukkan buaya adalah jam 1115pagi. Jadi kalau plan nak tengok buaya beraksi pastikan sampai awal. Lebih relax. Kami pula, sampai 1113pagi, beli tiket pun berkejar untuk memastikan tidak ketinggalan untuk menonton persembahan ini.

Bukan sebarangan buaya, nampak diam tapi sekali dia menyerang,boleh tahan garang. Last tuuu…video tu terpusing sebab si Sarah hilangkan diri. Dia melalak …..takut ,p menyorok belakang pokok-pokok renek. Kata dia, nanti abah angkat dia bagi buaya. 😂🤣

Slow-slow, Sarah dah okay. Mula-mula tu terkejut agaknya.

Aktiviti ini dah termasuk dalam entry fees. Boleh pilih kolam untuk bagi anak buaya makan. Sebelum masuk kesini – ada juga part yang kita boleh tengok staff bagi buaya makan ayam. Boleh tengok di sini .

Jurassic Crocs – juga dalam Taman Buaya

Bayaran RM60.00 dalam pakej kami ambil termasuk untuk melihat buaya dan menyaksikan persembahan di Jurassic Crocs. Sungguh memang buat anak-anak happy sangat.

Ada juga sudut informasi untuk anak-anak belajar mengenai buaya. Dalam taman ni ada pelbagai pesies buaya yang tak pernah nampak pun ada. Ada buaya bengkok ada buaya kontot.

Overall Taman Buaya Selepas COVID19 : bagi masuk ke sini selepas Covid 19 masih selamat. Ini kerana kawasan ini luas dan memang ada penjarakkan sosial. Tidak risau dengan keadaan sesak dan berselisih bahu. Cuma semasa pertunjukkan dinasour, boleh memilih keadaan yang selesa dan jauh daripada orang ramai.

Shopping Di Haji Ismail Group

Petang hari pertama – kami memilih untuk shopping dahulu. Bukan apa sebab 2nd day dah aturkan aktiviti yang memenatkan.

Kebahagiaan seorang anak, bila dapat belikan apa yang mak mahukan.

Gila pyrex – huhuuhh tapi tak beli juga, sebab dah cukup apa yang ada dirumah. Memadai guna aa yang ada, ikut hati semua nak rembat.

Tadaa…. hasil pujukan rayuan…1 troli je pun…ikut hati nak lagi beli, tapi bila pikir nak gendong turun naik feri, terus terbatal hasrat. Tapi tersinggah jugalah kali ke-2 kat HIG bangunan lama, sebelum gerak balik. Rasa ada je tak cukup. Harga sama je di bangunan lama dan bangunan HIG baru. Beli je dulu, pastu mujuq laa orang sebelah bagi claim balik kos yang hangus.

Overall, hasil jalan-jalan dan pemantauan harga, harga coklat di #HIGLangkawi lebih murah berbanding kedai-kedai lain. Ada tu, beza harga sampai Rm1.50 sehingga Rm2.00. Jadi, baik beli di HIG. 

SUASANA Selepas COVID19

Semasa dibenarkan kesana, keadaan terkawal. Semua pihak sememangnya mematuhi S.O.P . Malah kedai-kedai ditutup awal waktu. Tidak semeriah pada waktu biasa seperti tahun 2019 dan sebelumnya.

Makan malam di – House Of BBQ Lamb Bohor Tempoyak

Last selepas siap shopping, kami singgah makan di House Of BBQ Lamb Bohor Tempoyak. Kebetulan jumpa restoran ini. Kedai biasa je, tapi masakan superb. Nasi goreng biasa RM6.00 , Nasi Goreng Kampung RM5.00 RASA nasi goreng kampung dia memang tersedap lah. Jarang jumpa yang sedap macam ni.

Balik je terus kami lena. Lupa nak snap pemandangan sekitar kawasan side walk Pantai Chenang, sunyi sepi tanpa pelancong. Yang ada pun hanya mungkin pelancong yang terkandas akibat Covid-19. Hari pertama berjalan lancar dan UN sambung nanti entry hari ke-dua.

Untuk ke LANGKAWI selepas COVID19, patuhi S.O.P. Cuma kena lebih cergas untuk cepat elak daripada berkumpul dengan ramai orang. Dalam keadaan pandemik kena lebih berhati-hati dan waspada, terutama apabila bersama keluarga.

Semoga kita semua dapat jalan-jalan lagi selepas semuanya reda nanti. Sama-sama kita berdoa untuk kesejahteraan negara dan rakyat semuanya.

9 thoughts on “Percutian ke Langkawi bersama keluarga selepas Covid 19”

  1. AKASHAH says:
    08/02/2020 at 4:23 pm

    Wah syurga coklat

    Reply
    1. MOHD MUA'ZAM BIN MOHD NAWAWI says:
      08/02/2020 at 4:40 pm

      Boleh repeat lagi nanti ke Langkawi

      Reply
      1. umminani says:
        08/05/2020 at 11:47 pm

        wah dah bijak komen.

        Reply
  2. Ai says:
    08/03/2020 at 11:29 am

    Langkawi memang best untuk bercuti dan berjalan. Bila lah nak g lagi ni.

    Reply
  3. mas saari says:
    08/03/2020 at 11:30 am

    Akak tak pernah bosan kalau bercuti ke Langkawi, setiap tahun pun takpe.

    Reply
  4. Yaya Azura says:
    08/03/2020 at 1:14 pm

    Best Langkawi. Gi sana banyak benda boleh buat.

    Reply
  5. Nadia johari says:
    08/05/2020 at 1:39 am

    Langkawi memg tempat perxutian yangbest dengan family.. Kene kumpul duit ni nak berxuti sana.

    Reply
  6. letsvitaminstravel says:
    09/30/2020 at 3:36 pm

    Kalau pergi Langkawi, Haji Ismail Group tu memang dah jadi tempat wajib singgah..coklat coklat 🙂

    Reply
    1. umminani says:
      10/05/2020 at 12:25 pm

      ya betul, tapi la ni jgn beli bnyk2 nak bawa tak larat , sebb ada certain choclate ada je jual di speedmart

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Kelab Blogger Ben Ashaari

POST TERKINI

  • Konvokesyen Raudhah Montessori Centre, Semenyih
  • Restoran Mak Kimbong Bangi – Birthday Angah ke-10
  • Hari Sukan Sekolah Raudhah Montessori School (RMC)
  • Hari Keluarga Pematuhan Standard JIPS, Bukit Aman
  • Baju sekolah di Hari-Hari

UMMINANI

BLOG KAWAN MAYA

  • Meet up n celebrate.
    Published on 2023-03-15 By Azian Elias
  • 8 Cara jaga kulit muka yang betul : Kulit Hannah Delisha mulus dan bersih sangat
    Published on 2023-03-15 By azni
  • Lengkapkan busana Baju Melayu dengan songkok ,sampin dan kancing di butik Songkok Malaya
    Published on 2023-03-15 By Ana Jingga
  • BUFFET RAMADAN MZ 2023 BERTEMAKAN CITARASA ANTARABANGSA DENGAN HARGA BERPATUTAN
    Published on 2023-03-15 By Nadia Johari
  • Cukupkah Sekadar ‘Skor’ Peperiksaan SPM? Ini Perkongsian Dr Rizal
    Published on 2023-03-15 By Dr Rizal Abu Bakar
  • Drama Jaga Aku Selamanya (TV3)
    Published on 2023-03-15 By Azhafizah MN
  • Eskayvie Mindtropic, Penyelesaian Masalah Tidur Dan Stres Anda
    Published on 2023-03-14 By Ana Suhana
  • Terasa Berada di Spa dengan Ginvera World Spa Shower Scrub
    Published on 2023-03-13 By Qaseh Dalia
  • Pemahaman & Kesedaran Rakyat Malaysia Mengenai Masalah Mati Pucuk
    Published on 2023-03-13 By Bro Framestone
  • Nak Info Travel dan Review Makanan Sedap? Blog Ini Tidak Akan Menghampakan Anda!
    Published on 2023-03-13 By sohoque
August 2020
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
« Jul   Sep »

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
August 2020
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
« Jul   Sep »

Carian

Arkib

© 2023 Umminani | Powered by Superbs Personal Blog theme