Ramai orang suka menulis. Tapi kadang-kadang penulisan yang bermakna sekalipun, tanpa guru dan tanpa channel yang baik, pasti tidak membawa kemana. Begitu juga dengan Ummi sendiri. Menulis dari 2011 di blog, sekadar sebagai satu passion dan diari. Tanpa guru pada masa tu, mulalah carca merba. Ingat lagi Ummi bermula sebagai blogger menggunakan blogspot www.kakchiknanie.blogspot.com dah tu tukar lagi kepada www.umminoorainiali.blogspot.com. Kisahnya nak buat UMMINANI.COM , tapi sebab tak ada guru maka, beli domain dan simpan. Haahaahaaa gelak besaq weiii pasal bodohnya aku..!! Ha…tu la namanya bodoh bila tak berguru. Nak nama blog di tempatkan di muka pertama google, menulis pun cikai-cikai ada hati.. Eh tak kata kat orang tau! Ni mengutuk diri sendiri yang tak berguru masa tu. Korang sama dengan Ummi ke…eleh…tak nak mengakuuu…😜😜

Okayla, kawan-kawan Ummi hebat..sebab tu tak lalui zaman gelap macam Ummi. Tahniah yer.
ANJAKKAN PARADIGMA DENGAN MENYERTAI KELAS BUAT BLOG
Setiap kali scroll facebook, pasti pernah terjumpa posting seseorang yang share link daripada blog. Waima kisah tentang artis kan. Setuju? Ha…tu la blog yang mampu menarik minat pembaca. Baguskan.. ada blog kisah makanan contohnya explorasa.com , bab makan dari A to Z. eh..ada travel juga. Ha…ada juga blog cerita hal anak-anak sahaja, ada yang berkongsi tentang affiliate dan sebagainya. So, faham.kan..blog ini banyak fungsi. Ada yang bawa kepada saham akhirat dan ada penulisan yang membantu menjana pendapatan sehingga ribuan ringgit, hanya dengan blogging. Tak teringin ker??
Alkisahnya bermula dengan menyertai satu kelab blogger yang tak kurang hebat, iaitu kelab blogger ben ashaari. Di sini lah Ummi berjumpa dengan sahabat dan guru blogging yang betul. Kelab blogger Ben Ashaari atau boleh klik Link www.kbba9.com adalah satu komuniti yang membantu blogger atau sesama blogger untuk terus memberikan manfaat kepada ramai orang melalui penulisan. Kalau dulu, mata pena itu pedang. Kini “Keyboard warrior” … kuasa penulisan ibarat pedang yang tajam.
SERTAI KELAS BELAJAR BUAT BLOG
Seperti yang Ummi katakan tadi, tanpa guru tak kemana kita dalam sesuatu bidang. tanpa guru manakan dapat kita membaca dan menulis hari ini. Semua itu perlukan guru. Ceritanya lagi, hari Ahad lepas 14 Ogos 2016 hari minggu disaat orang lain bercuti dan beristirehat dengan keluarga, Ummi dengan kebenaran dan jasa baik Mr Suami jagakan anak-anak dapat peluang pergi kelas belajar buat blog yang lebih baik.
Di kelas ini, UMMI belajar daripada guru Ummi iaitu penulis blog hafizrahim.com dan sohoque.com. Belajar seharian di Old Town White Coffee Bangsar South buatkan kepala Ummi pening seakan pening menaikki bot laju😂😂.
Banyaknya ilmu yang disampaikan, Ummi tak tahu sepanjang berblog. Sedihnya tuhan sahaja tahu. Rupanya kepakaran menulis yang hebat sekali pun, tanpa medium dan kaedah yang baik , maka terkuburlah penulisan kita. So, jika kita ada kepakaran menulis, naikkanlah branding blog sehingga asbab penulisan kita dapat menjadi salah satu asbab saham akhirat kita. Supaya kita meninggal nanti ilmu yang bermanfaat itu kekal menjadi bahan bacaan dan faedah kepada orang lain.
5 PERUBAHAN SELEPAS KELAS
1)Perubahan daripada blogspot dapat tukar kepada .com tanpa hilangkan entry bertahun lepas.
2) Blog sebelum ini di pages belakang antara 10 pages di google, tapi sekarang dapat berapa di beberap pages depan Ntara 1 hingga 4.
3) Penulisan menjadi lebih berstruktur dan tidak menjadi carca merba.
4) Semangat menulis berkobar-kobar dengan adanya support lifetime daripada guru dan kumpulan sokongan kecil.
5) Pengunaan keyword lebih tersusun dan lebih mesra pengguna.
6) Belum lagi capai tapi pasti dengan teknik ini dapat tingkatkan PV dan UV. Bila 2 perkara ini meningkat, pasti ada yang daripada nipis jadi tebal. eh…apa tu.😁
Artikel berkaitan : TIPS BRANDING DIRI DENGAN MEDIA
KOMEN UMMI
Jika masih mencari guru belajar blog, kami ada penyelesaiannya. Ummi cadangkan , berhubunglah dengan guru Ummi nyatakan diatas. Sohoque.com dan Hafizrahim.com Insyaallah, pasti berpuas hati walaupun terpaksa keluarkan ratusan ringgit, takkan menyesal. Sebab ilmu itu bakal membawa anda berubah pada satu dunia lain lebih baik. Ummi yakin dan percaya, bukan Ummi dan rakan-rakan blogging sedia ada sahaja dapat lakukan, tapi ramai lagi sahabat Ummi di luar sana. Suri rumah juga boleh jadikan blog sebagai sumber pendapatan, tapi kena ada ilmu.
Nak daftar kelas belajar buat blog :
Klik disini :

Tahniah…!! Moga terus sukses
Nina Mirza recently posted…Alhamdulillah… Berakhirnya sudah debaran.. selepas 40 minggu overdue selamat bersalin normal Baby Girl
Sedang cari masa sesuai utk berguru dgn abg hoq.
Tahniah Nani..Kak Sue nie bila nak pergi kelas..macam best ja..ehehe..
Tahniah akhirnya graduate jugakkk
Shiqeen sattar recently posted…Resepi Serawa Durian Senang Giler
ucapan paling win.
umminani recently posted…BELUM TERLAMBAT DEMI ANAK-ANAK DENGAN MENDEPOSIT SIMPANAN KE SSPNi-PLUS
Fuuuh… Caiyok.. Pjg lebar gittew. Bermula daripada menulis atas motor hingga membawa ke pejabat
Explorasa recently posted…Daripada Game, Movie, Kini Live Di Angry Birds Activity Park JB
Betul tu ummi, bila ada guru baru sedaq betapa banyaknya yg tak tau ttg blogging sebelum ni. Moga ummi makin sukses!
Mama Kembar 3 recently posted…Chalong Sedap di Delong Coffee & Such
Tahniah!! Moga sentiasa maju. Blog dah kemas n lebih cantik skrg
YB Shehan recently posted…MAAFKANLAH AIR MUKA INI
Bagus ..teruskan ye…senantiasa menyokong
sangat seronok dapat belajar dan tambahan ilmu. Banyak ilmu yang dapat dbelajar semalam kan..
x sempat lagi nak berguru dengan abam hoq tue,
katanay feedback setakat ni bagus,
selalu jugak maik berat pasal student dia.
haishhhh..
memang kena trun kL nnti berguru