Skip to content

Umminani

Lifestyles

Menu
  • Home
  • PENULIS
    • Umminani /Lifestyles
    • Rencah Hidup
    • Cuti/Travel
  • KBBA9
    • Review/Isu
    • Makanan/Resepi
  • Penafian
Menu
McDonald's menyokong kepada mengurangkan jejak karbon

McDonald’s Malaysia dan Tenaga Nasional Berhad Jalin Keriasama Strategik Kurangkan Jejak Karbon melalui Tenaga Boleh Diperbaharui

Posted on 08/03/202308/03/2023 by umminani

“Jejak Karbon” adalah istilah yang merujuk pada jumlah karbon dioksida (CO2) dan gas-gas rumah kaca lainnya yang dilepaskan ke atmosfera sebagai akibat daripada aktiviti-aktivti manusia diatas muka bumi ini. Aktiviti pembakaran bahan bakar untuk menghasilkan tenaga, proses industri, dan lainnya adalah penyumbang utama karbon dioksida dilepaskan ke atmosfera. Oleh itu, McDonald’s Malaysia mengukuhkan lagi komitmennya melibatkan alam sekitar dan kelestarian, seiring dengan komitmen McDonald’s Global untuk mencapai sifar karbon dalam segenap operasinya di peringkat global menjelang 2050.

Baru-baru ini UN berpeluang berada dalam satu majlis, McDonald’s menandatangani kerjasama strategik dengan Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan GSPARX Sdn Bhd (GSPARX) untuk pemasangan bumbung fotovoltaik solar (PV) melalui penandatanganan Perjanjian Bekalan Tenaga Bole Diperbaharui (SARE). Sebelum bercerita lanjut berkenaan kerjasama strategik ini, ketahui dahulu beberapa kelebihan pemasangan panel tenaga solar.

Kurangkan Jejak Karbon melalui Tenaga Boleh Diperbaharui
Kurangkan Jejak Karbon melalui Tenaga Boleh Diperbaharui

Sejak awal tahun 2000-an, tenaga solar telah menjadi semakin popular di Malaysia. Pemerintah Malaysia telah menyedari potensi besar penggunaan sumber energi solar ini dan telah menerapkan langkah-langkah untuk mempromosikan penggunaan tenaga solar dalam rangka mengurangi pengeluaran karbon.

Kurangkan Jejak Karbon dan Kelebihan Pemasangan panel tenaga solar:

Pemasangan panel tenaga solar memiliki beberapa kelebihan yang membuatnya menjadi pilihan yang menarik untuk menghasilkan penjimatan elektrik. Tenaga solar akan tukar menjadi tenaga elektrik. Tenaga elektrik yang terhasil tu, kita boleh gunakan. Berikut adalah kelebihan pemasangan panel tenaga solar:

Kurangkan Jejak Karbon melalui Tenaga Boleh Diperbaharui
Kurangkan Jejak Karbon melalui Tenaga Boleh Diperbaharui

Pertama dengan pemasangan panel tenaga solar adalah boleh menghasilkan energi bersih. Panel tenaga solar menghasilkan tenaga dari sinar matahari, yang merupakan sumber energi yang asli dan bersih.

Kedua walaupun kos pemasangan awal adalah melibatkan kos yang tinggi namun, dalam jangka panjang, mereka dapat membantu mengurangkan kos perbelanjaan elektrik. Panel tenaga solar membantu menghasilkan tenaga sendiri dan dapat mengurangi penggunaan tenaga elektrik.

Ketiga dengan pemasangan dan penggunaan panel tenaga solar boleh membantu meninggkatkan harga property meningkat bagi property seperti kediaman dan rumah kedai.

Solar PV tersebut dipasang di 100 restoran Pandu-Lalu McDonald’s

Mengetahui dan menyokong kepada penggunaan panel tenaga solar, McDonald’s menyasarkan untuk memasang kemudahan solar PV di 100 restoran Pandu-Lalu McDonald’s di seluruh negara secara berperingkat. Proses ini dijangka siap pada Disember 2024.

Sejak Jun 2022, McDonald’s telah memulakan fasa awal bag inisiatif kelestarian dengan kerjasama TNB. melibatkan pemasangan bumbung solar PV di beberapa restoran McDonald’s terpilih. Dalam fasa awal, GSPARX yang merupakan anak syarikat TNB telah memasang sistem bumbung solar di 39 restoran McDonald’s di seluruh negara dengan kapasiti keseluruhan 1216.18kWp. In merupakan satu pencapaian penting dalam perjalanan.

McDonald’s kearah inisiatif kelestarian jangka Panjang – iaitu mengurangkan kos penggunaan elektrik sebanyak RM7 juta.

