Hi-Tea di Menara KL ; nikmati pemandangan dari Atmosphere Restoran

Hi-Tea di Menara KL

Bismillahirrahmannirrahim.. ini pun hanya satu kisah throwback. Sebenarnya ianya bukanlah suatu perancangan yang serius, adhoc. Tanya-tanya siapa nak join dan booking je untuk Hi-Tea di Menara KL. Owh kali ini UN p dengan sahabat sekelas, kami sama-sama belajar buat Diploma Exsekutif Sains Siasatan. Dan sebelum exam, kami makan-makan dan rapatkan silaturrahim dulu disini.

Pakej kat sini untuk Hitea- RM58.00 untuk sekepala. Boleh la, sambil makan menikmati suasana dan pemandangan dari atas. Ini Hi-Tea di Atmosphere Restaurant. So, waktu makan memang berputar. Kalau harga untuk dinner RM150.00+ , so apapun call jer atau tengok di Klook pun harga murah kadang tu.

Hi-tea di Menara KL

Hi-Tea di Menara KL rm58 harga 2020
Hi-Tea di Menara KL rm58 seorang
confius mau makan ke mau bergambar kan…

Menu hi-tea tak lah banyak macam dinner atau lunch. Harga pun dah berbeza kan, cuma ada la pencuci mulut, kuih, mee rebus, ayam goreng dan kuih muih. So far, untuk duduk sembang atau menikmati suasana ala diva okay je makan-makan disini. Tempat pun ada prestige. So far UN suka je..

Sky Deck – Menara KL

Dah habis makan, maka kita bergambar la pula…owh tadi tu kalau masa kat restautrant, kalau ambil gambar pakai stand,,kena lekas-lekas , sebab stand tu nnt tertinggal kalau letak tepi cermin.. kan restaurant berputar..jangan lupa..hahaha

Kami sekelas, jumpa masa belajar DESS di UMCCED. Berbeza latar belakang dan juga pengalaman kerja, tapi disini untuk satu tujuan yang sama, habiskan belajar.

Hi-Tea di Menara KL
Hi-Tea di Menara KL
Hi-Tea di Menara KL

Kenangan kami bersama di sini – alhamdulillah , tanpa perancangan yang serius jadi juga kami gather-gather kat sini. Seronok sangat. Next kemana pula… Ada je idea, tapi tak boleh rancang , kalau rancang proper tak jadi, kena rancang secara adhoc.

Kami plan nak ke Sky Box Menara KL ini, tapi tak dapat sebab hujan. Jadi lepas bergambar kami terus turun kebawah, UN balik tapi sahabat-sahabat UN terus ke Hotel Concorde kot, sambung chit chat. hehehe

Info : Atmosphere Restaurant

Contact no : 012-620 2052 atau Wilson 012-6604372

One thought on “Hi-Tea di Menara KL ; nikmati pemandangan dari Atmosphere Restoran”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge