Penang 3D Trick Art Museum George Town
Kesempatan bercuti di Penang kali ini amat menyeronokkan. Ummi dah tengok ig dengan fb kawan-kawan yang pergi bercuti ke Penang macam banyak jer perubahan di sana. Tahun 2007 sehingga 2008 Penang masih biasa-biasa. Masa tu Ummi berkerja di Komtar, Penang. Jadi kesempatan bercuti di Penang kali ini masa untuk Ummi bawa anak-anak melawat ke Penang 3D Trick Art Museum George Town. Lokasi ini betul-betul sekitar Padang Kota Lama.
Gambar dalam Penang 3D Trick Art Museum George Town
Akhirnya, Angah dapat peluk panda kesayangan. Hahaha kesian panda, Ummi siap naik kat atas.
“Fuh terrornya depa Ummi. Along baling tak jadi pun!”. -Along
“Syoknya naik sampan. Ummi bestkan, Angah nak naik lagi nanti” – Angah
“Angah cepat jom kita tolak Along dengan Abah. Lawan kita tolak depa, sapa jatuh dulu”.
“Lari!!Dinasour kejar kita. Cepat la Sarah!Lambat nanti kena terkam.”
Yeay, Ummi lagi tinggi.Hahahah awat abah jadi ketot??😉😉
Ini turn Abah jadi gergasi. Besarnya Abah!! Erggggh.
Kami kat atas tangan gergasi..Arghgg takutnya kami. “Jangan genggam tangan kami tau En. Gergasi!”.
Ini gambar paling win. “Mak, bayangkan esok mak naik gerek (basikal) kuih mak bertukar jadi alien”.
Teringin juga Cik Sarah nak terbang di awan tinggi. Hebatlah Sarah dan beraninya anak Ummi.
Ini pula naik tikar terbang. Zam-zam ala kazam. Teringat cerita P. Ramlee.
Pengalaman Ummi di Penang 3D Trick Art Museum
Sebenarnya, banyak lagi gambar wall yang menarik perhatian kami. Bestnya masuk Penang 3D Trick Art Museum ini semua staff disini amat sporting. Depa siap tolong ajar dan snapkan gambar lagi.
Lokasi ini best sebab tertutup. Walaupun hujan tiada masalah. Parking disini terhad. Boleh park di bangunan berhadapan dengan bangunan museum ini. Kos parking RM0.60 sahaja sejam. Sekitar kawasan ini terdapat kedai makan. Selain itu, dalam 5 minit perjalanan dah boleh sampai ke lokasi Padang Kota Lama. Memang kawasan yang strategik dan menarik untuk dilawati. Jadi jika singgah disini untuk menikmati Rojak Penang , boleh la berjalan kesini.
Harga Tiket masuk :
Dewasa: RM15.00
Kanak-kanak :Rm10.00
Senior Citizen : RM10.00
Belimbing Cafe Corner Teluk Bahang Lokasi Makan Menarik
gambar mcm real jer walaupun dlm museum….
Faizal Fredley recently posted…Tempat Menarik di Yogyakarta Indonesia | 5D4N in Yogyakarta
Wahh pandai laa your kids posing, best tgk. Lenkali pi penang nak pi museum ni lah
Mama Kembar 3 recently posted…Mama dan Minyak Wangi…
mk3, cer bawa kembar pergi sana..mesti meriah juga