Kidzania Kuala Lumpur Bukan Pilihan Ummi lagi

Assalamualaikum semua. Kali ini saya nak kongsikan pengalaman kami sekeluarga ke KidZania Kuala Lumpur 15.11.2017 baru-baru ini.Oleh sebab abah ada tugas dan mesyuarat pagi itu,jadi kami anak beranak bergerak dari Semenyih dalam jam 920pagi. Sampai pejabat dalam 1030pagi.

Kami makan dulu dekat Tangling. Bukan apa kalau nak makan disana nanti kan payah. Harga pun boleh tahan. Jadi, makan tengahari kami makan siap-siap.

Okay, apabila sampai di kidzania, kami park di Basement. Ada lift untuk naik keatas. Along punya excited terus tekan level 4. Salah!

Apalagi turun semula ke Ground Level. Kami sahkan tiket “penerbangan” dan pakai tag. Untuk Baby bawah 2 tahun masuk free. Kakak harga dalam Rm36.00.

Bagi 1 dewasa 2 kanak-kanak Ummi beli di 11 Street. Biasa ada harga promo Rm157.00. Cuma bawa tambahan dewasa kena beli online lagi jimat.

Owh ya, rezeki kami hari tu, kami dapat banyak juga pampers free daripada DYRPERS. Maybe untuk promosikan DRYPERS. Syukur sebab dapat banyak helai juga.

1st time masuk, hadoii sesaknya! Semvang dengan oarents lain, rupanya ada rombongan sekolah. Patutlah, bukan satu tapi banyak sekolah. Kira-kira 1300 orang juga yang akan berada dalam kidzania. Fuh!

Latihan Pertama:

Along memilih untuk melakukan aktiviti ini. Kali pertama dan kedua Along jatuh. Dan kali ke tiga, akhirnya dia berjaya.Selepas itu  ada lah kelas dsripada Ummi untuk di tazkirahkan kepada Along.

Apa sekali pun, cuba sehingga berjaya. Jom saksikan video ini di faceboook.

Fire Department Kidzania :

Ini lagi satu dugaan. Untuk bermain dan merasai perasaan menjadi ahli bomba kanak-kanak kena beratur untuk mendapatkan sticker. Kami beratur daripada jam 1ptg dan sticker hanya diedarkan pada jam 130ptg.

Terasa seksanya menunggu. Mana tidaknya anak-anak tadika ini, cikgu yang beratur. Sekali cikgu angkut anak murid dah penut trip. Hahaha🤣.

Alhamdulillah ada juga peluang anak-anak Ummi. Mereka dapat peluang terakhir. Yerla kalau tidak takkan budak-bidak yang ikut rombongan sahaja yang lepas untuk permainan ini.

Inilah situasi yang Ummi ceritakan tadi. Anak-anak dah ada yang bising. Terutama si kakak. Dah bosan. Permainan semua majority untuk anak yang dah sekolah.

Adik sempoi, asalkan ada makanan boleh hidup. Sebekas ini harganya Rm6.00, so kalau anak-anak jenis merengek nak itu ini sediakan duit lebih ya. Semua makanan harga superb🤣. Air masak boleh dibawa. Atau lakukan aktiviti di bahagian Spritzer untuk dapat air percuma.

Masa bermain pun tiba. Semua ahli bomba di taklimatkan dahulu. Sekali lagi, parents hanya dapat tonton dari luar dan gunakan camera yang lens jarak jauh okay! Boleh la snap pic anak dengan sempurna.

Aktiviti paling best ,boleh tembak air konon memadamkan kebakaran. Tapi Along cakap, “Ummi, kalau ada api olok-olok kan lagi best!”. Ehm, tahu pulak bosan 😅😆.

Owh ya disini anak-anak dapat gaji. Tak sempat nak kira gaji 3 beradik ni.

Petrol Station Di Kidzania Kuala Lumpur :

Semua boleh main.  Untuk bermain di area ini, tidak perlukan sticker, cuma kena beratur. Kena pandai adjust masa, takut ada yang terlepas kalau ada ambil atau booking permainan sebelumnya.

Boleh jadi tol gate girl/boy juga area sini.
Pekerja pam minyak (dapat gaji) dan untuk memandu mesti lah ketinggian 130cm. Nak memandu kena ada lesen dan juga insurans. Kena beli di pejabat insurans.Kecewa Along tak dapat memandu kenderaan sendiri. Cuma dapat cuba isi minyak jer la.

