Bye Umi, “Along naik atas!”Terus berlari naik.Dia punya semangat tak boleh lawan.Satu² Cikgu Wan ajar dia buat nota. Owh ya, ini kelas tuisyen online malam di Fly High Training Centre.
Excited turun drp tangga.. sebab dengar dia turun stand by phone, mesti ada story….. biasa gitu. Mesti ada benda lah dia nak share, sebab ada kertas sekali. Kalau dia senyap je turun dari atas, tu perkara biasa. Entahlah kenapa dia excited dengan kelas malam ni.. Ummi pun tak sure. Sokong je benda baik.
Kelas tuisyen online malam ;
Kelas ikut jadual tertentu, kalau darjah 5 kelas setiap malam dari 815 malam sehingga 10.00 malam. Kecuali hari Khamis. (Weekdays Isnin, Selas, Rabu, Jumaat). Setiap malam kelas berbeza. Ini belum termasuk Kelas UPKK di hari Sabtu Dan Ahad /Kelas Ulangkaji.
Rupanya nak story dengan ummi, pillow talk la konon…”Umi, Along belajar rangka manusia dgn sendi.. cikgu tanya pun Along boleh jawab. Blaa…blaaaa…blaaa……..” Siap buat perbandingan dengan sistem Pdpr siang tadi, tajuk sama. Takpalah Along, tawakal sahaja.. yang mana mampu kita ikut. Orang lain pun ada kekangan, cikgu sekolah kena pikir kawan-kawan lain. Kita fokus jalan kita sahaja, jangan pikir orang lain.
Fuh dia punya semangat, ingat sebelum kelas ja.. sampai habis kelas pun sama.Ini duk sebelah Umi, tengah betulkan nota Cikgu Wan, bagi kemas. I’m touching Along.. You did well!!
Selepas kelas, dia betulkan nota. Ini Ummi memang ajar anak-anak buat. Sebab otak kita ni ada sensor macam tu, yang akan ingat warna dan apa yang gerakan tangan pernah tulis. Buat je.. !
Ini lukisan yang dia belajar kelas malam. Not bad for bog boy, year 5. Kalau budak perempuan mungkin lagi cantiklah, its okay dear, asalkan you faham k.
Doa Umi abah – anak-anak berjaya dengan usaha kelas malam di Fly High Training Centre
Ummi doakan Along berjaya dengan adanya extra kelas di Fly High Training Centre. Allah dah cakap dalam al quran , siapa berusaha pasti ada hasilnya. Yang penting usaha, doa dan selepas tu tawakal. InsyaAllah kalau Allah izin, pasti kejayaan milik Along dan adik-adik pada masa akan datang. Ummi abah mendoakan kejayaan anak-anak dunia dan akhirat.
Tuisyen Fly High Training Centre : www.wassap.my/60011-5699 8919/tusiyenonline
Bagus Along rajin belajar. Bagus Ummi bagi sokongan pada anak-anak untuk belajar rajin-rajin. dan bagus juga kelas tuisyen tu bantu parents dan student untuk fokus belajar walaupun dalam keadaan pandemik skrang – yang buatkan mak pak semua stress