Baju Sekolah – Persediaan Anak Ke Darjah Satu
Kebetulan Ummi dengan abah masih bercuti hari ini, kami tukar plan dari nak pergi menonton wayang kepada mencari baju sekolah , persediaan anak ke darjah satu. Ha! Along dah nak ker darjah satu kan. Dan bersyukur Along dengan usaha gigih selama ini Along berjaya ke Sekolah Rendah Integrasi Beranang.
Kenapa Perlu Beli Awal ?
Bagi Ummi ni masa yang sesuai nak mencari baju sekolah Along. Ramai orang biasanya beli pada waktu terakhir. Ummi amatlah malas nak cari last minute, dengan nak bawa ahli ahli yang lain, boleh bayangkan dak kalau dalam keadaan orang ramai? Bersesak! Owhhh tidak!
Kami pilih untuk membeli barang keperluan Along kat AEON Cheras Selatan. Situ semua ada dan dekat dengan kami. Ummi mula-mula pilih jenama Canggih. Yerla, sebut jer baju sekolah semua mesti Canggih kan, Ummi pun terkesan juga dengan marketing mereka. Namun begitu tiada rezeki Canggih sebab saiz seluar Along tak ada. Saiz 21 ada, malangnya terlalu labuh dan perlukan Ummi untuk bawa untuk potong kaki seluar. Okay, bukan kerja Ummi nak kesana sini cari tukang jahit.
Disebelah Canggih ada jenama Binbi, Ummi cuba saiz dengan Along dan yesssss…sesuai! Fuh, lega muat-muat saiz dan ukuran yang tepat. Beli boleh terus pakai. So, Ummi pilih untuk beli set baju Binbi. Ummi beli 3 helai baju putih saiz 13 2 helai dan saiz 14 sehelai . Ummi juga pilih 2 helai seluar biru pekat saiz 21 untuk Along.
Tali pinggan pun alang-alang Ummi ambik Binbi yang berharga RM7.90 .Sebab AEON Jusco tengah sales sampai 31 Dec ada sales sehingga 20%. Baju kemeja sekolah Along harga asal RM23.90 dan selepas diskaun tinggal RM19.12 sahaja. Seluar harga asal RM37.90 dan selepas diskaun jadi RM30.32.
Kasut Sekolah Pallas Pilihan Kami
Abah pula pilih kasut untuk Along. Kali ini abah cakap pilih kasut Pallas yang ini, sebab ringan. Tapi Ummi suka yang macam kain tu, tapi berat. Bila tanya Along, dia suka pilihan abah. Design ringan dan mungkin juga mudah kering. Belum masa untuk beli yang bertali baru darjah satu, jadi Ummi pilih yang pelekat sahaja. Ummi dah call sekolah pagi tadi, sekolah integrasi memang pakai kasut hitam. Jadi inilah pilihan untuk Along.
Gaya Lengkap Ke Darjah Satu
Inilah gaya lengkap Along untuk tahun depan ke darjah satu Sekolah Rendah Integrasi Beranang. Dah siap persediaan pakaian. Beg sekolah abah dia cakap:
Tak payah belilah Along, pakai jer beg abah jenama John Master yang ada. Masih baru sebab abah dapat Free masa beli barang dulu. Binaan dia lagi kukuh dari beg sekolah dipasaran yang harga biasa
Mujur Along setuju, dan Along memang anak yang baik, ikut arahan dan ikut buku. Cuma ada kala terhegeh-hegeh tu sebab perangai budak-budak dia mai tiba-tiba.
Kat bawah ini suasana sebenar masa beli kasut. Semua orang nakkk!! Adoiii, nak sedapkan hati Angah dengan Cik Sarah, Ummi minta juga saiz paling kecik dan bagi Angah cuba. Malangnya memang tak ada saiz Angah. Syukur, sebab bukan keperluan Angah untuk dapat kasut baru. Kena pandai psikologi dengan Angah, yerkan apa sahaja dia nak, akalu tak sesuai baru terangkan satu-satu, barulah dia faham.
Baju Untuk Hari Jumaat
Baju untuk hari Jumaat, adalah baju melayu. Satu set baju melayu harganya RM39.90 , sales 20% tinggallah RM31.92 . Dah jimat disitu,bab saiz Along pakai saiz 24 jenama School. Ini saiz paling kecil yang ada. Bab saiz ini pening juga kalau anak jenis kecik, susah nak cari saiz ini. Sampin hijau ini pula harganya RM10.90 dan selepas sales harganya RM9.27. Kalau baju raya harga macam ini jer kan bagus, jimat untuk beraya. Ini tak baju raya lagi mahal dari baju sekolah.
Berapa Bajet Seorang Anak ke Sekolah Setiap Tahun?
Hari ini bajet kami keluarkan untuk baju sekolah dan kasut RM232.10. Ini belum lengkap sebab songkok belum beli lagi. Kasut sukan tak perlu kot, sebab boleh pakai kasut yang sama, melainkan jika perlu nanti Ummi dengan Abah akan beli untuk Along. Itu tak ada masalah. Untuk pakaian dah selesai, sekarang nak bajet untuk yuran dan yuran bulanan. Anggaran yuran dalam RM500 dan bulanan RM50.00 sebulan . Selain itu masa nak daftar nanti perlukan duit untuk baju tshirt sukan dan buku-buku mesti tak kurang RM100.00. Kesimpulannya perlukan dalam RM800.00 lagi anggaran kasar untuk daftar darjah satu di Sekolah Rendah Integrasi Beranang.
Jadi kos untuk anak sekolah sekurangnya RM1000.00 seorang setiap tahun. Kalau ramai anak bajet ini perlu di besarkan. Anggaran jika 3 orang anak dah tiga ribu ringgit. Jadi, ibu ayah kena sedia duit secukupnya untuk pembelajaran anak-anak. Ada barang yang boleh recyle, boleh di gunakan sehingga betul-betul dah nazak.Siapa setuju?
Selamat merancang perbelanjaan keluarga dalam suasana persediaan anak naik semula ke sekolah. Semoga usaha kita kali ini, Allah balas dengan rezeki anak-anak yang soleh dan solehah. Amin Belilah pada awal waktu bagi elakkan kesesakkan dan juga kekurangan saiz baju. Pesanan Ummi . 🙂
Wahh bagus Ummi dah beli siap. Akak pun sama, tak suka tunggu last minit, takut tak dapat apa yang kita nak dan malas nak berebut bersesak sesak. Handsome lah Along, moga rajin belajar dan seronok masuk sekolah nanti ye.
Wah….along xsabar nk p sekolah tu……..apa2pun along berajaya juga masuk sekolah intergrasi.
Bagus kalau dpt buat persediaan awal.sekurang2nya tak kelam kabut dikemudian hari..anak jida pun darjah 1 tahun ni
Kita pun suka buat persiapan awal, senang!