Skip to content

Umminani

Lifestyles

Menu
  • Home
  • PENULIS
    • Umminani /Lifestyles
    • Rencah Hidup
    • Cuti/Travel
  • KBBA9
    • Review/Isu
    • Makanan/Resepi
  • Penafian
Menu

Mini Zoo Menara KL Lokasi Disyorkan Sempena Cuti Sekolah

Posted on 11/13/201611/21/2016 by umminani

Mini Zoo Menara KL Buat Anak Happy 

Semalam birthday Cik Sarah ke 2 tahun. Happy birthday Sayang. Kali ini Ummi dengan Abah nak belanja Cik Sarah dengan Along dan Angah masuk Mini Zoo Menara KL, Kuala Lumpur. Bukan di KLCC yer.  Lawatan kali ini Ummi bersama dengan blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari. Lokasi Mini Zoo betul-betul di sebelah pintu masuk ke Menara KL. Sebelum masuk Ummi mestilah bergambar di depan Mini Zoo Menara KL ini sebagai tanda kenangan. Walhal, banyak lagi gambar nak ambil kat dalam nanti. Excited okeh!

menara-kl-2016

Bagaimana Nak Parking Jika Ke Mini Zoo Menara KL? 

Ini antara persoalan yang bakal di tanya kalau nak ke satu-satu tempat. Betul kan? Siapa setuju? Okay Ummi cerita bab jika datang sendiri dengan kenderaan peribadi. Jika masuk menggunakan motorsikal parking FREE. Jika masuk dengan kereta, sejam pertama adalah RM4.00 dan RM3.00 untuk jam seterusnya. Bagi percutian singkat kami bagi sambut birthday girl kali ini, kami kena charges RM10.00. Rasanya sampai sini dalam jam 9.30 pagi dan balik hampir jam 12.3o tengahari. Okaylah , berbaloi.

Penyambut Tetamu

Kedatangan kami ke sini di sambut mesra oleh si cantik manis burung kakak tua yang segak gitu! Geram tengok bulunya yang kebiruan ini, tapi  si cantik manis ni tak pandai cakap.. ke Ummi yang dia tak nak sapa itu tak pasti..hahahah. Yang pasti memang cantik la wakkk..! Si Cantik sangat memukau hati untuk masuk ke dalam Mini Zoo ini.burung-kakak-tuaharga-tiket-mini-zoo-menara-kl

Harga Tiket Masuk Ke Mini Zoo Menara KL

Harga tiket untuk masuk ke sini adalah RM32.00 bagi dewasa dan RM27.00 bagi kanak-kanak dan orang tua. Masuk PERCUMA bagi kanak-kanak bawah 90cm. Jika datang berkeluarga boleh ambil pakej 2 dewasa dan 2 kanak-kanak dengan harga PROMOSI RM98.00 sahaja. Jimat kan? So bagi Ummi yang 4 orang anak ini, sangat murah , sebab hanya ambil pakej promosi.

Jelajah Mini Zoo Menara KL – Bahagian 1

mustaqim muhaimin

Apabila masuk ke sini, budak-budak paling teruja sebab dapat bergambar dengan rakan-rakan si cantik. PERCUMA tanpa perlu bayaran. Apa lagi , pakat lawan nak bergambar, cuma Cik Sarah jer tak boleh pegang risau Si Cantik jatuh sebab bahu Cik Sarah masih belum kuat. Yer la baru 2 tahun kan.. tapi ….

Mi, nak..nak

Maknanya Cik Sarah teringin nak pegang, cuma zoo keeper yang tak izinkan. Maaf yer sayang..

Jom jelajah Mini Zoo Menara KL

kangaroo

Kat bahagian satu ni juga ada anak Kangaroo yang comel duduk dalam beg kecil ini. Ummi nak bergambar dia izinkan dengan baiknya dia posing. Binatang dalam ni mesra okay.

Bahagian Ke 2  – Indoor Exhibition

Di bahagian ke dua ada binatang dalam cermin. Tengoklah tu, apa yer?? Cer teka? Ada juga squirell , ayam , ular di dalam bahagian 2 ini. Semuanya dalam cermin bagi tujuan keselamatan.

menarik-di-menara-kl

Amboi sakan Angah nak bergambar.

Segak ka Angah pakai spec Ummi?

Yer la Ummi pakai lawa!

Ehm..rupanya dok perhati jer Ummi pakai yer Angah. Ummi pula lupa bawa budak-budak ini punya sebab nanti kalau bawa pun  risau tercicir. Nak kendong beg lagi, adik lagi..hehehe banyak sangat kiri kanan.. Takper lah, Angah hensem dengan spec Ummi pon okay.

15045817_1210681478979888_2016629144_n

Masuk ke bahagian satu ini teringat Ummi dengan cerita Chipmunk.hahaha ni buat Ummi rindu dengan sahabat Ummi  masa kat JKR dulu Kak D dan juga kak ipar sekarang. Kami ada watak bagi setiap orang  bagi cerita tu. Okay nak cerita lagi dalam ni ada binatang comel-comel. Ada juga ayam selama kalau tak silap Ummi.

ayam-serama cacing-mini-zoo-kl

Ayam kat dalam ni makan cacing. Ummi minta pada zoo keeper nak bagi ayam makan, ingatkan dedak ayam! Rupanya Ulat! Adehh…maaflah rasa tak sesuai nak pegang, sebab nanti nak pegang Si Zakkir pula. Ada ke yang geli dengan cacing??

ular-sawa
Ular katam tebu ini berkilat sangat. Sayangnya dia tak buka mulut untuk telan telur tu. Kalau telan depan-depan mesti best tengok gigi yang tajam tu!

mini-zoo-kl-tower squirell

Bahagian 3 – Kampung Style

Bahagian 3 ada Falebella Horse. Berasal dari Argentina dan dapat hidup sehingga 30 tahun. Bestnya disini ada binatang yang kita tak pernah nampak di zoo biasa tapi ada disini. Dalam kawasan ini juga ada ayam dan permandangan dalam suasana kampung. Bak kata orang “Kampung Style”.

15086426_1210681485646554_166000011_n15046213_1210680892313280_768282702_n

Bahagian 4 – Birdy School

Bahagian 4 adalah untuk burung. Kat sini alahai comel-comel burung tau! Geram Ummi tengok. Si Sarah dengan Angah okay jer , tapi yang geli dan takut Along… sebab burung tu terbang ke sana sini dalam sangkar tu. Tu yang buat Along nak cepat-cepat keluar dari rumah burung ni.

15050391_1210680968979939_377305198_nbird-park-kl15057862_1210680228980013_789472768_n15058683_1210680312313338_297882858_n

Seterusnya boleh jumpa, bergambar dengan milky dan brownie.. bulu depa tebal dan halus. Geramnya bila pegang. Depa manja , boleh bagi makan kepada keduanya.

aktiviti-di-mini-zoo-menara-klzoo-negara

Kat sini ada Longkang Fishing untuk anak-anak bermain dan menangkap ikan. Punya la susah nak tangkap ikan. Pandai tau depa(merujuk kpd ikan )😉 menyorok bawah jambatan. Along stress ikan tak masuk di jaring yang disediakan. Ikan di dalam ni banyak, tapi bijak, sebab pandai selamatkan diri daripada di tangkap.

Bahagian 5 – Rabbit Village

Kat bahagian Pet House ini paling anak-anak suka, dapat main dengan arnab, dan seangkatan dengan spesies arnab. Ada juga kura-kurayang berusia lebih 30 tahun tau! Jom layan gambar kami di bahagian ini. Sini boleh bagi makan arnab dan juga kura-kura dengan pemantauan Zoo keeper.

menarik-di-sekitar-menara-klcuti-sekolah-2016kura-kura

Si Sarah cuba-cuba naik atas belakang kura-kura.

“Oppss sayangg!!! Tak boleh naik, tengok jer, kesian dia . Kakak kan berat, nanti menagis dia, kesian kan”. Ummi terpaksa pujuk. Dan memang tak diizinkan naik atas belakang kura-kura ya.

arnab

Angah memang berani, nak pegang Si Arnab gebu gebas ni. Tapi Angah tak pandai nak pegang bahagian lengan dia. Tu yang Ummi gelak sakan , tapi bagus ada usaha mencuba untuk pegang. Tahniah Angah.

mini-zoo-kuala-lumpur
Dalam ini tak akan sesat, sebab ada petunjuk jalan yang mudah difahami.

Bahagian 6 – Jungle View

Bahagian ini dikelilingi dengan hutan dan pokok yang besar-besar. Nak ke bahagian ini kena menuruni tangga dan jalan sejauh 5-10 minit  dan kena berpatah balik. Taklah penat, anak-anak la seronok berlari sana sini. Kat bahagian ini ada kura-kura kulit lembut tau. Besarr… tapi maaf gambar hilangg..adehhh!!

Laluan masuk perlu menuruni tangga dan berjalan sehingga 5 -10 minit.
Laluan masuk perlu menuruni tangga dan berjalan sehingga 5 -10 minit.

zoo-mini-malaysia15046250_1210682022313167_1230598340_n

Dalam ni anak-anak dapat tengok binatang yang disediakan dalam sangkar juga. Masa kami ke sini hari ini, monyet putih ini baru melahirkan baby. Comel sangat dengan warnanya yang putih bersih.

kuala-lumpur-lokasi-percutianaktiviti-menarik-cuti-sekolah

Bahagian 7 – Kedai Souvenirs

Laluan keluar ada jual pelbagai cenderahati sebagai tanda kenangan. Boleh beli fride magnet, dan juga ada juga dijual t-shirt dan juga bear serta makanan dan minuman ringan.

souvenirs-menara-klkedai-cenderahati-mini-zoo-menara-kl

Kelab BLOGGER BEN ASHAARI 

Bukan sahaja meriah dengan anak-anak tapi mak ayah pun meriah juga tau. Dapat berkumpul dengan rakan-rakan blogger satu yang indah bersama rakan-rakan. Dan terima kasih Abang Korie yang belanja brownies sedap. Nak order boleh call abang Korie – 017 -349 5797, cod Area Putrajaya dan sekitar. Rugi tak cuba.

brownies-putrajaya

ratu-kbba9
Kami Ratu – TUDUNG KUNING SHIQEEN SATTAR nak jadi TOP BLOGGER, TUDUNG PUPRLE – BUSINESS WOMEN TYZARA , UMMINANI – TOP MOTHER AND WIFE TILL JANNAH .
zoo-menara-kl
Ini mak ayah angkat tak rasmi adik Zakkir. Yanie Yussuf dengan ayahanda Ajaimy sayang sangat kat Adik

mini-zoo-menara-kl

umminani
BYE – MINI ZOO MENARA KL

Kesimpulannya memang seronok masuk ke Mini Zoo Menara KL . Meriah dan sangat sesuai untuk bawa anak-anak hilangkan kebosannan mereka di rumah pada hujung minggu. Jika ada bajet lebih, atau nak lagi best beli tiket untuk naik keatas. Nak murah boleh booking di groupon. Harga buffet pun sangat berbaloi. Okay  ini sahaja cerita kami disini. Jemput datang beramai-ramai tau!

25 thoughts on “Mini Zoo Menara KL Lokasi Disyorkan Sempena Cuti Sekolah”

  1. Mama Kembar 3 says:
    11/13/2016 at 6:46 pm

    Bestnyaaa! Rasa terkilan sangat tak dapat join. Konpem kena bawa si kembar ni lain kali
    Mama Kembar 3 recently posted…Bila Anak Beranak Masuk Wad!My Profile

    Reply
    1. Admin says:
      11/13/2016 at 9:10 pm

      mama, get well soon. insyaAllah Allah bagi kesihatan yang baik.

      Reply
  2. Lan Careno says:
    11/13/2016 at 7:01 pm

    Teringin nak pergi… Nanti ada kesempatan nak pergi jugak…

    Reply
    1. Admin says:
      11/13/2016 at 9:10 pm

      Boleh dekat jer nak p, 40 minit dah sampaikan.

      Reply
  3. Lynda says:
    11/13/2016 at 7:07 pm

    Seronoknya..lama tak pi zoo
    Lynda recently posted…Bila Ke Kenduri Mesti Ada Doorgift, Kan?My Profile

    Reply
  4. Firzz says:
    11/13/2016 at 7:38 pm

    Datang sini confirm enjoy…lagi dekat dengan binatang2 tu semua…

    Reply
  5. Mera says:
    11/13/2016 at 7:42 pm

    Banyak jugak binatang kat sini walaupun mini zoo. bawak budak2 memang seronok la depa. Hahaa

    Reply
    1. Admin says:
      11/13/2016 at 9:07 pm

      miera, bawa la anak buah ke sini. Memang budak 2 suka sangat

      Reply
  6. rozita says:
    11/13/2016 at 7:43 pm

    bestnya.. rugi tak join..
    rozita recently posted…Kaedah Berkhatan untuk lelakiMy Profile

    Reply
  7. Nazlee Ismail says:
    11/13/2016 at 8:29 pm

    Wah bestnya kat sana , lebih menarik dari farm in the city . PC L nak join tapi x ada anak2 kecik nak dibawa..
    Nazlee Ismail recently posted…Sampai bila lagi nak tanggung kesakitan?My Profile

    Reply
  8. Lya Akif Imtiyaz says:
    11/13/2016 at 8:35 pm

    Wahh happening nyer..bukan stakat anak2 suka mak ayah pon apa kurangnya ..hehehe nak kena g jugak ni bawak anak2..

