MENARIK DI SKYBRIDGE KLCC

MENARIK DI SKYBRIDGE KLCC

Hari ini kami sekeluarga memilih untuk outing kat SKYBRIDGE KLCC. Hasil google ummi, Ummi dapat kat website Petronas Ummi merasakan tiket masuk sangat berpatutan bagi pemegang mykad dan mykid. So, lepas sahur Ummi dengan suami terus siap-siap dan kejut anak-anak. Di website tertulis kaunter mula dibuka sejak jam 830pagi. Jadi kami ambil langkah selamat, untuk tiba awal di KLCC.

PicsArt_06-25-06.51.27

Perjalanan dari Semenyih jam 730pagi. Dan kami sampai kira-kira jam 811am. Parking di KLCC awal pagi memang menyeronokkan. Sebab Ummi rasa lapang sangat kereta yang di parking sangat sikit. Bebas nak parking dimana-mana.

PicsArt_06-25-06.47.33

Kami terus ke bahagian Concourse. Masa tiba disana kaunter belum lagi dibuka. So, sempatlah kami berselfie. 😊 Tapi masa kami sampai, dah ada yang beratur untuk beli tiket. Nampakkan betapa ramainya orang nak naik ke atas jambatan KLCC ini?

Jpeg
Berselfie dengan Angah masa menunggu kaunter tiket dibuka.

Tiket bagi kami sekeluarga berjumlah RM84.00. Suami pakai student card dapat RM24.00 iaitu potongan sebanyak 20%. Anak-anak 4 tahun keatas setengah harga iaitu RM15.00.

Jpeg
Kaunter yang disediakan amat selesa dan mesra pengunjung.

KESELAMATAN SEBELUM NAIK KE PUNCAK MENARA BERKEMBAR PETRONAS KLCC

Kami ditaklimatkan tentang keselamatan sebelum naik keatas. Tahap keselamatan disini sememangnya dikawal rapi, setuap kali nak naik akan ada polis bantuan yang jaga lift dan eskot semua pengunjung. Sebelum naik ada perkhidmatan bergambar. Dan bila keluar akan dapat gambar tersebut beserta sijil dan folder bernilai RM100+, manakala fridge magnet RM70.00 bagi 2 keping yang ada gambar kita. (Ummi tak beli sebab tak berbaloi dengan harga).


PEMANDANGAN DI SKYBRIDGE LEVEL 41

PicsArt_06-25-07.14.44

Gambar-gambar ini menunjukkan betapa tingginya kami di skybridge tingkat 41. Kami disini kira-kira 10 minit sahaja. Dari sini nampak kolam renang dan persekitaran KL. Bukan anak sahaja, tapi Ummi dengan abah pun teruja. Rugi oooo kalau duk KL tak ambil peluang naik MENARA BERKEMBAR KLCC YANG TERTINGGI DI DUNIA. Amazing. Owhhh, menara ini sedikit bergoyang, cuma kita tak berapa terasa. Ianya diciptakan khas bagi tujuan memastikan menara ini selamat daripada cuaca dan angin(kejadian alam). Masa naik ini anak-anak rasa berdesing telinga, tapi Ummi tak terasa pula.


TINGKAT 83 DAN 86 MENARA BERKEMBAR PETRONAS KLCC

Lepas tu, kami dibawa naik ke tingkat 83 untuk melihat structure pelbagai menara tertinggi di Dunia. Disini adalah mini exhibition hall.

Jpeg
Gambar kami sekeluarga di Tingkat 86 Menara Berkembar Petronas KLCC

Paling menarik kami di bawa ke tingkat 86. Ditingkat 85 dan 87 adalah bahagian teknikal. Tingkat 86 adalah level yang boleh pengunjung melawat. Berada di tingkat 86, woouwwww amazing. Masyaallah, sekali lagi terpesona dan merasa sungguh nikmat diberikan peluang berada diatas sini. Ada “mock” menara berkembar dan Ummi dapat snap gambar yang sangat cantik disini.(gambar kat atas). Terpegun!! Disini siapa yang suka photography mesti lebih teruja. Rugi kalau tak naik menara KLCC ini. Tengoklah gambar yang Ummi snap. Dari jauh dapat lihat MENARA KL.

Jpeg
Permandangan Indah Dari Tingkat 83 Menara Berkembar Petronas,KLCC

Ditingkat 86 kami dibenarkan berada disini dalam 20minit. Tapi sebab teruja sangat tak sempat tengok jam!! 😂😂

Jpeg
Tingkat 86 Menara Berkembar Petronas KLCC

Tak puas berada disini. Nak naik lagi nanti…anak-anak pula suka sangat dengan mainan interaktif. Sebenarnya screen yang disediakan untuk sampaikan maklumat berkenaan KLCC.

Anak-anak kalau kita bawa explore tempat dia tak pernah pergi, percayalah pasti mereka hargai. Dan bagi Ummi, Ummi nak anak-anak Ummi rasa dan lihat dunia luar. Betapa KL ini pesat dan susah payah Ummi abah harungi jalanraya di KL ini setiap hari hanya untuk mencari rezeki keluarga.


PESANAN UMMI

So, siapa yang tak pernah naik lagi sangat-sangat Ummi galakkan. Experience dan ketahui dunia di KL ini. Malulah, pelancong sangat hargai keindahan MENARA BERKEMBAR KLCC, tapi kita?


 Galeri

PicsArt_06-25-09.46.42Kaunter Tiket dibuka jam 830pagi setiap hari kecuali Hari Raya Aidil Fitri dan Aidiladha

PicsArt_06-25-09.57.07

Tiket yang Along tunjuk digunakan untuk scan di screen interaktif. Pas diberikan kepada pengunjug mengikut warna. Kanak-kanak diberikan sticker.

PicsArt_06-25-09.52.25

Ruang di skybridge, boleh nampak bahagian bawah. Pemandangan cantik dan suatu pengalaman yang best.

PicsArt_06-25-09.50.42

Pemandangan dari tingkat 86. Tinggi tapi tak gayat pun. InsyaAllah.

PicsArt_06-25-09.54.08

Pemandangan MENARA BERKEMBAR PETRONAS KLCC. Dari sini boleh nampak MENARA KL dengan jelas.

PicsArt_06-25-09.58.42

Dan ini adalah ruang galeri atau gift shop. Suami dapatkan 1 baju petronas, anak-anak dapatkan sehelai tshirt masing-masing dengan warna pilihan mereka sendiri.

Sekian. Semoga bermanfaat untuk rakan-rakan yan ingin meneroka sky bridge.

Posts Tagged with…

Reader Comments

  1. anuar

    bestnya.. belum pernah lagi sampai ke tempat ni.. biasa kalau pergi ke KLCC duduk dkt bawah jer, melihat pemandangan ketinggian bangunan pencakar langit tersebut… pemandangan dari atas ke bawah, belum pernah tgk lagi..

Write a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge