Skip to content

Umminani

Lifestyles

Menu
  • Home
  • PENULIS
    • Umminani /Lifestyles
    • Rencah Hidup
    • Cuti/Travel
  • KBBA9
    • Review/Isu
    • Makanan/Resepi
  • Penafian
Menu
Kesan Tuisyen Online selepas 4 bulan bersama Fly High Training Centre

Kesan Tuisyen Online selepas 4 bulan bersama Fly High Training Centre

Posted on 04/17/202104/17/2021 by umminani

Selepas lebih kurang 4 bulan bersama Fly High Training Centre, Alhamdulillah Un sendiri dapat saksikan (cewah ayat tak boleh blah kata orang muda!) – ada peningkatan yang amat baik untuk Along khasnya. Yer la sebab dia nak exam kan. So, ummi pun memang sangat berharap Along boleh lakukan yang terbaik dan dapat kesan tuisyen online ini yang baik-baik. Bukan nak kejar A, sebab aku sendiri pun bukan sejenis straight A, tapi at least buat yang terbaik dalam hidup.

Kesan Tuisyen Online selepas 4 bulan bersama Fly High Training Centre

Sejak Jan 2021, bila fokus pada nak belajar, yer memang anak-anak automatik jadi orang yang cintakan ilmu. Kalau kelas untuk basic class dengan Fly High Training Centre ni, Si Angah dia sejenis yang laju, otak dia memang laju. Jadi dia boleh pick up dengan cepat.

Berbeza dengan Sarah, dia perlukan bimbingan yang lebih. Dia boleh baca tetapi lambat dalam membuat keputusan. Ini boleh beri kesan negatif juga , sebab terlebih meralit ni boleh ketinggalan waktu exam. Masa berlalu pantas, tapi dia stuck pada soalan tertentu. Korang doakan Sarah boleh kejar ya.

Kesan Tuisyen Online selepas 4 bulan bersama Fly High Training Centre

Overall best tuisyen online dengan Fly High Training Centre ni, cikgu-cikgu amat dedikasi , memahami dan up to date dari segi penyampaian mereka. Memang anak-anak enjoy setiap kali kelas bersama cikgu-cikgu tuisyen online ni.

Kesan Tuisyen Online : Kelas OPTIMA untuk darjah 5

Kesan Tuisyen Online selepas 4 bulan bersama Fly High Training Centre

Bagi Along, ni banyak aku sebagai ibu nak share. Sebab serius nampak perubahan positif pada diri dia.

Kelas Hafazan dan UPKK

Untuk kelas hafazan dan UPKK nak bagi tahu memang kelas dengan Fly High memang banyak membantu. Walaupun bertukar ustazah pada peringkat awal kelas, tapi syukur alhamdulillah mereka bawakan guru-guru yang tidak kurang baik dalam pengajaran. Syukur anak pun serasi.

Untuk kelas hafazan, mereka di tasmik seorang demi seorang. Syukur, itu yang kalau dirumah anak jadi guru pada maknya dalam membetulkan bacaan ayat alquran. Syukur alhamdulillah.

Bagi kelas sirah dan kelas-kelas berkaitan UPKK , ALHAMDULILLAH. Bilamana kelas ni advance kedepan, ada 2 way communication, anak suka sangat. Along dah mula serasi dengan guru-guru yang mengajar. Begitu juga dengan kelas Matematik, Bahasa Melayu , Sains dan Bahasa Inggeris , sungguh nampak perbezaan sebelum dan selepas kelas.

Jika pada Disember 2020, Alogn pemalu, dia rasa rendah diri berada dalam kelas . Tetapi setelah 4 bulan secara terus berada dalam ‘circle’ ini, mereka macam ada wave yang sama, yang mana masing-masing nak berusaha untuk berjaya. Along pun jadi sangat berdisiplin dalam pelajaran.

Sebagai seorang mak, yang best tu, bila Along balik sekolah, dia boleh update pelbagai cerita dan kemampuan dia menjawab dalam kelas. Bermakna, kita sebagai mak ayah ni biar je anak belajar secara online. Ia ibarat buat revision awal sebelum kelas formal di sekolah. Bila 2 / 3 kali mengulang dan telah berbincang tentang soaalan-soalan UPKK itu sendiri, anak jadi yakin dan dia boleh ingat setiap butir yang dipelajari.

Kelebihan kelas TUISYEN ONLINE

Masa Bermanfaat

Masa anak terkawal. No ML, no games no youtube sehingga terlajak masa, tapi kena pantau, make sure phone memang guna utk jawab quiz izz bukan melencong ke ML k. Secara langsung semasa hujung minggu, mereka mengulangkaji pelajaran secara istiqamah.

Kemahiran Komputer

Bila setiap hari mereka bermain dengan komputer secara tak langsung anak jadi mahir dengan penggunaan komputer dan juga aplikasi terkini seperti Zoom dll. Along dah darjah 5 memang la cekap, tapi Angah yang darjah 2 pun boleh catch up cara penggunaan Zoom. Syukur , ini adalah kemahiran luar kelas yang mana bila sentiasa di praktis akan memudahkan mereka kelak.

Pelbagaikan kemahiran pembelajaran

Bila belajar dengan banyak guru, macam kita la juga ada fatwa yang berbeza, ad ayang mudah dan ada yang sukar. Jadi dalam kelas dengan Fly High Training Centre ni, cikgu-cikgu banyak bagi fatwa / atau tips yang memudahkan anak-anak menjawab peperiksaan. Jadi ini meyakinkan Un sebagai ibu untuk teruskan sessi Along dan anak-anak yang lain.

Kesimpulannya

Sebagai mak ayah yang bertanggungjawab keatas anak-anak , kita semua kena terapkan prinsip pada anak-anak yang berehat adalah takkala masuk ke syurga kelak. Selagi bernyawa dan bernafas, selagi itulah hidup kita perlu belajar, istiqamah dalam mencari ilmu bermanfaat dan niat untuk jadi insan berilmu demi agama , bangsa dan negara. Hanya orang berilmu yang akan dipandang tinggi kerana akhlak dan ilmunya. InsyAllah.

PUSAT TUISYEN ONLINE FLY HIGH TRAINING CENTRE

10 thoughts on “Kesan Tuisyen Online selepas 4 bulan bersama Fly High Training Centre”

  1. Ben Ashaari says:
    04/17/2021 at 1:07 am

    Memang bagus kelas Flyhigh Training Centre ni..

    Reply
  2. Ardini Humaira says:
    04/17/2021 at 4:13 am

    Anak dni belum cuba lagi. InsyaaAllah akan cuba kelaa Flyhigh Training

    Reply
  3. YB Shehan says:
    04/17/2021 at 5:47 am

    Menarik betul. I wish Hannah ada peluang sbb nak exam macam Along jugak. Moga anak2 UN sentiasa maju dan fokus

    Reply
  4. Ayue says:
    04/17/2021 at 5:52 am

    Bagusnya ada kelas online gini….
    Atleast masa pkp, takdelah bebudak ni ketinggalan…

    Reply
  5. Salina Johari says:
    04/17/2021 at 5:54 am

    Memang terbaik Fly High. Anak² semua join sini sebab pendidik bukan calang². Sangat berpuas hati. Sebelum ni anak² join class lain tapi lebih kepada buat latihan tapi di Fly High .. two way communication dia superb !! Anak² pun suka

    Reply
  6. Tati Mansur says:
    04/17/2021 at 6:00 am

    Alhamdulillah moga anak-anak UN berjaya dalam pelajaran.

    Reply
  7. Mama Kembar Tiga says:
    04/17/2021 at 6:06 am

    Alhamdulillah. Seronok baca perkembangan positif pada anak-anak. Moga akak pun akan ada rezeki lebih untuk bagi si kembar 3 ni join tusyen ngan Fly High juga, Aamiin

    Reply
  8. Nina Mirza says:
    04/17/2021 at 6:28 am

    Memang bagus anak tuition kat Flyhigh ni, komunikasi 2 hala dia terbaik. Cikgu-cikgu nya berpengalaman dan bijak mengajar secara online

    Reply
  9. Azni says:
    04/17/2021 at 7:30 am

    Dr haritu nak tanya .. kak azni pun nak amik kelas upkk utk iman. Nnt kita pm tepi naaa

    Reply
    1. umminani says:
      04/17/2021 at 9:51 am

      hehehe blh kak. mai2 pm

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Kelab Blogger Ben Ashaari

POST TERKINI

  • Happy Birthday Along
  • 15 Tahun sebagai pegawai polis
  • Jalan-jalan ke Hatyai 2023
  • PERKEP Masak Bubur Asyura 2023
  • Jalan-jalan di Alor Setar , Kedah

UMMINANI

BLOG KAWAN MAYA

  • 9 Kelebihan Celtic Sea Salt (Lebih Baik Daripada Himalayan Salt!)
    Published on 2023-09-26 By Dr Rizal Abu Bakar
  • Bila ada anak dan rumah sentiasa bersepah
    Published on 2023-09-26 By cikguzim
  • ORDER NASI GANJA SECARA ONLINE, MUDAH DAN SENANG
    Published on 2023-09-25 By Nadia Johari
  • 15 Hotel Near KLIA (Kuala Lumpur International Airport) Sepang
    Published on 2023-09-25 By dorsett pink
  • Telefilem Auta (TV9)
    Published on 2023-09-25 By Azhafizah MN
  • Majlis kesyukuran cucu pertama
    Published on 2023-09-25 By Ana Jingga
  • Style with Waist Trainers – The Perfect Solution for Workouts
    Published on 2023-09-25 By Ana Suhana
  • Travelog Thailand 7 : Cerita Sambung Konvoi Kelab Aruzr ke Hatyai
    Published on 2023-09-25 By Marina Bashah
  • Pengalaman Sertai Larian FITMALAYSIA Kuala Lumpur 2023
    Published on 2023-09-24 By Bro Framestone
April 2021
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  
« Mar   May »

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
April 2021
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  
« Mar   May »

Carian

Arkib

© 2023 Umminani | Powered by Superbs Personal Blog theme