Di bawah SARE, GSPARX bertanggungjawab membina, memasang, mengoperasi dan menyelenggara kemudahan solar PV dengan saiz sistem 2.5MWp untuk 100 restoran McDonald’s. Dengan pelaksanaan projek solar ini, McDonald’s Malaysia dijangka mampu mengurangkan kos penggunaan elektrik sebanyak RM7 juta untuk kesemua restoran ini.

“Kerjasama yang terjalin dengan TNB dan GSPARX sangat bermakna bagi McDonald’s Malaysia dalam melaksanakan penyelesaian hijau yang mampu mengurangkan penggunaan elektrik dan pengeluaran karbon. Kerjasama in mengukuhkan lagi komitmen kami kearah ekosistem yang lebih lestari. Melangkah ke hadapan, matlamat kelestarian kami bakal membentuk asas dalam cara kami mengembangkan perniagaan, menyantuni komuniti dan meminimumkan kesan terhadap alam sekitar,” kata Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia.

“Kami sangat berbesar hati dapat bekerjasama dengan McDonald’s Malaysia dan menyumbang kepakaran kami dalam penggunaan tenaga bole diperbaharui. Kerjasama ini mengetengahkan komitmen TNB menyokong syarikat terkemuka seperti McDonald’s kearah mengurangkan penggunaan karbon dalam operasi mereka. Kami percaya yang kerjasama ini mampu mewujudkan pertumbuhan perniagaan yang signifikan untuk kedua-dua organisasi, pada masa sama mempercepatkan usaha ke arah Peralihan Tenaga,” kata Dato’ Indera Ir. Baharin Din, Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif, Tenaga Nasional Berhad.

Stesen pengecas Kenderaan Elektrik (EV) di restoran McDonald’s

Selain menandatangani SARE, McDonald’s juga akan bekerjasama dengan GSPARX untuk pembangunan stesen pengecas Kenderaan Elektrik (EV) di restoran McDonald’s terpilih, sebagai sebahagian daripada komitmen syarikat untuk menggalakkan penggunaan penyelesalan tenaga bersih dan menyokong mobiliti elektrik di Malaysia dan menyokong kepada proses mengurangkan jejak karbon. Elektrik lebih murah daripada bahan api di Malaysia, oleh itu penggunaan kenderaan elektrik boleh membantu pengguna menjimatkan wang dalam jangka masa panjang.

Kerjasama ini amat baik untuk pembangunan dan kemajuan negara. Namun, dengan usaha dan sokongan yang betul, penggunaan panel solar ini boleh menjadi sebahagian daripada usaha Malaysia dalam merealisasikan sokongan kepada penjimatan penggunaan elektrik dan juga sistem pengangkutan yang lebih lestari dan mesra alam.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pemasangan panel solar untuk kediaman, pejabat boleh lah rujuk ke syarikat yang bertauliah – GSPARX (anak syarikat TNB) : https://www.gsparx.com/
https://www.gsparx.com/NewsEvents/news_events_info/Anak-syarikat-TNB-tawar-pakej-solar-PV-kediaman

Follow FB McDonald’s Malaysia untuk ketahui update terkini dari McD Malaysia! https://www.facebook.com/My.McDonalds

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Kelab Blogger Ben Ashaari

POST TERKINI

  • Happy Birthday Along
  • 15 Tahun sebagai pegawai polis
  • Jalan-jalan ke Hatyai 2023
  • PERKEP Masak Bubur Asyura 2023
  • Jalan-jalan di Alor Setar , Kedah

UMMINANI

BLOG KAWAN MAYA

  • 9 Kelebihan Celtic Sea Salt (Lebih Baik Daripada Himalayan Salt!)
    Published on 2023-09-26 By Dr Rizal Abu Bakar
  • Bila ada anak dan rumah sentiasa bersepah
    Published on 2023-09-26 By cikguzim
  • ORDER NASI GANJA SECARA ONLINE, MUDAH DAN SENANG
    Published on 2023-09-25 By Nadia Johari
  • 15 Hotel Near KLIA (Kuala Lumpur International Airport) Sepang
    Published on 2023-09-25 By dorsett pink
  • Telefilem Auta (TV9)
    Published on 2023-09-25 By Azhafizah MN
  • Majlis kesyukuran cucu pertama
    Published on 2023-09-25 By Ana Jingga
  • Style with Waist Trainers – The Perfect Solution for Workouts
    Published on 2023-09-25 By Ana Suhana
  • Travelog Thailand 7 : Cerita Sambung Konvoi Kelab Aruzr ke Hatyai
    Published on 2023-09-25 By Marina Bashah
  • Pengalaman Sertai Larian FITMALAYSIA Kuala Lumpur 2023
    Published on 2023-09-24 By Bro Framestone
August 2023
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
« May   Sep »

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
August 2023
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
« May   Sep »

Carian

Arkib

© 2023 Umminani | Powered by Superbs Personal Blog theme