Percutian Bersama Keluarga ke Pulau Mutiara Booking Menggunakan Traveloka
Pulau Pinang tidak asing lagi bagi kami . Tapi bagi percutian kali ini Ummi menggunakan perkhidmatan daripada Traveloka. Daripada start Ummi booking flights dan juga hotel di Penang. Memang mudah bagi mak anak empat ini berurusan . Tanpa perlu ke kaunter untuk booking flights, sekejap sahaja dah siap. Nak booking flights ini mestilah ada duit dalam bank tau. Sebelum nak booking dengan Traveloka ini yang bestnya kita tak payah pening nak bandingkan harga dengan website lain. Website ini antara yang tawarkan harga paling berbaloi tau! Semua transaksi hanya melalui perbankan internet. Ummi memang puas hati sangat menggunakan Traveloka .Nak tahu sebab apa pilih menggunakan Traveloka? Sebab kat sini fuhhh mak aiiii jadi rabun mata, hahaha mana tak nya, banyak kot pormosi yang ditawarkan. Bukan main mudah lagi, tekan-tekan …siap! Ni Ummi guna website, kalau guna Apps lagi lah banyak promosi… so Ummi suggestkan untuk gunakan Apps, lagi mudah dan senang. Seriusss! Takkan menyesal tau.. hehe guarantee okay. Ummi masa beli kat website ada 30% discount tau! Berbaloi kan?
Perjalanan dari KL ke Penang , Pulau Mutiara sangat pantas. Sekejap jer dah sampai, tak sempat nak merasai keindahan dari atas awam. Tengok-tengok dah landing kat Airport International Penang. Kawasan ini membuatkan Ummi rasa rindu dengan Penang, dulu tahun 2008 di kawasan sekitar inilah Ummi selalu duduk dan sembang-sembang dengan rakan baik Ummi , Kak Diyana. Okay, terus lagi, lepas turun di Airport Ummi naik teksi ke Batu Feringghi. Perjalanan lebih kurang 45 minit sahaja. Kawasan sekitar dah banyak membangun, banyak Batu Feringghi Hotels dan akses kemudahan asas untuk pengunjung dalam dan Luar Negara disediakan. Boleh Nampak kelainan lalu jalan sini, berbanding dulu masa kerja kat JKR Penang tahun 2008. Punya la leka duk kenangkan masa lalu, hahahah yer la sangat kan, tak perasan 45 minit tu macam lama. Sat jer duduk dalam teksi tu. Anak-anak pun rasa teruja … mana tak nya depa duk dengar Ummi banyak bercerita disana dan disini bla..bla .. blaa kenangan Ummi ketika kat Penang dulu.
Bila sampai jer kawasan pesisir pantai Teluk Bahang, Ummi dah nampak Batu Ferringghi Hotels yang menarik di sepanjang jalan . Rasa teruja nak duduk tepi pantai, dengan deruan anginnya … fuhhh.. uols yang baca ni mesti dapat rasa juga keterujaan Ummi kan.. : ) Memuncak rasa nak baring nak rehat atas katil yang super duper selesa kat resort yang Ummi dah booking. Ummi booking Golden Sands Resort Penang by Shangri-La. Mampu untuk stay kat hotel bertaraf 4 bintang dengan diskaun daripada Traveloka okeh. Senyum lebar anak-anak Ummi, suami dan mak. Resort ini bertaraf 4 bintang dan menghadap ke pantai yang luas. Gilaaaa best! Tak dapat nak gambarkan bagaimana tau… masa ini deruan ombak memang agak kuat. Dan kami pun kali pertama tengok ombak yang kuat macam ni. Resort ini sesuai untuk percutian dengan keluarga besar macam Ummi. Kalau dah sesuai dengan keluarga besar dan ramai mestilah sesuai juga kalau uols nak p bercuti dengan rakan-rakan atau nak tenangkan diri pergi secara individu pun okay. Pelbagai saiz bilik boleh kita pilih ikut kesesuaian kita semua.
Apa yang uniknya di resort ni, terdapat perkhidmatan menjaga anak atau day care service yang membenarkan orang dewasa bercuti bersama keluarga mereka untuk menikmati sedikit masa peribadi daripada anak-anak. Di Kelab Kanak-kanak, yang berasaskan taman tema the Adventure Zone, kanak-kanak dihiburkan dari pagi hingga petang dan disediakan dengan waktu makan yang tetap bagi menghiburkan mereka. The Adventure Zone adalah taman permainan dalaman yang terbesar di Pulau Pinang, menawarkan pelbagai struktur bermain, bilik aktiviti dan hiburan. Di sini, kanak-kanak boleh menikmati tayangan video dan lawatan dari maskot tempat peranginan. Jadi tak mustahil kan jika tempat ni merupakan salah satu daripada Batu Ferringhi hotels yang terbaik. Huhuhuuuu honeymoon..yeayyy.. jangan jelouss ..hahahah bawa anak ramai pun tak jadi masalah… senyum kambing ni nampak kerr?
Tempat Menarik Di Penang
Nak pergi mana kalau jalan-jalan ke Penang? Jangan tak tahu sini banyak lokasi best tau. Antaranya Toys Museum, Bukit Bendera, Taman Bunga, Padang Kota Lama, dan boleh juga melawat beberapa bangunan tradisi yang cantik yang menempatkan berbagai barangan sejarah seperti Muzium Islam, Rumah Agam Cheong Fatt Tze, Khoo Kongsi, Menara Jam Peringatan Ratu Victoria, Masjid Kapitan Keling dan Rumah Agam Pinang Peranakan.
Toys Museum Lokasi Menarik Untuk Anak-anak
Bila kita stay dekat dengan Batu Feringghi, dah dekat sangat nak ke Toys Museum. Sini terdapat banyak replika dan kartoon-kartoon kesayangan ana-anak. Kat sini boleh jumpa dengan Hulk, Kungfu Panda dan ramai lagi watak-watak superhero. Dekat sebelah Toys Museum ada batik kraf dan juga rumah terbalik yang sedang dalam pembinaan.
Bukit Bendera
Bukit Bendera pastinya tempat yang terkenal di Penang sejak dulu lagi. Disini keretapi pun dah baru dan memang ramai orang ketika cuti sekolah. Kat atas Bukit Bendera boleh lihat permandangan yang cantik seluruh Pulau Pinang .
Penang 3D Trick Art Museum George Town
Sekarang dah jadi trend kan bergambar dekat wall yang cantik. Kami juga tak terlepas bergambar disini bersama keluarga. Mak pun join sekali tau.. Boleh baca entry Ummi yang lepas, betapa meriahnya kami bersuka ria dengan gambar-gambar yang cantik dan menarik. Mesti datang kesini juga, sebab harga tiket masuk kesini pun murah sahaja.
Waktu Malam Di Batu Feringghi Night Market
Waktu malam disini serius meriah dengan jualan pelbagai barang kraft tangan , beg dan baju serta macam-macam lagi. Ummi tahun ini ke sini Ummi tempah sut sepasang baru harganya RM450.00. Murah sangat jika nak bandingkan di KL. Pastinya menarik bila boleh siapkan hanya dalam masa 24jam. Dan lagi satu ada banyak kedai makan best di sekitar sini. Ummi dan keluarga sempat merasa mee udang disini. Sepinggan mee udang bagi saiz besar RM16.00 . Berbaloi sangat dengan rasanya yang sedap.
Bestkan percutian singkat kami.Bagi yang masih merancang nak pergi mana cuti sekolah ini, boleh jadikan lokasi Batu Feringghi sebagai destinasi percintaan dan berbahagia bersama keluarga. Selamat bercuti.
3D art museum tu ja i blum pi. Balik cuti ni nak pi lah
penang tu dekat je dengan SP. tapi selalu tak sempat pegi. huuuu
Penang mmg byk tempat menarik…
Pernah guna traveloka..
Mudah booking msa peek.season…ada hotel dikehendaki…best
Perkongsian yang menarik. Resort tu pun cantik kemain lagi 🙂
best tu ada diskaun.. rasa nak bercuti pula..
Tidak pernah order dgn traveloke tp tgk iklan dia mcm mudah dan senang..hihihi
Penang mmg heaven… Mkn best
Perkongsian yang menarik.. Resort tu pun cantik kemain 🙂
Dura, memang best tau dok hotel tu..menarik sangat
tak pernah guna lagi traveloka.. boleh tengok ni..
seronok dapat bercuti.. hotel boleh dapat harga murah kalau guna traveloka..
dah lama usha traveloka..memang bagus..tengok murah
nad jom p jalan-jalan