    Reply
  9. YB Shehan says:
    11/13/2016 at 8:39 pm

    Fuh.. tak dapat join kali ni. Maybe next time..
    YB Shehan recently posted…HANNAH DAMIA DAH NAK SEKOLAH! BETUL KE TAHUN 1 DAH NI? SOBS!My Profile

    Reply
  10. Hanie says:
    11/13/2016 at 10:57 pm

    Sayangnya,zura tak dapat turun ke jungle view..lain kali nak masuk lg la,mcm menarik je monyet putih tu…

    Reply
  11. anuar says:
    11/14/2016 at 7:49 am

    Baru tahu dekat Menara KL ada mini zoo.. bolehlah pergi ke sana nanti sambil mengunjungi rumah terbalik…
    anuar recently posted…Seminar Tajwid LuarBiasa Mega untuk ibu bapa dan anak-anak sempena musim cuti sekolahMy Profile

    Reply
  12. Izzati Suhaide says:
    11/14/2016 at 9:29 am

    wahhh..bestnyerrr..takde rezeki nak join event ni..enjoy betol budak2 tengok binatang ni..

    Reply
  13. Nadia Johari says:
    11/14/2016 at 2:11 pm

    datang sini dengan anak memnagbest

    Reply
  14. mas saari says:
    11/14/2016 at 2:38 pm

    seronok, boleh dtg lagi.. yg tak tahan anak² Mas gigih dok tangkap ikan tu sampai basah² baju! hahahaa..
    mas saari recently posted…Mini Zoo @ KL TowerMy Profile

    Reply
  15. azni says:
    11/14/2016 at 3:15 pm

    seronok kemain iman and along kan…. zoo ni mmg tempat budak2 la… abis semua derang explore
    azni recently posted…Rockstar Gym khas untuk anak anakMy Profile

    Reply
  16. anazarin says:
    11/14/2016 at 7:58 pm

    Memang release tensionlah datang sini

    Reply
  17. Afiq Halid says:
    11/14/2016 at 8:12 pm

    Makin menarik dah zoo ni. Dulu pergi mcm ada binatang yang xde. Thank you for sharing

    Reply
  18. Allene Noraslin says:
    11/15/2016 at 1:48 pm

    bebudak memang sakan datang sini kan… enjoy…
    Allene Noraslin recently posted…Bawa anak dekati haiwan di Mini Zoo KL TowerMy Profile

    Reply
  19. ZAIDALIFAH HUSSIN says:
    11/15/2016 at 6:32 pm

    sukanya dapat main-main dengan burung…

    Reply
  20. Misztrex says:
    11/15/2016 at 7:45 pm

    Budak-budak pun seronok kan
    Misztrex recently posted…Bawa anak ke KL Tower Mini ZooMy Profile

    Reply
  21. Mieza Suhaini says:
    11/16/2016 at 1:29 pm

    Tak sangka ada mini zoo kann. Hehehe baru tau.
    Mieza Suhaini recently posted…Lirik Lagu Potret Monalisa WingsMy Profile

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Kelab Blogger Ben Ashaari

POST TERKINI

  • Happy Birthday Along
  • 15 Tahun sebagai pegawai polis
  • Jalan-jalan ke Hatyai 2023
  • PERKEP Masak Bubur Asyura 2023
  • Jalan-jalan di Alor Setar , Kedah

UMMINANI

BLOG KAWAN MAYA

  • Bila ada anak dan rumah sentiasa bersepah
    Published on 2023-09-26 By cikguzim
  • ORDER NASI GANJA SECARA ONLINE, MUDAH DAN SENANG
    Published on 2023-09-25 By Nadia Johari
  • 15 Hotel Near KLIA (Kuala Lumpur International Airport) Sepang
    Published on 2023-09-25 By dorsett pink
  • Telefilem Auta (TV9)
    Published on 2023-09-25 By Azhafizah MN
  • Majlis kesyukuran cucu pertama
    Published on 2023-09-25 By Ana Jingga
  • Style with Waist Trainers – The Perfect Solution for Workouts
    Published on 2023-09-25 By Ana Suhana
  • 9 Kebaikan Minum Teh Oolong Untuk Kesihatan
    Published on 2023-09-25 By Dr Rizal Abu Bakar
  • 10 Pilihan Sunscreen Watsons yang jadi pilihan
    Published on 2023-09-25 By azni
  • Travelog Thailand 7 : Cerita Sambung Konvoi Kelab Aruzr ke Hatyai
    Published on 2023-09-25 By Marina Bashah
  • Pengalaman Sertai Larian FITMALAYSIA Kuala Lumpur 2023
    Published on 2023-09-24 By Bro Framestone
November 2016
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
« Oct   Dec »

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
November 2016
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
« Oct   Dec »

Carian

Arkib

© 2023 Umminani | Powered by Superbs Personal Blog theme