Meniti hari-hari kini, kita semua terpaksa melalui zaman atau kaedah pengajaran dan pembelajaran dirumah akibat dari isu pandemik ini. Ya, sebagai ibu ayah memang risau, bila hampir 10 bulan anak-anak tidak melalui proses yang sepatutnya. Malah jadi beban pada ibu ayah kembali untuk semak persediaan anak-anak belajar dan juga status kebolehan dan kemampuan mereka dalam pembelajaran. Oleh kerana isu ini semua orang kena hadapi, pengajaran dan pembelajaran di rumah, apakah persediaan yang perlu? Adakah semua orang bersedia?
Sejak PKP yang lepas, saya sendiri melalui proses PDPR UMCCED secara dalam talian. Maka dah mahir dan selesa dengan pdpr ini. Mudah, selesa malah menjimatkan dari segi wang ringgit dan tenaga.
Adakah tuisyen membantu?
Untuk PKP 2.0 ini dijangkakan Pdpr ini mungkin berlanjutan sehingga 3 hingga 6 bulan. Adakah anak-anak kita bersedia? Ya, saya sebagai ibu selain risaukan pembelajaran mereka dari rumah, kami juga risau kalau pelajaran mereka ketinggalan dan masa di habiskan begitu sahaja. Belajar mesti berguru, lain aura guru dengan mak yang mengajar.
Ambil pendekatan itu,saya cari kelas tuisyen untuk mereka sertai. Sekurangnya dapat cover semula ilmu-ilmu yang terlepas dan tidak dipelajari sebelum ini. Kalau untuk khas kelas bacaan sejak dulu lagi UN setia dengan Kelas Membaca Cepat Cikgu Ani
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) -persediaan jiwa dan minda
Bagi tahun 2021 memandangkan kalau sekadar berharap kepada pdpr sahaja, ini amat merisaukan. Cikgu tidak boleh fokus kepada ramai pelajar. Ada pelbagai kekangan yang mereka hadapai. Tetapi kita sebagai mak ayah tak boleh kawal apa yang berlaku, tetapi kita boleh ubah plan untuk anak-anak kita. Ini bermakna, cari peluang diluar kelas.
Bagi UN, ini peluang kami ada dan kami nampak. Un daftarkan anak dengan kelas tuisyen Fly High Training Centre. Alhamdulilllah hampir sebulan kelas, Un nampak perkembangan Along. Perkembangan pembelajaran yang memberansangkan, semuanya bermula dengan lecture dan juga amali. Anak pun happy. Syukur. Ini rezeki yang sangat bermakna sebab bukan mudah nak dapatkan kelas yang pengisiannya memenuhi hati seorang ibu.
Jadi kalau ada yang mencari kelas tuisyen; ini kelas yang Un cadangkan. Ibu ayah untuk bantu anak belajar, persediaan amat perlu. Pastikan internet dirumah laju dan boleh gunakan laptop yang sedia ada. Penting guna laptop, sekurangnya nampak slide lebih terang dan besar. UN kebetulan ada beli laptop baru hari tu, kami gunakan Asus Vivo Book.
So, buat pilihan terbaik untuk anak-anak. Semoga mereka tidak tercicir daripada pelajaran untuk kegunaan masa hadapan dunia dan akhirat. InsyaAllah.