Stimulator Pilot:

Untuk beri peluang anak-anak mencuba stimulator ini  kita kena beratur ikut jadual. Jadi kami hanya berpeluang untuk dapatkan sticker pada sessi 320 petang. Dan masa untuk bermain dan mencuba stimulator adalah pada 430petang. So, kenalah bijak mengatur masa untuk beratur mengambil sticker. Tanpa sticker tidak boleh bermain stimulator ini.

Lagi satu, parents hanya dapat tengok daripada cctv sahaja. So untuk snap gambar kat atas stimulator ini kena bijak gunakan ruang dan peluang. Ummi tak masuk, tapi pakai camera yang lens mampu untuk snap gambar anak-anak di jarak yang agak jauh.

Nursery Untuk Bawah 3 tahun :

Siapa anak bawa 3 tahun boleh je kalau nak bawa masuk kesini. Cuma anak-anak tidak banyak permainan boleh main. Yang lainnya lebih kepada education. So, untuk hilangkan kebosanan anak kecil bawa depa main di nursery. Selamat dan selesa.

Cuma kena ada pengawasan orang dewasa juga. Bukan apa bahaya ni tak tahu bila.

Kidzania Kuala Lumpur
Keluar dari Kidzania semua kelaparan. JANGAN risau ada McD boleh bawa anak-anak makan di sana. waktu terakhir adalah jam 5 petang. Dalam kereta semua terlena sampailah ke Semenyih. Letih yang amat, bukan anak sahaja , mak bapa juga.

https://www.instagram.com/umminanipictures/ Dekat ig diatas banyak lagi gambar untuk perhatian parents yang nak bawa anak.

Komen Negatif:

Kidzania ini kurang mesra space bila terlalu ramai. Sesak dan tak puas main.🤣Seharusnya di kecilkan kuantiti harian dibenarkan masuk. Mungkin kena limitkan, terutama jika ada rombongan sekolah. Anak-anak memang enjoy. Tapi kurang selesa.

Cuma Ibu bapa perlu bijak memilih tarikh sebelum datang kesini. Kalau tidak memang menyesal 😂 Ini Ummi beli tiket secara online di 11 Street. Ummi tak perasan yang tamat 15 Nov 2017. So, terpaksa la ambil off day bagi bawa anak-anak kesini.

Hari ini (15.11.2017) terlalu pack sebab di khabarkan ada lebih kurang seramai 1300pax😅, sebab ada beberapa rombongan sekolah. 😑 Hilang feel😣.

Bilik solat :

Bilik solat diruang bawah amat sempit. Boleh muat dalam 3 orang sekali solat. Jenuh juga la masa nak solat Zuhur. Dengan budak-budak sekolah lagi. Hadoii 😅. Kalau korang nak selesa kena ke Tingkat 3. Di tingkat 3, surau selesa. Kami solat Asar di tingkat 3 sebelum balik.

Secara Keseluruhan Kidzania Kuala Lumpur :

Keseluruhan tempat dalam Kidzania adalah sesuai bagi budak besar dalam usia 8 tahun ke atas. Kalau bawa anak-anak lecil Baby dan Todler tempat sesuai dengan mereka adalah di Nursery sahaja. Jika anak berusia  8tahun keatas banyak perkara boleh pelajari sesuai dengan usia mereka.

So, kalau korang nak pergi silakan bagi Ummi, bukanlah kali terakhir. Cuma bila anak-anak semua dah 8 atau 9 tahun keatas  baru rasa nak bawa semula ke Kidzania. Jika sekarang, KidZania Kuala Lumpur bukanlah pilihan selepas ini dalam masa terdekat.

So, selamat merancang percutian anak. Bye.

Jom bawa anak ke :

BANGI WONDERLAND WATER PARK AND RESORT 

 

Comments

    1. Post
      Author
  1. mamatisya

    umur 7thn ke atas sesuai ke kidzania sbb mereka dh besar and bole faham utk bekerja…saya pn dh bw ank dh 5x ke sini itupun sbb menang contest, kalo ada rombongan sekolah mmg sesak juga la..saya pegi time weekdays and akan call dlu tanya ada brp ramai sbb diorang akan bgtau if terlampau ramai kn dgn rombongan sekolah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge