Bismillahirrahmanirrahim, kali ini nak share ceriter kami sekeluarga ke Menara KL hanya untuk tujuan untuk menikmati suasana dan pemandangan dari Sky Box Menara KL . Ini pun baru teringat ada promosi woraku sebab kak Mas Saari share di pun kesana. Kami p kali pertama, sampaikan anak sanggup ponteng sekolah tau, tapi bila booking je hujan turun. Jadi 16 Sept kami pergi semula seawal 7am kami dah sampai. Bawa bekalan nasi goreng karipap dan juga nugget. Lepas tu, kami just stay in dalam kereta, sampai masa iaitu 8.30am kami pun naik untuk tebus tiket dan beli tiket.
Promosi untuk fronliners PERCUMA dan untuk pengiring pertama dan kedua RM10. Jadi, kami hanya bayar RM40 sahaja untuk anak-anak. Sesekali jimat dan berbaloi untuk mai sekeluarga. Ada promosi jadi kita gunakan peluang yang ada.
SKY BOX 2 – Menara KL
Naik je kat atas tu, kami terus beratur pada barisan Sky Deck. Kat atas sana ada 2 box ; Sky Box 1 dan Sky Box 2. Cumanya, Sky Box 1 lebih lawa view, ada view KLCC.
Sky Box Menara KL – Sky Box 1
Sky Box 1
Satu family hanya diberikan masa 1minit 30 saat untuk berada dalam Sky Box. Bayangkan nak gambar lawa dalam ni..kena posing dengan pantas hahaha. Selepas 1 minit 30 saat, kena bagi orang lain pula bergambar. Kalau nak banyak gambar, kena ulang dan kena berbaris semula, untuk 2nd Trip bergambar. Sky box 2 pemandangan biasa. Still lawa lah. So, kena bagitau family member to get ready
Sebelum naik, boleh bergambar di kawasan “rumput” kat luar ini. Dan kat sini boleh la biarkan anak-anak berlari ke nak main kejar-kejar ke, sebab tak ada kereta lalu lalang. Cuma kena hati-hati. Pergi awal pagi memang best.
Untuk bergambar lepas ni kalau korang rasa nak sana, try2 la ajak family test dulu 1 minit 30 saat dapat berapa pic dan nak posing lagu mana…huhuu..kami gambar yang ambil guna camera sendiri , jadi lawa, tapi ada sensored part!!! Geram aku, dan beli jugalah gambar yang official Menara KL jual (pic yang cembung kat Sky Deck 1 tu). Semata-mata kenangan. And satu perangai buruk aku, selagi tak dapat, aku usahakan juga nak gambar yang lawa dan memuaskan hati, walaupun kena bayar. Dan kos pun lebih la RM40.00 hahahah
Lastly, selain untuk rakam kan kenangan, terima kasih Menara KL kerana buat promosi ini sebagai penghargaan kepada frontliners. Jika bawa anak-anak boleh terus melawat ke Mini Zoo Menara KL.
Bestnya. Teringin nak pergi tapi tak sampai sampai lagi. Harap ada peluang lah sampai ke sana. Bolehlah test gayat ke tidak pada ketinggian camtu. hihi
Aduhhhh tengok gambar pun ai dah gayat!
ya ka…x gayat aih nnt tru sekali tau