Pintu Utama Untuk Masuk Ke Bnagi Wonderland

Bangi Wonderland Destinasi Mandi Manda Baru Di Bangi

Cuti sekolah bakal tiba, ramai mak ayah dah sibuk mencari mana lokasi yang sesuai untuk bawa anak-anak berjalan-jalan. Di sekitar Kl pun banyak kawasan nak jalan dengan modal yang sesuai dengan kemampuan kita. Antaranya Little Kingdom Di Maju Junction, Sunway Lagoon, Main Bowling atau ke Putrajaya ada muzium haiwan dan lain-lain. Kos untuk ke tempat yang disebutkan adalah berpatutan. Yang pastinya dapat menggembirakan anak-anak. Tapi kali ini Ummi nak anda yang membaca ke Bangi Wonderland. Tempat yang baru dibuka dan dekat dengan Nilai, Bangi dan Kajang. Kawasan yang tenang dan sesuai untuk keluarga berhibur.

Pintu Utama Untuk Masuk Ke Bnagi Wonderland
Pintu Utama Untuk Masuk Ke Bangi Wonderland
Di kaunter masuk Bangi Wonderland
Di kaunter masuk Bangi Wonderland

counter-tiket-bangi-wonderland

Harga Tiket Taman Tema Bangi Wonderland

Taman tema ini dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi sehingga jam 6.00 petang. Selasa tidak dibuka bagi tujuan pembersihan dan pengurusan. Bagi harga tiket masuk kesini adalah sangat berbaloi dan sesuai untuk semua peringkat masyarakat. Untuk masuk kesini harga tiket adalah seperti berikut : Untuk makluman anda, harga tiket bagi memasuki Bangi Wonderland adalah RM58 bagi dewasa dan RM48 (bawah 130cm) bagi kanak-kanak. Bagaimanapun kanak-kanak dengan ketinggian bawah 90cm adalah percuma. Ummi ringkaskan seperti dibawah okay.. senyumlah sikit 🙂

Dewasa                             : RM58 (Warganegara)
Kanak-Kanak < 130cm: RM48 (Warganegara)
Kanak-kanak  < 90cm : Percuma
Warga Emas                   : 50% diskaun

info-di-bangi-wonderland

Apa yang boleh dan tidak dibenarkan disini?

Sebelum masuk ke sini, ada beberap perkara perlu dipatuhi. Pakaian untuk mandi hendaklah pakaian yang bersesuaian. Seperti taman tema lain, masuk kesini tidak dibenarkan merokok dan juga membawa makanan dari luar. Mesti semua dah sedia maklum kan? Semua ini adalah demi untuk menjaga kebersihan taman tema.

bangi-wonderland

Facebook : Taman Tema Bangi Wonderland

Email:[email protected]
Contact: 03-8687 6522 ( Monday to Sunday 10 am to 5pm ).

Lokasi : North South Highway ( PLUS), exit to Bandar Seri Putra ( After Bangi/ Kajang toll but before Nilai Toll).

Okay , siapa pergi sana kalau info drp sini buat la hashtag #umminani ya… seriuss nak berkenalan dengan uols.  Okay selamat bersuka ria dengan keluarga.

Berkaitan :

Kidzania Kuala Lumpur ? 

6 thoughts on “Bangi Wonderland Lokasi Terbaik Seisi Keluarga Sempena Cuti Sekolah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *