Happy Birthday Maisarah a.k.a Kakak
Happy birthday kakak (12 November 2014), nama panggilan mesra Cik Sarah. Masa nak lahirkan Maisarah dulu rentetannya samada hidup atau mati .
2 tahun lepas bertarung pada waktu pagii. Sampai kat masjid negara terpaksa berhenti sebab sakit dada yang amat. Terus bergegas ke Klinik Kesihatan Tangling , nurse tempatkan kat bahagian kecemasan. Terus kena naik ambulance… ning nong ning nong… ke HKL. Sampai di HKL, high pressure. Minggu ke 32. Doktor cakap kena segera operation, nak selamatkan kedua ibu dan anak. Andai lambat, salah seorang atau keduanya akan pergi selamanya. Namun begitu, Allah masih beri rezeki untuk bertaubat dan menikmati hidup. Dan lahirkan puteri Sarah , anak puteri Ummi dan Abah seorang sahaja. Hari ini cukup 2 tahun. Walaupun rak cukup bulan, kakak membesar dengan sihat… syukur ..
Happy birthday Puteri Nur Afeefa Maisarah ke Dua Tahun.
Kini puteri Ummi yang sorang ni dah besar. Dah pandai semua , dan Ummi sayang kakak sebab rajin dan pandai ambik hati Ummi. Mungkin kakak perempuan kot. Kalau Ummi merajuk kakak mesti mai tanya Ummi “Kakak cantik???” hahaha soalan killer!
Terima kasih kepada yang wish birthday Maisarah a.k.a kakak di wall facebook Ummi. Doakan dan ucapan sahabat Ummi, Ummi hargai sangat.
Meraikan BirthDay Kakak Di KFC Aeon Jusco Balakong
Tahun ni bulan kelahiran kakak, Ummi bawa kakak main bowling , pergi Zoo Mini di Menara KL dan last sekali Ummi dengan abah belanja makan KFC kegemaran ramai. Kakak habiskan hampir 2 ketul.. wah banyak tu, biasa seketul pun tak habis. Macam nilah kalau birthday seorang je dalam satu bulan mesti meriah. Berkali-kali nak sambut. Itu namanya rezeki kakak. Abang-abang menumpang 2 kaki. hehehe alang-alang nak sambut birthday kakak terus belikan Along baju sekolah untuk darjah 1 tahun depan.
Ummi doakan anak Ummi yang seorang ini jadi anak yang solehah dan baik dengan adik beradik yang lain sampai mati. Terima kasih kakak sebab kakak walaupun baru 2 tahun, kakak tak banyak karenah serta faham apa sahaja arahan Ummi dan abah. Kami semua sayang kakak. Muahh.
Happy birthday kakak..
Semoga panjang umur dan sentiasa di murahkan rezeki..
Anak anak cepat membesar. Syoknya dia dapat makan ayam kfc
Mesti jadi kenangan manis bila dah besar nanti
BETUL..anak-anak kecik ini seronok ..dan harap jadi kenangan best sampai mati..Amin
Happy Belated Birthday Kakak!
Happy Birthday Kakak!