PDPR datang lagi. Kali ini PDPR 3.0 , berkesankah PDPR kali ini. Ikutkan kalau menonton Majalah 3 malam ni, para doktor ambil masa setahun untuk mereka mahir tentang Covid19. Bagaimana dengan ibu ayah dan gugu-guru? Dah mahir ke guna google meet /zoom classroom.?
Ikutkan selama setahun kalau niat nak belajar, tempoh 1 bulan pun dah mahir. Nak mahir lagi ambil tempoh 3 – 4 bulan, ikut kapasiti otak menerima teknologi dalam kehidupan.
Tetapi ada juga anak-anak bagi feedback, PDPR 3.0 masih pada tahap yang sama. Ada pelajar yang masih tak mahu atau tidak pandai atau lalai untuk off sounds/ voice (suara). Ianya sangat mengganggu pelajar lain dalam proses untuk belajar.
Begitu juga dengan guru-guru yang masih gunakan aplikasi wassap sebagai medium untuk hantar tugasan. Dimana proses pembelajaran dan pengajaran berlaku?
PDPR 3.0 – Isu parents:
Tidak semua parents berada dirumah
Tidak semua harapkan anak-anak untuk on pc/laptop sendiri
Tidak semua parents berkemampuan untuk hadapi PDPR dengan line internet yang tidak stabil juga.
PDPR 3.0 – Isu Guru
Tiada kemudahan komputer
Line internet tidak stabil
Kurang kemahiran IT , untuk gunakan zoom/ google meet untuk present any video/ youputube dll.
Tidak bersedia dengan sebarang kemungkinan.
Tidak kira samada guru atau pelajar, dua-dua memainkan peranan penting. Bagi pelajar pula sokongan ibu ayah amat penting, sekurangnya ada menyediakan line internet yang perlukan bayaran komitment bulanan bagi kelancaran kelas.
Penyelesaian kepada PDPR 3.0 ?
Bagi kami yang bekerja terutamanya, PDPR hanyalah PDPR. Tiada pemantauan daripada kami suami isteri. Kami keduanya bekerja. Pergi awal pagi , balik menjelang maghrib. Dengan pelbagai urusan keluarga, pastinya video, link youtube sekadar memenuhi ruangan wassap sahaja. Tidak mampu untuk galas tugas menjadi guru dirumah selepas penat berjuang setiap hari di medan kerjaya.
Syukur, dengan Tuisyen Online yang kami sertai sejak akhir tahun 2020 telah banyak membantu KAMI sekeluarga.
Kelas Tahun 5 Dengan Fly High Training Centre
Sepanjang sessi persekolahan , yang anya seketika hari tu kami tetap teruskan tuisyen dengan Fly High Training Centre. Kerana ilmu adalah segalanya, apa juga cabaran yang dihadapi ilmu tetap perlu dicari. Jadi, dengan PDPR 3.0 kali ini , PKP 3.0 ni tusiyen sangat membantu.
Kelas Tahun 1 dan 2 – Fly Basic
Anak-anak UN ikuti kelas untuk UPKK, kelas tahun 1 dan 2 dan juga tahun 5. Cikgu mengajar seperti dalam kelas fizikal, ada komunikasi 2 hala. Syukur , tidak hanya terbeban dengan pesanan tingkas, kelas youtube dan pelbagai lagi.
Jadi , jika anda parents macam kami, yang siangnya bekerja, malamnya penat dengan tugas dirumah dan melayani anak-anak lain, mungkin kita sama. Mencari guru yang benar-benar komited dalam pengajaran dan pembelajaran, Pusat Tuisyen Fly High Training Centre mungkin pilihan sebaiknya.
Saya dan suami sangat berpuas hati. Walaupun bukan semua mata pelajaran belajar di Fly High, sekurangnya anak-anak dapat menguasai subjek asas.
Sampai bila nak berharap dengan PDPR?
Sama-sama kita renungkan.
betul tu, untuk anak yang ibu atau bapanya bekerja sendiri atau ibu suri rumah sepenuh masa mungkin ada lebih masa untuk pantau kelas pdpr anak-anak. Tapi buat ibu bapa yang bekerja memang susah, sebab tu ramai ibu bapa yang harapkan kelas bersemuka tapi di waktu covid 19 ini semuanya terbatas