Salah satu lokasi menarik untuk membawa keluarga bermain air di sekitar KL adalah Bangi Wonderland Water Theme Park. Okay jom baca apa kemudahan yang disediakan. Untuk harga tiket dan juga info lain ada di link kat atas.

Kemudahan Yang Disediakan Di Bangi Wonderland Theme Park & Resort

Pelbagai kemudahan disediakan Bangi Wonderland Water Theme Park.

bangi-wonderland-13

Ini adalah antara kemudahan yang disediakan di sini. Best kan.. ada cafe, ada surau, locker, function room dan juga bilik persalinan.

bangi-wonderland-1 bangi-wonderland-7

Ini adalah kemudahan yang disediakan mengikut keperluan kita. Jika pergi berkeluarga besar macam Ummi, kami pilih untuk sewa locker yang saiz besar. Jadi satu locker dah cukup untuk simpan benda penting dan pakaian untuk salin.

bangi-wonderland-8

Ini adalah cafe yang disediakan di bahagian bawah. Ada pelbagai makanan disediakan. Ummi memang tak makan disini, sebab anak-anak nak main jer.. tapi Shehan ada makan di cafe.  Kata Shehan , anaknya lapar kena juga lah makan , masa tu dah jam 12 tengahari.

bangi-wonderland-9

Di sebelah cafe ada kemudahan disediakan. Ada pelampung dan juga pelabagai kemudahan lain dijual disini. Bagi yang perlukan mainan seperti pistol air dan sebagainya, boleh dapatkan disini.

bangi-wonderland-sewa-pelampung bangi-wonderland-11

Bagi permainan yang extreme perlukan pelambung besar ini. Jadi boleh sewa dengan kadar yang dah ditetapkan. Wah best kot, melampungkan badan atas air dengan pelambung ini. Rugi kalau tak cuba.

bangi-wonderland-12

Di Bangi Wonderland , boleh juga diadakan family day atau sebarang event. Kadar sewaan boleh merujuk kepada bahagian sales mereka. Yang pasti , Ummi tengok dengan mata sendiri, best sangat ada family day disini. Masa kami pergi tu, ada family day Sikh.

bangi-wonderland-16

bangi-wonderland-18

Tahap Keselamatan Di Bangi Wonderland Theme Park & Resort

Bab keselamatan usah di risaukan. Sebabnya disini memang ada petugas bagi setiap tempat bermain. Tengoklah sendiri, Along bermain dengan selamat disini. Ibu ayah tak perlu risau, tempat ini bersih dan menarik untuk dikunjungi.

bangi-wonderland-20
Bangi Wonderland Water Theme Park
bangi-wonderland-19
Bangi Wonderland Water Theme Park

Untuk anak kecil, ada pelbagai tempat boleh bagi mereka main. Parents boleh awasi dari jauh. Air pun sedang elok untuk keselamatan anak-anak. Nak tengok betapa gembiranya kami, boleh layan video dibawah.

Keriangan Ketika Kami di Sana

Ini video yang Ummi rakamkan untuk tatapan semua. Best sangat..cuba dengar deruan ombak dan bunyi air di dalam video ini. Mesti semua tak sabar nak datang ke sini juga. Ummi hadiahkan video ini untuk tatapan semua. Hahaah best tengok Shiqeen Sattar tergolek. 🙂

12 Types Of Rides @ Bangi Wonderland Theme Park & Resort

1. Kids Adventure

2. Magic Funnel

3. Insane Racer

4. Wonder Loop

5. Anaconda Trail

6. Boomeriang

7. Body Slide

8. Spiralax

9. Green Pearl

10. Surf Rider

11. Water Canon

12. Pirates Bay

13. Meander River

14. The Fall

15. Pirates Spa

16. Thypoon River

promosi-bangi-wonderland-2016

Okay , nak bawa anak-anak bercuti? Pilihlah Bangi Wonderland  Theme Park Resort. Kini ada Diskaun hebat untuk cuti sekolah 2016.

7 thoughts on “Best Tau Mandi Manda Di Bangi Wonderland Water Theme Park”
  1. Ramai orang cakap bangi wonderland best.

    Lagipun tempat ni baru buka. Kenudahan semua tip top lagi

    ⛔⛔ Jemput singgah blog mazni & komen. Komen terbaik akan memenangi RM50 setiap bulan ⛔⛔

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *