VAKSIN DAN KENAPA PENTING?
28 Jun 2016 Ummi berkesempatan untuk hadir majlis berbuka puasa Kementerian Kesihatan bersama pengamal media bagi tahun 2016. Majlis kali ini diadakan di Seri Pacific Hotel KL. Jemputan VVIP semestinya adalah YB Menteri Kesihatan Malaysia iaitu YB Dato S. Subramaniam. Majlis diadakan bagi meraikan rakan-rakan media kementerian kesihatan sepanjang kerjasama yang diberikan. Pada sessi sidang media juga, YB Menteri ada mengulas tentang pemberian vaksin dan kenapa penting kepada anak-anak.
KLIK SINI ULASAN YB MENTERI KESIHATAN
Bila dapat tahu tentang bahaya bila tak cukup vaksin pada anak, Ummi nekad pastikan anak-anak Ummi lengkap dengan Vaksin seperti di syorkan.
Baca Pula di fb Puan Felinna, terus rasa nak war-warkan lagi kepada rakan-rakan Ummi agar jangan pandang enteng tentang pemberian vaksin kepada anak-anak kita.
Sedikit info:
Tujuan imunisasi merupakan upaya yang dilakukan untuk memberikan kekebalan pada bayi dan anak dengan memasukkan vaksin ke dalam tubuh agar tubuh membuat zat anti untuk mencegah terjadinya penyakit tertentu. Inilah yang dimaksud dengan pentingnya imunisasi bagi anak bayi buah hati kita semuanya.
Berikut jadual pemberian vaksinasi imunisasi yang pokok yaitu :
Bayi Umur < 7 Hari : Hepatitis B (Hb)0.
1 Bulan : BCG, Polio 1
2 Bulan : DPT / HB1, Polio 2.
3 Bulan : DPT / HB2, Polio 3.
4 Bulan : DPT / HB3, Polio 4.
9 Bulan : Campak.#RaifFathullah
KLIK SINI BACAAN LANJUT TULISAN PENDAPAT PUAN FELINNA
Semoga kita semua dalam lindungan Allah swt, dan apa juga keputusan rujuk pada yang lebih pakar.
REZEKI KOMUNITI KBBA9
Bagi Ummi peluang kami berbuka puasa bersama KKM adalah satu peluang yang amat baik. Tambahan komuniti KBBA9 yang hadir adalah terdiri daripada blogger yang ada anak-anak kecil dan menjada anak-anak saudara yang masih kecil. Jadi,inilah peluang untuk kami semua menambah ilmu pengetahuan dan keyakinan tentang pemberian vaksin juga.
Selain itu, bila komuniti Kbba 9 berjumpa, memang macam dah tak ingat dunia. Macam-macam cerita nak berkongis, daripada tips parenting sehingga business. Tu sebab KBBA9 bukan biasa-biasa. Masing-masing ada kepakaran masing-masing dan mahir dlm tugas dan tanggungjawab mereka.
Kami yang hadir rasa bertuah sangat sebab terpilih untuk hadir dan beramah mesra dengan ahli dan staff Kementerian Kesihatan yang hadir.
Semoga kami semua juga dapat panjangkan pengetahuan yang ada untuk dikongsikan bersama rakan-rakan lain di luar sana demi kelangsungan hidup anak-anak kita semua kearah yang baik.
ARTIKEL BERKAITAN :
shiqeensattar.com/suntikan-vaksin-lima-serangkai
cikza.com/2016/07/iftar-bersama-yb-menteri-kesihatan-bersama-pengamal-media-2016
GALLERY
Bkn smua vaksin wajib ambek tp ambek la Vaksin yg perlu je sekurangkurangnya. Lisa ada vaksin pon skrg ni dya than tbuh tk bape elok jgak
soal vaksin ini acik kurang ilmu soal nie, tapi jika baik untuk anak kita tak salah.. Iktiyar namanya..