UMMI COP MEREKA SEBAGAI PASANGAN BLOGGER ROMANTIK
Ummi mula berkenalan dengan blogger ini sejak join KBBA9. Berkenalan dengan seorang blogger ini kali pertama ketika kami bersua di satu program gelandangan di KL awal tahun ini. Masa tu berborak dengan nya yang lebih di kenali sebagai Ms Yanie membuatkan Ummi betul-betul teruja. Teruja kenapa? Nak tahu ke? Salah satunya mereka berdua adalah pasangan blogger romantik. Selanjutnya , begini ceritanya.
Ummi teruja dengan semangat blogging Ms Yanie, kerana kesungguhannya. Ms Yanie ini tinggal di Tanjung Malim. Tapi apa sahaja aktiviti di KL yang tidak melibatkan aktiviti atau program lain, pasti Ms Yanie ada. Sanggup berulang alik dari Tanjung Malim ke KL.
Dan yang buatkan Ummi jelous, Ms Yanie sentiasa ditemani suami. Eh, Ummi pun ditemani suami juga. Tapi kalau nak dating perlu bercuti. Hari minggu masa untuk berkeluarga. Bagus suami Ms Yanie, sentiasa ada disisi support isterinya blogging. Hebatkan pasangan begini. Inspire dengan mereka.
KEISTIMEWAAN BLOG MS YANIE – Yanieyusuf.com
Jika klik sahaja yanieyusuf.com kita dapat baca pelbagai pengalaman Yanie bercuti dan kehidupan harian Ms Yanie. Ummi suka ke blog ini sebab Ummi pun suka travel. Namun sebagai ibu yang ada anak kecil 4 orang kekangan itu wujud. Ummi punya kesempatan bercuti seperti Yanie agak kurang. Namun begitu, baca catatan Yanie dah buatkan Ummi cukup teruja nak bercuti. Ada sahaja tempat menarik yang Ms Yanie kongsikan dan sesuai dengan bajet Ummi untuk bercuti dalam negara. Paling best Ummi nak pergi Grand Lexis Hotel kat PD. Ini semua pengaruh cerita Yanie di blognya.
MS YANIE DAN PENGALAMAN BER “BLOG”
Ingatkan Ummi sahaja yang melalui jalan gelap dahulunya. Bila dah kenal dengan Ms Yanie baru Ummi tahu yang blogger manis ini juga pernah berblog menggunakan nama blog lain. Itu sebelum ada ilmu. Blog Yanie sebelum ini bernama littledreamsfairy. Namun atas kesedaran untuk branding, Yanie kini secara official menggunakan blog yanieyusuf.com.
Pernah dengarkan, malu bertanya sesat jalan. Jadi kini bila Yanie dan Ummi dah belajar lebih mendalam dalam bloging, alhamdulillah blog kami lebih baik daripada sebelumnya. Namun begitu pengalaman Yanie berblog lebih baik daripada Ummi. Kesatuan kami dalam satu kelas blog di Kl baru-baru ini lebih membuka mata kami tentang blog dan juga kerjaya sebagai blogger. Ini entry Ummi dan entry Ms Yanie jika ada yang berminat untuk belajar berblog. Doakan kami berjaya ya.
DIPINANG MEDIA SEBAGAI BLOGGER PILIHAN
Seronok melihat kejayaan yang dicatatkan oleh Ms Yanie. Beberapa kali Yanie dipinang media untuk slot yang berlainan. Namun masih berkisar tentang penulisan di blog. Hebatkan kerjaya sebagai blogger. Ini boleh membawa beliau pergi lebih jauh dalam dunia blogging. Tahniah Yanie atas coverage dalam media. Bukan calang-calang orang untuk memasuki ruang media melainkan ianya adalah petunjuk kepada rezeki kita. Nak tahu lagi ? Ms Yanie juga seorang usahawan dengan jenamanya sendiri Dreams Fairy Boutique dan FHmixstar.
Okay Ummi sertakan details jika ada yang nak jadikan Ms Yanie sahabat :
- Nama : Yanie Yusuf
- Blog : www.yanieyusuf.com
- Ig : www.instagram.com/yanieyusuf
- Facebook : www.facebook.com/yanieyusuf
wahhh..teruja membaca..Yanie yusof ni wife pd school mate amy dulu..kami msih lg berhubung..mmg mereka couple yg suweet la..
Serius kenal yerr…wah..bestkan tgk depa dua orang ini.
seronok la baca kisah sesama blogger..terinspirasi juga saya dibuatnya
salam perkenalan ya.. apa sekalioun perlukan sokongan sahabat