Hotel In Cameron Highlands

Alhamdulillah, sebalik apa yang kita semua sedang alami ini, sedang didik kita dan keluarga untuk duduk bersama dan menikmati saat-saat ini dalam rumah. Tetapi pastinya percutian di luar ditunggu-tunggu. Anak-anak Un sendiri dah asyik ulang tanya, “Ummi bila nak cuti, bila kita oleh keluar, nak tidur hotel ??” Dan sebab kan anak-anak sering asak dengan soalan cepu mas, terus Un mencari Hotel in Cameron Highlands . Niat nak cari Hotel yang best la, selesa dan kalau ada pilihan hotel yang dekat dengan tempat tarikan menarik.

Masa kami kesana bulan September lepas, ini pun baru sahaja ditamatkan PKP dan dibenarkan rentas negeri. Kami doa-doa PKP 2.0 pun segera berakhir dan kita semua boleh Kembali kepada norma kehidupan biasa.

Hotels In Cameron Highlands

Kalau percutian dengan anak-anak ini tak lain dan tak bukan, ibu ayah wajib dalam itenary cari lokasi yang anak boleh main, boleh makan dengan selesa dan juga lokasi yang selamat daripada kesesakan orang ramai. Walaupun Covid-19 belum berakhir, lambat atau cepat virus ini tentu akan tinggalkan kita. Tetapi tidak bermakna kita tidak menjaga S.O.P. Maka, nak plan percutian kami pun , UN tentukan hotels pilihan yang terbaik dan selamat .

Cari melalui henset boleh tgk harga. Berbaloi-baloi harga sekarang.

Dalam banyak pilihan hotel, Un tengok dalam masa mencari Hotel in Cameron Highlands, kalau booking melalui apps Traveloka lebih berbaloi dan harga hotel di apps pun dah inclusive taxes. Jadi harga apa yang kita nampak itulah harga Hotel yang perlu dibayar. Plan kami macam biasa, nak pergi pada hari Khamis dan balik Sabtu. Ini tricks kami kalau bercuti, jadi kurang sesak dengan orang ramai dan jalan pun tidaklah terlalu jem.

Antara lokasi pilihan kalau percutian dengan keluarga :

Adalah antaranya seperti Sheep Santuary . Kalau kesini, bukan anak-anak sahaja teruja tapi mak ayah pun macam Kembali ke zaman kanak-kanak. Hello, enjoy ooo kat sini. Sheeps kat sini gebu, suka betul pegang bulu dia, bestnya kalau dapat sekor kan. 😊

Hotel In Cameron Highlands tempat pilihan kanak-kanak di cameron

Lagi kalau kesini , boleh shopping teh dan juga beli Cactus yang comel-comel dengan harga berpatutan.

Hotel In Cameron Highlands ; bercuti disini wajib untuk memberli cactus
Seronok depa ni layan cactus comel-comel.
Hotel In Cameron Highlands ; teh cameron teh terbaik
Hotel In Cameron Highlands ; hotel pilihan traveloka semua best-best

Malam-malam kan sejuk, bila jalan-jalan kat Tanah Rata tu , boleh la cuba Yong Tau Foo ini. Area pejabat pos Tanah Rata, kat food court yang tepi jalan tu.  Sedap la, teringat-ingat ni..tu duk doa cepatlah habis PKP. Nak keluar dari sarang. 

Pengalaman Petik Strawberi

Hotel In Cameron Highlands jom petik strawbery segar disana

Kalau kesini pengalaman paling anak-anak suka mestilah bila dibenarkan petik strawberi sendiri. Kalau kesini wajib petik dan mesti juga beli bawa balik. Buah kegemaran ramai orang tau. Dan kalau beli tu , jangan lupa beli sekali coklat syrup. Huhuu nikmatnya aiiii, rasa terliur pula mengimbau saat di Camerons. Rasa teruja dan tergik-gedik nak jejak kaki di sana lagi. Ya Allah, kau hapuskanlah Coivd-19 daripada bumi ini. Kami rindu nak Kembali untuk hidup dalam suasana yang seperti sebelumnya, bebas kesana kemari dan bersosial bersama rakan-rakan kat luar sana.

Ladang Teh Cameron Highlands

Hotel In Cameron Highlands ; hotel apa agaknya nak booking kali ini yaa?

Hotel In Cameron Highlands ; hotel apa agaknya nak booking kali ini yaa?

Walaupun pernah terbaca yang di Selangor pun ada ladang teh, tetapi tak sama rasa nikmat suasana ladang teh Cameron. Tapi last time masa kami kesana, masa pergi tak niat nak singgah pun, ingat nak singgah Ladang Teh masa kami on the way turun untuk balik. Tapi kecewanya kami, walhal masa kami turun tu awal lagi, tapi dia punya sesak, fuh tak boleh bawa bincang. Jadi selepas ini, sejurus PKP tamat, kena tukar game plan. Kami nak singgah ladang the dulu on the way kami naik dari Tapah. Ehm…tak mau dah kecewa nak menikmati pemandangan ladang yang cantik dan menghijau tu. Kerana isu ini jugalah , ni tengah survey awal-awal dah apa Hotel In Cameron Highlands yang kami nak booking. Banyak pilihan, tapi nak cari yang sesuai dengan bajet dan penting untuk selesa juga. Kami pernah stay kat Hotel Titiwangsa, best juga ada steamboat lagi free untuk 1 family masa dinner. Pakej makan di Hotel Titiwangsa memang disediakan sekali dengan steamboat.

Cameron Lavender :

Last But Not Least, kami rancang nak ke Cameron Lavender sekali lagi. Situ yang menarik adalah bunga lavender tu, dan kalau dulu tempat  tu biasa je, tapi sejak kebelakangan ini tengok macam banyak je perubahan dan pembaharuan di buat. Tapi kesini JANGAN sesekali tertinggal tripod. Tripod penting untuk snap kenangan dengan family.  Bawa duit belanja pun kena extra, masa ni lah kalau nak pujuk suami hadiahkan bunga. Heheheh bunga murah dan lawa-lawa disini, tapi ingat kalau sayur-sayur segar jangan pula terlebih beli, sebab ianya cepat rosak. Tidak guna kalau rosak nanti membazir. Belanja setakat diperlukan.

Hotel In Cameron Highlands ;jangan lupa bergambar disini

Semoga kita semua dijauhi daripada virus Covid -19 ini dan dapat Kembali menikmati suasana percuti sejuk di  Cameron atau dimana-mana lokasi menarik di Malaysia sebelum pintu keluar masuk negara dibuka. Hargai dan cintai negara kita, sama-sama kita bantu rancakkan ekonomi negara dengan perlancongan. Walaupun begitu, ingat dimana juga berada, S.O.P diutamakan demi keselamatan kita dan keluarga. So, apa plan korang selepas PKP 2.0 ?

11 thoughts on “Hotel in Cameron Highlands ; plan bercuti selepas PKP”
    1. kan kan…hehe naluri wanita ni nak juga bunga..tapi pikir balik bunga tu lama2 kering.

    1. tq kak nina..tu la usha satu2 mana best nak p lepas kpk.. ni pilih camaron sbb boleh balik kg lepas tu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *