Sheep Santuary Cameron HighlandsSheep Santuary Cameron Highlands

Bismillahirrahmanirrahim, dah bosan dengan suasana sama je kalau ke Cameron Highlands? Kali ini UN nak share percutian kami ke Sheep Santuary Cameron Highlands. Kami tahu lokasi ini pun daripada Shehan. So apa lagi bila cerita dekat anak-anak memang super excited la nak kesana juga.

Sheep Santuary Cameron Highlands HARGA TIKET MASUK

Tiket masuk ke Sheep Santuary Cameron Highlands, Pahang

Sheep Santuary Cameron Highlands - PORT BERGAMBAR

Untuk masuk kesini , harga tiket adalah

RM8.00 12 Tahun ke atas dan dewasa

RM5.00 bagi kanak-kanak 3-12 tahun

Sheep Santuary Cameron Highlands kawasan didalam
Ini sahaja kawasannya.

Kawasan dalam ini tidaklah luas mana, tapi berbaloi juga dengan harga tiket masuk kesana. Ini kerana spesies kambing disini sangat best..susah nak explain. Gebu sangat..geram bila pegang, bulu sheep disini tebal. Best main.

Tarikan menarik bila masuk kedalam

Bila dah bayar, tarikannya adalah pengunjung boleh dekat dengan kambing-kambing ini dan boleh beri makan. Anak-anak pastinya teruja sangat untuk kesini.

Sheep Santuary Cameron Highlands aktiviti di dalam kawasan ini.
Sheep Santuary Cameron Highlands didalam boleh beri kambing makan.
Sheep Santuary Cameron Highlands  boleh sntuh dan dekat dengan sheep-sheep yang ada.

Makanan untuk sheep – sheep ini diberikan ikut berapa banyak ahli keluarga yang masuk dan tiket di bayar. Jadi kami 6 orang, dapat 6 kotak makanan untuk diberikan kepada sheep-sheep ini.

Sheep Santuary Cameron Highlands - family potrait disini

Kandang Arnab pun ada..

Kat dalam ni ada kandang arnab, walaupun tak banyak tapi cukup untuk gembirakan hati anak-anak. Boleh dipegang dan juag diberikan makanan.

Kalau plan nak kesini, pastikan anda orang yang terawal. Sebab kawasan sempit, jadi awal datang taklah berebut dengan ramai manusia dan senang untuk bergambar.

Sebelum balik, sempat anak-anak bergambar dengan kambing ini..suka depa. So, kalau selepas covid 19 ada plan nak kesana, boleh masukkan Sheep S. Cameron Highlands sebagai salah satu lokasi untuk dilawati untuk membeli jiwa anak-anak. Dan para ibu yang sukakan cactus boleh la memborong cactus di sekitar kedai-kedai berdepan dengan kawasan ini. Selain itu, kat sini macam port yang best juga untuk membeli belah , jagung, sayur dan pelbagai lagi barangan yang ada dijual di Cameron Highlands. Selamat bercuti, semoga entry ini membantu ibu ayah yang mencari tempat untuk membawa anak-anak bercuti dalam negara.

Nota : Sebelum kami ke Cameron Highlands , kami sempat bercuti di Berjaya Times Square Hotel. 22/8/2020 – 23/8/2020 Syukur..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *